The chosen One
Because I BELIEVE, ONE Man Can Change The World.

Fikir-fikirkanlah..

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk- sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking. Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampa! i 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit tu?" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
2 Comment(s):

S-W-E-E-T
such a sweet story...
:)...

-out-

p/s sy sdh bikin link gi kao punya site di site sy... :)


I've read this before in English. Story's worth everyone's reflection.


From The Barait of Anakjagung

Dear Readers,
Thank you for visiting my blog. I do hope that your visit is a fun one. Please leave your comment in regards of my post or just say hi in my Chat Box. Don't forget to leave your link so that I can pay you a visit too. Thank you so much.

Most of the postings here are original therefore, publishing/printing/production or of any means of using the materials in this blog without a formal written consent from Anak Jagung is strictly prohibited. Where some are not, links and sources are stated.

Best viewed using Mozilla Firefox


© Copyright Anak Jagung 2003 - 2014. All rights reserved.

About Me

My photo
A blogger who blogs when he feels like it. A teacher who is learning to be a better one everyday. A person who likes photography but is not good at shutter speed and what the heck is the rules of third? A man who believes that you can change the world.

Chatter Box

Followers


Slider

The Best Links

Get more followers

Blog Archive