“Emosi dan perasaan mestilah satu dan hati dan pemikiran mestilah bersatu”. Satu pernyataan yang masih berlegar di ruang dengarku. Sesekali aku mengimbas kembali kenangan sewaktu seminggu di Bengkel Penulis Remaja Peringkat Sabah pada tahun 1999. Aku bernasib kerana dapat mewakili sekolahku ke bengkel yang jarang-jarang diadakan ini. Pada masa itu, aku sempat menghabiskan masa dan pemikiranku dengan mendiang Prof. Othman Puteh dan juga Lim Swee Tin. Nama-nama ini begitu akrab mungkin untuk beberapa orang khususnya mereka yang mempunyai minat dalam bidang penulisan. Banyak ilmu yang aku pelajari dan aku simpan sendiri. Aku tidak pernah menulis secara professional. Cukuplah kalau aku katakana, aku menulis untuk diri sendiri dan untuk diri sendiri.
Apapun, bukanlah ini yang akan aku coretkan di sini. Aku lebih suka menarik perhatian mereka yang menganggap tulisanku kadang-kadang aneh untuk diteruskan. Aku tidak mencontohi mana-mana penulis tapi yang nyatanya, karya Chairil Anwar banyak mempengaruhi penulisanku. Aku adaptasi sendiri menjadi ilmu dan kepuasanku. Banyak juga kawan-kawanku yang datang meminta nasihat dan pandanganku kerana menurut mereka, aku lebih subjektif dalam memberikan pendapat. Aku dapat melihat banyak benda pada sudut yang berlainan dan itu ternyata dapat membantu mereka membuat keputusan yang dengan lebih baik. Aku akui itu. Sejak daripada dulu lagi, aku dididik untuk menilai sesuatu secara objektif dan menyeluruh. Aku tidak tahu sama ada didikan itu masih ada dan wujud dalam diriku tapi apa yang ada pada diriku sekarang adalah kesakitan yang sangat perit untuk aku luahkan pada sesiapapun. Sesuatu yang menghantuiku dari dulu lagi dan mungkin sudah tiba masanya aku perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan logik!
Untuk banyak perkara dalam hidupku, aku mungkin belum bersedia memikul tanggungjawab demi tanggungjawab tapi aku tahu aku sedang berjalan ke arah penyesuaian itu. Begitu banyak perkara yang ingin aku katakan dan ceritakan pada orang lain agar mereka dapat memberiku sepatah dua kata tapi aku pilih untuk terus berdiam. Sekurang-kurangnya untuk masa ini..

Comments