Sedih dan Marah - Kes Pembunuhan Nurse Hospital Kudat

Semalam saya terbaca artikel tentang kehilangan seorang wanita pada hari Sabtu yang bekerja sebagai nurse di hospital Kudat dalam Daily Express bertarikh 11 Oktober 2010. Rasa simpati terhadap keluarga masih lagi terbuku dalam hati tapi apabila pada hari ni terbaca blog seorang blogger, kesedihan saya bertambah dengan marah yang meluap-luap. Mangsa ditemui mati dalam keadaan hanya berseluar dalam di King Fisher Ujana.

Mangsa yang bernama Annie John Dismas sepatutnya menghadiri kelas di OUM pada hari Sabtu tapi mangsa tidak balik-balik. Mangsa ada lagi telefon ahli keluarga pada jam 3 dan masih sempat memberikan miskol dengan tunang mangsa lebih kurang jam 7.30 p.m. Pada jam 2 am, barulah kereta mangsa di jumpai di Australia Place dekat dengan Hotel Garden. Bapa mangsa terpaksa memecahkan cermin kereta untuk mencari apa-apa tanda kehilangan. Yang dijumpai adalah resit pembelian dari Kompleks Karamunsing yang menunjukkan yang mangsa ada shopping di sana lebih kurang jam 5 p.m.

Bila akhirnya ditemui, mangsa sudah meninggal dalam keadaan yang hanya berseluar dalam. Punyalah saya marah dan sedih benda begini berlaku. Siapalah penjahat yang tidak fikir kalau benda yang berlaku dengan kakak atau adik atau mama atau saudara-saudara dia sendiri, apa dia rasa?!

Saya ingin melafazkan salam simpati saya kepada keluarga, tunang, saudara-mara dan kawan-kawan mangsa dan berdoa untuk kalian semua. Tuhan memerhatikan kesedihan dan kemarahan kamu semua dan Dia tidak akan berdiam diri. Satu kehilangan yang sangat mencabar kesabaran dan kemanusiaan kita. Marah, dendam, sedih, kesal etc semua menjadi satu. Bukan senang kejadian macam ini diterima dan mestilah menjadi satu tamparan maha hebat sakitnya kepada semua orang yang mengenali si mati apalagi keluarga, tunang, saudara-mara dan kawan-kawan mendiang sendiri. Saya tidak dapat bayangkan semua rasa yang diorang rasa. Sakit hati yang teramat sangat! Tapi saya tidak akan cakap semuanya akan menjadi ok nanti sebab tiada yang ok dengan hal yang begini dan saya juga tidak akan cakap setiap benda yang berlaku ada sebabnya sebab, minta maaf, saya tidak nampak sebab kenapa ada orang yang patut mati dibunuh dengan keadaan kejam seperti ini. Sedih sangat-sangat.

Kepada penjenayah keparat itu, iya, ketawa-ketawalah kau di sana. Kau fikirlah yang kau selamat. Kau fikirlah nafsu syaitan terkutuk kau tu. Iya, puaslah hati kau kan. Satu hari nanti, kau akan rasa apa yang berlaku dengan mangsa itu sendiri. Saya tidak akan cakap hal yang sama akan berlaku dengan kakak kau, dengan adik kau, dengan mama kau atau saudara-saudara kau sebab saya fikir benda macam tu, janganlah berlaku disebabkan kesalahan kau sendiri yang kau sudah buat. Tapi suatu hari nanti, kau akan mendapat kesusahan yang kau sendiri akan tahu apa sebabnya. Laknat, tidak tenang hidup kau binatang terkutuk tidak pakai otak fikir, bodah dan sial!

Kau akan dapat balasan yang lebih teruk, lebih dasyat, lebih buruk, lebih parah! Kau tidak percaya? Kau tidak akan tenang seumur hidup kau. Kau tunggulah, kerabat syaitan!

Link untuk post ini:
Blog Erti Hidup
Daily Express

Comments

Anonymous said…
sa simpati juga sama kuarga nya tu Ned...macam mana la keta dia boleh dijumpai sana ah? resit dr karamunsing kompleks ya? ada cctv ka kompleks sana?
Ned Pungawon said…
saya tidak dapat jawab soalan ko josie tapi semua tu dalam siasatan..

sa kasian family dia.. sa kasian sama mangsa... huhu.. sa sakit hati betul.. ko bayangkan saja keluarga, tunang, saudara, kawan2 mangsa macamana... huhu... sial ba tu pembunuh... sial!
The Momogun said…
Saya pun sangat bersimpati. Kita sama-sama hapuskan lelaki keparat yang tak berguna ini. Tuhan akan mengira kesalahan ini pada orang yang melakukannya. tiada sesiapa yg ada hak utk membunuh nurse tersebut.
Ned Pungawon said…
@Momogun,
sa tidakla taula macamana tu pembunuh fikir.. dia tidak ingat kalau tu benda jadi sama family dia sendiri.. kawan2 dia.. huhu..
Belle Edwin said…
harap polis dapat kesan pembunuh asap...karma will haunt the moron
Junior said…
She is just so unfortunate. Adik perempuan saya di KL pun pernah kena serang orang naik motor, tapi dia berabis lawan pakai tangan & kaki. She ended up kena pukul ja. Kaum wanita mesti at least belajar self-defense.. My condolence to her family. Harap dorang dapat tangkap ni jahanam.
HGP said…
damn it! we must help to watch each other back next time! my condolence to the family of the deceased~
Gallivanter said…
May her soul RIP, and the culprit to burn in hell.
Christopher Adrian said…
sgt2 bersimpati dan turut bersedih.. kita x mampu buat apa2.. biar Tuhan saja yg membalas dosa c bajingan itu.. kita teruskan berdoa agar roh c mangsa tenang dan keluarga nya bisa lebih tabah..
Ned Pungawon said…
It's really hard to digest all this and I know it's even harder for the family of the victim. This is one black history, again, in Kota Kinabalu.. Be safe everyone. Let us be a more concern community and watch each others back..
kciannya...may her soul RIP... harap2 polis dpt tangkap tu pembunuh..
Nky Jay said…
tu bukan manusia lg.. tu NAJIS!!
Anonymous said…
Kalau lah si pembunuh ni berani sangat...ah cubalah sama orang lelaki macam saya. Pantang dicabar! Kenapa mau bunuh ...cuba lah kekuatan kau sama saya. Harap-harap polis dapat tangkap kau. Saya sendiri akan pigi balai polis belasah kau sana. One-By-One lah kalu berani!
Anonymous said…
pembunuhan kejam ini mengingatkan saya kembali kepada seorang perempuan pelajar Tahun akhir UMS 2008 berasal dari Kota marudu yang di mayatnya dibuang di sekitar ini. saya mohon maaf kepada family yg ada kaitan, saya benar2 bersimpati dalam masa yg sama menjadi tanda tanya bagi saya kerana seolah-olah jenayah seumpama ini banyak dilakukan kepada kaum kadazandusunmurutrungus atau yg beragama kristian. ini boleh disokong apabila seorang perempuan pelajar UMS berasal dari sarawak sedang dalam perjalanan ke gereja di kingfisher telah diculik dan bawa ke daerah keningau kemudian telah dicampakkan di gaung gunung emas jalan tambunan sekitar tahun 2008 dianyia. penjenayah bagi kedua-dua kes ini adalah beragama islam dan PTI. yang peliknya, kerajaan tidak peduli langsung dengan isu PTI di sabah ini. apakah kerajaan mahu masyarakat KDMR bertindak sendiri menangani masalah ini. saya benar2 bersimpati dengan keluarga mangsa....
Girllyen said…
sitt oo.. wargh.. sya rasa kan.. mungkin dia p ambil duit.. tapi dia jalan yang gelap di dekat AmBank tu.. time time hujan lebat lagi tu.. Gila oo..
Fred said…
PEMBETULAN FAKTA OMPINAI, MANGSA BUKAN BERSELUAR DALAM, TAPI TIADA SELUAR. PAKAIAN D BADAN KE ATAS SHJ LENGKAP.
Anonymous said…
Kepada anynomous....
jangan membangkitkan isu sensitif dalam blog ini...
kepada menuding jari kepada 1 pihak sahaja?
Sekarang , siapa yang menjadi suspek utama?
Biarlah membuat komen berdasarkan pemikiran yang positif,... jauhkan sifat negatif dalam diri. Bukakanlah mata dan pandangan anda... salam 1 Malaysia... Takziah kepada keluarga mangsa... Annie .. your the best of our staff....
Anonymous said…
takziah kpd keluarga mangsa, jenayah mcm ni yg dulu jrg2 jadi d sabah makin bertambah plak. apa sudah jadi dunia skrg? dan setuju bab PTI yg mostly menakutkan. tapi perlu diperbetulkan, jgn memberi komen yg berunsur negatif dan menyentuh sensitiviti keagamaan. tidak ada agama yg mengajak umatnya membuat kejahatan. salahkan penganut, individu yg tidak tahu menilai dan mengikut hawa nafsu tanpa mengamalkan ajaran baik yg dituntut. kita ni 1 sabah, hormat menghormati kena ada. jgn kerana terlalu emosi keluarlah statement yg menampakkan ketidakmatangan kita. sama2 muhasabah diri. jgn biarkan sentimen perkauman & agama bermain di sabah. sabah dari dulu saling hormat menghormati sesama kaum so keep it that way.
CathJ said…
sedih..... speechless.... -_-
Anonymous said…
Salam Damai buat semua... saya sangat tersentuh mengetahui cerita sedih ini.. saya kesal dgn tindakan sesetengah ahli masyarakat kita yg tergamak melakukan hal ini..biar apa pun masalahnya..saya masih percaya perbincangan adalah cara yang terbaik..masyarakat kita bukanlah sekeras mana dalam hal yang membabitkan keganasan dan jenayah..Dalam memberi komen kepada masalah seperti ini..mari kita benar benar menghayati 1 MALAYSIA utk kebaikan..perpaduan kita satu Malaysia.. saya juga ahli masyarakat KadazanDusunMurutRungus..( ringkasnya bumiputera Sabah).. mari kita asingkan hal hal yg berupa perkauman dan sentimen..kerana nampaknya..dalam memberi perhatian kepada masalah jenayah spt ini..ada juga ahli masyarakat kita yg cuba sempitkan fikiran dgn menyelitkan isu2 yg bersifat sentimen..maka kita elakkanlah hal tersebut..KERANA kita la sebenarnya yg mampu semarakkannya..dan kita juga yg boleh padamkannya..Makasih..:)
Abg Han D. said…
Salam..Takziah kepada keluarga mangsa...tabahkan hati kepada semua yg mengikuti cerita Jenayah ini..memang kita tidak mengingininya.. Sungguh Jahat org yg buat ini..
Kepada semua rakan..terutama yg memberi komen..berilah pendapat dan pandangan yg ikhlas..jujur dan bertujuan utk kebaikan kepada semua..elakkan sentimen..ya Anonymous..TQ
Ned Pungawon said…
Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberikan pendapat dan juga memperbetulkan coretan saya. Untuk pengetahuan semua, ini adalah luahan hati saya yang sangat terpukul dengan kejadian ini dan apa sahaja yang saya sudah tulis di sini adalah dari diri dan pemikiran saya.

Saya bangga dengan kawan-kawan semua yang tampil dengan pendapat dan rasa simpati dan kesal terhadap apa yang berlaku. Bila ada kepekaan seperti ini, kita boleh bekerjasama menjadi masyarakat kita lebih bertanggungjawab terutama dalam mendidik anak-anak dan adik-adik kita. Soal PTI, memamng ini sudah jadi satu isu yang tidak pernah tamat di Sabah. Banyak kata-kata diucapkan tapi terlalu sedikit tindakan yang dijalankan.

Ya, kita jangan lupa juga dengan dua mangsa sebelum ini yang kedua-duanya mahasiswi di UMS. Seorang dari Sarawak, seorang lagi dari Kota Marudu, tempat asal saya. Kita berharap penjenayah sebenar akan dapat ditangkap dan diadili setimpal dengan perbuatan. Kita jangala membua spekulasi kerana cukuplah sudah kesakitan keluarga mangsa. Sama-samalah kita berdoa agar roh mangsa aman di sana..
Unknown said…
sy sedih bila dgar berita ni, tkziah buat keluarga mangsa, sma2 kta bdoa smoga phak berkuasa dapat menangkap pmbunuh trsbut..
Anonymous said…
Perlu dipertingkatkan lagi soal keselamatan di Sabah. Banyak caranya:

(1) Pasang lebih banyak CCTV di kawasan2 utama jenayah (cth:: kawasan ums, king fisher, dll). Apa salahnya, gunakanlah peruntukan Kerajaan yg berjuta-juta ringgit tu utk pasang CCTV. safety comes first;

(2) Lebih banyak rondaan polis ke kawasan2 black area;

(3)Laksanakan sistem ganjaran pemberi maklumat kes-kes jenayah (perlu diberi perhatian);

(4) Wanita/gadis - berhati-hatilah kerana penjenayah ada dimana-mana saja. Please take care. (cth:jgn memakai pakaian dedah aurat, jln secara berkumpulan, jgn berjalan di tempat2 gelap/sunyi, selalu update kedudukan anda dgn ibubapa/suami/tunang/boy friend/kawan2, saudara2) bila perlu.

(5) Ibubapa - Sentiasa pantau pergerakan anak-anak (anak kecil, anak besar, anak gadis);

(6) Tak mengira umur & jantina, sekurang-kurangnya belajarlah seni mempertahankan diri seperti Tae Kwon-Do, Karate, Jeet Kun-Do, silat, tinju, dll);

(7) Wanita/gadis & kanak-kanak (tapi jgn salah guna ye) - bawa lah bersama alat keselamatan seperti "pepper powder", wisel (tiup kuat2 kalau ada penjenayah);

(8) Wanita /gadis lagi - tolong jgnlah terlalu dedahkan alat-alat khemas..emas, gelang, rantai emas mahal-mahal;

(9) Sentiasa peka kepada persekitaran. Baca berita ...sekurang-krnya kita tau mana kawasan2 jenayah...dll.

(10) Bagi yg berkenaan, peliharalah anjing di rumah. Tdk semestinya anjing besar-besar & mahal2 seperti rotweiler..Anjing kampung pun sudah cukup;

(11) Simpanlah alat perlindungan keselamatan dlm kereta...yg dibenarkan polis seperti Rotan 2 Kaki panjang (saya pernah tanya sama polis n dia cakap "rotan oK"....bnyak dijual di tamu-tamu. Kedai RM2 pun ada (jgn salah guna ah);

(12) Kalu dihalang semasa driving, ignore...jgn berhenti kalu x kenal. Laju2 lah masa melimpas diarang ni..mana tau penjahat. Kdg2ada yg pura2 tayar pancitlah, itulah..nilah...jgn henti kalu x kenal;

(13) Kalu yg suka pigi pub / karaoke (ini hak seseorg so suka hatilah kan!)...terutama wanita/gadis, bah jgn suka-suka ikut org bila plg...kalu kenal x pah (tapi kadang2 yg kenal pun kdg2 bahaya jg);

(14) Kalu parking kereta, jgn terlampau mau yg siok (cth: kena lindung matahari...x panas). Parking saja di tempat yg x sunyi...depan kedai makan, etc. Bila mau masuk kereta, trus tutup pintu. Jgn kaki masih diluar n masih bertelefon (ni kalu di tnmpt yg x ramai org..sunyi);

(15) Isi minyak di stesen...kalu bawa anak, bah kunci lah bah kereta tu. Buka sikit tingkap spy udara masuk. Jgn ''"ah x pah bah, ramaai jg org ni...x payah kunci pun ok"...jgn ah!

(16) At least bagi yg selalu pi pub/karaoke (lelaki & perempuan), kdg2 ada samseng oh gangster dlm pub...jgn ambil hal diarang...ignore saja kalu diarang teriak-teriakkah.

(17) ...krg pasti kalu boleh bawa lastik di kereta (nanti saya tanya kawan polis saya). tp maybe x boleh jg. (just an idea only);

...banyak lagi bah ni. Ini sja terlimpas di pikiran sy masa menulis. nanti sy update lg.

Terima kasih
Unknown said…
saya juga simpatie, pada keluarga mangsa dan kerabatnya..
aku pun terasa juga bahangnya.. apa tidaknya mangsa masih sempat call tunangnya tapi tidak tersambut panggilannya.. kemungkinan pada detik itu lah mangsa telah hadapi kejadian tergik ituu...
apa pun kepada pembunuh2 ingatlah kalian tidak akan terlepas dari kematian dan siksa neraka kelak..
HoneyBUZZin said…
Very very sad. Words can never describe these type of brutality, insanity, heartless human. Even animals itself are far more sensible than these type of people.
May Annie's soul rest in peace..to the police, if u have the verdict..show NO MERCY!
Anonymous said…
perempuan ini sebenarnya di bunuh oleh TUNANGnya sendiri atas dasar cemburu...