Aku dan Pemikiranku...

Sudah lama kiranya aku tidak menulis di sini. Terlalu banyak perkara yang ingin aku tulis sebenarnya tapi masa tidak mengizinkan aku.
Kerana bz dengan kerja part time aku, aku leka seketika. Hahaha... leka untuk mendapatkan duit poket sementara menunggu semestar bermula. Banyak juga yang aku pelajari melalui kerja aku ini. Terlalu banyak dan mungkin satu hari nanti, aku dapat juga mengongsikan semua itu pada para pembaca.. mungkin juga mendapat tunjuk ajar dan tips agar aku dapat lebih bersemangat dalam kerja aku tu.. tapi aku kerja tak lama. Hujung bulan ni dah resign...hehe..

Sekarang, semua orang heboh pasal AF3. Tu belum mula MI (Malaysia Idol Lagi).. Kira Audition (NTV7) yang dah lepas dan Mentor kat TV3ekarang sedikit tengelamlah... tapi no komen. Setiap program ada kelebihannya. Rakan-rakan sekerja semua heboh mengenai siapa yang lebih baik dari siapa, siapa yang paling handsome, yang paling cantik, paling berbakat dan yang pastinya yang seharusnya keluar dan yang akan terkeluar... Hahaha... Best juga layan diorang ni sebab aku pun peminat AF daripada dulu lagi. Aku sendiri, secara peribadi, meminati Idayu, Marsha, Felix dan Reza!

Cuma aku sedikit terasa bila melihat dalam ruangan Chat #15 Astro yang mengutuk Marsha mengenai permintaannya untuk tidak menghidangkan udang, ketam, sotong dan makanan pedas untuk dirinya. Sebenarnya, aku sendiri tidak setuju tentang cara Marsha meminta kesemua itu. Mungkin dia harus terus berjumpa dengan sifu M.Nasir selaku Pengetua AF3 atau siapa-siapa guru untuk meluahkan permintaannya itu. Tapi aku pasti, Marsha telah berbuat demikian. Cuma hal dalam rumah tu, kita sendiri tidak pasti macam manakan?..Adakah permintaan-permintaan macam tu harus diTVkan?(harus dibuat di depan kamera?) Aku masih ingat permintaan Anding agar meminta Edlin memakai baju kurung putih dan permintaan Fitri untuk pakai ala 70's-nya dulu. Kan semua tu di TV kan?.. Mungkin permintaan Marsha agak keterlaluan dan menyinggung perasaan beberapa pihak tetapi itu lebih baik daripada dia terus berdiam atas apa yang dia tidak boleh lakukan.

Teringin juga aku mengongsikan sedikit sebanyak tentang permintaan Marsha itu sebab aku kenal sangat dengan latarbelakang golongan yang akan membuat permintaan sebegitu. Cuma, aku tidak mahulah dikatakan cuba berdakwah atau membuat provokasi atau yang sewaktu dengannya kerana ini akan menyentuh soal kepercayaan beberapa pihak. Aku hanya ingin mengongsikannya sebagai suatu PERNYATAAN untuk pengetahuan umum. Kira general knowledgelah...

Sebenarnya, Marsha berasal dari keluarga Kristian Seventh-Day Adventist (SDA) satu daripada mazhab dalam denominasi Kristian. Bagi penganut agama ini, memakan seafood (kecuali ikan bersisik SAHAJA) adalah haram. Sebenarya banyak lagi yang haram secara khas dan umumnya tetapi kiranya, aku tidak lari daripada apa yang diminta Marsha lah. Nanti aku pula dikatakan berdakwah di sini sana. Oleh yang demikian, aku berhenti di sini. Kalau ada apa-soalan, silakan. Aku akan cuba menerangkan dalam perkataan yang paling mudah dan ringkas agar ianya dapat difahami oleh semua. Minta maaflah kepada semua kalau ini sedikit menganggu tetapi inilah hakikatnya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam begitu banyak kepercayaan, budaya dan adat resam. Kita cuma perlu menghormati antara satu sama yang lain.. macam yang kita ada sekarang...

Sebenarnya, aku juga penganut agama (SDA) ini. Sekali lagi, aku bukannya bermaksud untuk membuat provokasi tetapi cuma ini berkongsi pengetahuan. Aku bukanlah nak kata yang aku ni alim ataupun bijak dalam soal-soal begini. Macam aku katakan, ini adalah sekadar pernyataan agar orang sekeliling faham dan tahu kewujudan kami. Dalam family aku sendiri, seperti abang-abang aku (aku ada 3 orang abang), semuanya memeluk Islam dan kami tinggal serumah! Tidak menjadi masalah apa-apapun.. Kalau keluarga abang-abang aku terigin nak makan ketam ker atau apa yang haram, diorang pastinya akan beli (tapau) balik rumah.. Makan semeja.. Hehehe... Lagipun, cik babs (khinzir) dan alkohol juga adalah haram untuk penganut SDA.. Tulah, selalu aku katakan pada kawan-kawan muslim aku yang kadang-kadang was-was bila aku pelawa tidur atau makan kat umah - "apa yang haram bagi kami, pastinya haram untuk kamu tapi apa yang halal bagi kamu, belum tentu halal bagi kami" (dalam soal makananlah)... dan semuanya ok lepas tu. Kawan-kawan muslim aku tidak pernah banyak soal kalau aku mempelawa mereka ke rumah dan aku juga tidak mengalami masalah apabila mereka membawa aku ke rumah mereka... Itulah salah satu contoh keamanan Malaysia dan aku bangga menjadi anak Malaysia!.

Sebenarnya lagi, sedih bila teringat seseorang. Seseorang yang begitu aku minati (dan sayangi).. tetapi mungkin bukan jodoh kami. Sekarang, aku mendengar khabar yang dia telah bersama dengan orang lain. Yang paling leceh dan menyakitkan hati apabila mengetathui bahawa email dia sendiri ditukar kepada nama gabungan mereka berdua! Kalau macam tu, lebih baik aku tak tahu langsung... sedih...

Oklah sini dulu untuk kali ini... Kalau tersilap bahasa dan santunnya, dengan jari sepuluh dan rendah hati, aku memohon maaf...

Comments

Unknown said…
uisey! nah ada org tutis psl SDA juak ah... hoohoo...

:p