Sabah Tatap..

Semalam aku pergi tengo bola. Memang seronok sangatlah. Memang ramai member2 aku yang tidak tahu aku suka tengo bola tapi kalau member2 kat kampus memang diorang tahulah aku ni kaki tengo bola. Semalam Sabah vs Perlis kat Stadium Likas, KK. Mula2 tu member kata nak belanja tapi bila sampai jer kat stadium rupa2nya entrance free sebab perlawan hari tu ngan Perak, Sabah kalah teruk, 4-0 ok! Malam tu memang habis Sabah dikutuk coz corak permainan yang tidak teratur dan tidak konsisten. Yelah, kononnya nak buat percubaan tukar strategi tapi tak menjadi. Aku pun datang semalam dengan tidak menaruh apa2 harapan yang Sabah akan menang walau dalam hati, memang mengharapkan pasukan sendiri menanglah. Bila start jer perlawanan, memang sesuatu yang mengejutkan sebab Sabah terus mengasak Perlis. Aku tergamam seketika dan tambah menarik perhatian aku bila bola berat sebelah ke kawasan Perlis. Corak permainan pasukan Sabah pun memang boleh tahanlah.

Aku ni kalau cakap pasal bola taklah arif sangat tapi masa aku budak2 dulu sampai Form 4, aku ni sebenarnya raja bola. Aku pernah main sebagai goal keeper, mid-field dan yang paling seronok wing kanan sebab kiri aku mati, hahaha. Kalau cakap pasal terrer main tu, taklah juga tapi setakat bagi saingan kat lawan tu, bolehlah tahan. Sepatutnya aku tambah aktif dalam bola sepak ni bila pindah rumah baru sebab padang bola memang dekat sangat ngan rumah aku. Lari pun memang tak keluar peluh punya tapi memandangkan ramai sangat orang yang main termasuk kanak2 dan makcik2 yang minat bola, aku terpaksa main bola tampar jer. Main bola pun jarang. Selalu over player. Yelah, feel kurang. Lagipun, volleyball court tu pun kat sebelah rumah aku juga, depan padang bola. Aku start zero bola tampar ni tapi bila dah lama2 main, tetiba minat datang. Uncle and auntie aku bersama 2 cousin perempuan aku pun memang terrer main volleyball terutama cousin perempuan aku yang terpilih dalam acara volleyball SUKMA mewakili Sabah. Cuma bila Sabah kata takder sponsor untuk volleyball masa tu, terpaksalah cousin aku dan pasukan diorang berputih mata.

Secara peribadilah, dialah yang jadi coach aku. Dia memang hebat, sapu habis segala posisi terpasuk setter... respectlah ngan dia ni. Cuma bila dah kahwin, dia jarang turun main. Tapi masa tu, aku dah terrerlah. Aku dah main sampai peringkat daerah tapi oleh kerana skill kurang lagi sebab masih baru, aku tidak dapat masuk pasukan mewakili PBU (Pantai Barat Utara Sabah). Frust juga time tu tapi apa boleh buat. Tapi bila masuk UMS, aku terpilih pula jadi setter UMS selepas bebarapa minggu training. Cuma atas kesibukkan aku, aku sekali lagi terpaksa melupakan niat dan minat aku dalam sukan ni..

Berbalik kisah bola tadi, memang stadium kali kira boleh tahanlah ramainya. Gol pertama hasil jaringan pemain no. 10 Sabah, kalau tak silap Julius Ceasar melalui sepakan penalti sebab mamat perlis sorang tu ‘hand’. Jaringan kedua pun, Julius juga yang jaringankan. Selain tu, banyak juga trial yang Sabah buat cuma meleset sikit. First half, dapat 2 dah kira oklah. Kiranya, untuk second half, diorang kena tahan jer. Tapi mungkin sebab Perlis bangkit masa second half tu, jadi Sabah kena bertahan lebih. Tapi beberapa trial tu memang power habis..

Sebenarnya, aku sangat seronok malam tadi. Pressure pun kurang coz aku tak fikir benda lain. Cuma concentrate dalam game tu. Bukan apa. Cuma untuk beberapa minggu ni, ada saja masalah yang aku hadapi. Aku pun takleh buat apa2 memandangkan like i said in my previous post, as if I’m not in control of my life. Tapi malam ni aku dapat luahkan segala perasaan aku. Apa taknya, terjerit2 sana sini. Hahahaha..kira oklah walau secara logiknya masalah aku tidaklah tersettle tapi terluah jugalah sedikit sebanyak...

Comments