Melobi atau Peminat Fanatik?!

Konsert Final Akademi Fantasia 3 ternyata menyaksikan Mawi, anak kelahiran Kulai Johor meraih undi terbanyak sekaligus menyapu habis dua anugerah baru yang diperkenalkan pihak Astro iaitu Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik selain menjadi juara AF3. Felix, Amylea dan Marsha hanya boleh berpuas hati ditempat kedua, ketiga dan keempat. Terdapat juga beberapa suara sumbang yang menyatakan bahawa Felix tidak sepatutnya menjadi naib juara tapi sebaliknya Amylea. Mungkin keberadaan Felix yang menjadi saingan terkuat Mawi sudah dijangka akan menjadi Top 4 dan bagi Marsha, kehadirannya adalah saingan kepada Amylea yang disifatkan oleh Berita Harian.

Secara keseluruhannya, saya melihat konsert final ini sebagai satu lobihan idea yang keras dan bersungguh-sungguh. Walaupun umum telah dapat meneka setiap kedudukan pelajar-pelajar AF3, namun kehangatan masih tetap dirasa. Penumpuan lebih tertumpu kepada lagu-lagu baru yang bakal dibawakan oleh para pelajar.

Saya berasakan mungkin terdapat sedikit ketidakadilan dalam pembahagian lagu tapi Astro dan pihak pengetua dan tenaga pengajar mempunyai autoriti untuk ini jadi tidak ada apa-apa yang mampu kita lakukan lagi. Lagipun, konsert sudah berakhir. Ramai juga kawan-kawan yang mengatakan bahawa Felix dan Marsha hanya mendapat undi dari Sabah sahaja kerana orang Sabah ini terlalu bersifat kenegerian. Mungkin juga tapi perlu diingat, bukan orang Sabah sahaja yang tinggal di Sabah. Saya sendiri mengenali ramai kawan-kawan yang sememang bersetuju bahawa Felix layak menjadi juara dan mereka bukan Sabahan. Salah seorang kawan itu berasal dari Kelantan!
Oh tidak timbuk sifat kenegerian di sini.

Secara peribadi, saya turut merasakan penangan Mawi. Sememangnya dia berbakat, berpersonaliti menarik dan down to earth. Saya tidak nafikan bahawa Mawi menunjukkan peningkatan dalam setiap konsert walaupun tidaklah begitu konsisten. Sudah namanya seorang pelajar. Persembahan terbaik Mawi yang popular dengan gelaran ‘World’ bagi saya adalah ketika dia menyanyikan lagu ‘Pupus’ dari Kumpulan Dewa. Seperti yang dikatan oleh Pengarah Filem Sepet, Mawi jujur dengan perasaannya ketika menyanyikan lagu itu dan saya juga turut thumb up untuk Mawi.

Konsert Prelude dan Konsert pertama adalah konsert terbaik untuk Felix bagi saya. Konsert Prelude menyaksikan dia membawa lagu ‘Cinta Seorang Teman’ yang dipopularkan oleh bekas pelajar AF2 iaitu Bob dan konsert pertama pula, dia menyanyikan lagu ‘Tiada Lagi Kidungmu’. Penampilan yang bersahaja dan begitu rilex mungkin telah menarik perhatian ramai sehinggakan Felix turut mendapat undian antara yang tertinggi. Walaupun persembahan Felix dalam setiap konsert tidaklah konsisten, namun, kerja kerasnya sepatutnya dihargai. Terus terang saya katakan di sini, saya tidak kisah samada Felix menjadi juara atau tidak kerana bagi saya, dia sudah cukup memberitahu kepada Malaysia betapa Sabah ini penuh dengan bakat-bakat yang unik! Selain mampu menyanyi, Felix juga berbakat sebagai seorang pelawak. Itulah yang dinamakan pakej!

Amylea terpaksa berpuas hati ditempat ketiga. Bagi saya, Anugerah Persembahan Terbaik malam itu seharusnya diberikan kepada Amylea. Amylea bukan sahaja mempunyai mutu suara yang baik, tetapi juga merupakan pelajar yang paling konsisten sekali dalam AF3. Setiap persembahannya begitu meninggalkan kesan di hati para penonton. Sorakkan Amazing Amylea menjadi trademark penyokongnya namun sudah namanya realiti show dan pengundi Malaysia...

Marsha pula mempunyai vokal yang unik dan begitu lain daripada pelajar yang lain. Vokalnya yang lembut dan smooth mungkin telah menarik perhatian masyarakat terhadap gadis manja kelahiran Sabah ni. Bagi saya, walaupun vokalnya tidak mempunyai x factor yang hebat, vokalnya yang merdu dan soothing cukup untuk mencuri perhatian ramai. Persembahan terbaik Marsha bagi saya adalah ketika dia menyanyikan lagu ‘Tunggu Sekejap’ dan ‘Destiny’. Selain mempunyai suara yang unik , Marsha mampu membawa pendengar berfantasi sebentar dengan persembahannya yang begitu memukau. Persembahannya pada konsert final sedikit terganggu apabila beliau terlupa lirik lagu baru yang dinyanyikan namun persembahannya tetapi memukau. Begitu bijak menggunakan raut wajah terutama matanya, mungkin itulah satu kelebihan untuk Marsha.

Semenjak terkeluarnya Idayu pada konsert yang ke-3, AF3 terus dihujani dengan pengundi fanatik yang hanya mementingkan populariti dan bukan bakat. Secara peribadi, Idayu mempunyai vokal yang paling baik sekali antara 14 orang pelajar tersebut. Beliau mampu menggunakan pelbagai teknik dalam persembahannya seperti whispering, hustling, babling dan banyak lagi. Itu adalah kekuatan Idayu dan bagi saya, beliau adalah calon terbaik untuk meraih anugerah Vokal Terbaik. Selain daripada itu, Eliza, Fuad, Amy, Reza, Aidil, Ekin, Akma, Kefli dan Yaser juga mempunyai pakej tersendiri dalam bergelar penghibur. Setiap mereka mempunyai agenda muzik tersendiri tapi terpulanglah kepada Astro untuk menentukan nasib mereka. Kita lihat sahaja senior-senior mereka dalam AF1 dan AF2. Buka mata, tepuk selera...

Terdetik di hati ini, sejauh manakah artis kelahiran Sabah boleh berkembang dalam bidang hiburan tanahair. Begitu ramai artis dari Sabah yang mencuba nasib tapi secara logiknya, hanya berapakah betul-betul berjaya. Azharina, Naufara, Asha Malik, Linda, Adam, Mas, Erwan.. siapa? Mungkinkah Gracy, pemenang kedua siri realiti NTV7 Aundition, mampu mengubah keadaan atau kehadiran Felix, Marsha dan Yaser diperlukan untuk membuka mata Malaysia terhadap kebolehan anak tempatan Sabah? Apakah nasib Pija dan Yani dalam siri realiti TV3 Mentor?Atau semuanya hanya kerana peminat fanatik? Lobihan idea yang berjaya menarik perhatian untuk meraih kejayaan? Terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing.

Entah kenapa tiba-tiba saya teringat dengan pepatah, hangat-hangat tahi ayam...

Comments