The chosen One
Because I BELIEVE, ONE Man Can Change The World.

Apa Yang Selalunya Anda Tidak Nampak!

- Kau tahu apa lagi perbezaan orang kampung dan orang Bandar?
- Entah. Pendek saja aku jawab.
- Nak dengar sesuatu?
- boleh jugak.
- Pernah main golf?

Aku mengeleng. Aku tidak tahu apa yang dia cuba sampaikan.

- Pernah main hoki?

Aku geleng lagi. Tapi aku masih tidak tahu apa yang dia cuba sampaikan.

- Itulah antara perbezaan orang bandar dan orang kampung.
Hmmm?..Lainnya orang ni, kataku pada diri sendiri. Aku sudah bosan melayan karenah orang muda di sebelah aku. Sejak tadi asyik bercakap. Muda? Mungkin kot. Dalam lingkungan akhir 20-an. Mudalah tu.

Dia kemudian meneruskan percakapannya. Dia pernah membuat kajian sosial mengenai masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar untuk projek tesisnya. Terselit juga banyak nama-nama rujukannya tapi aku tak endahkan itu semua. Bukan masa yang sesuai untukku sebenarnya.

Dia berbahas yang masyarakat luar bandar kasihan dan tidak mendapat apa yang ada di bandar. Dia berkata, bila dia tanya budak-budak kat sekolah luar bandar dulu (maaf nama sekolah tu aku kena rahsiakan) apa hobi mereka, ramai yang jawab memancing ataupun paling tidak bermain bola sepak dan badminton dan sepak takraw dan membaca dan menonton televisyen. Jauh bezanya dengan yang ada di bandar. Terdapat perbezaan antara hobi dan sukan. Hobi mereka melayari internet, cruising, melancong, hee, banyak lagilah…dan sukan pula mestinya bola sepak, itu tidak lari katanya, tapi ada suka berenang, main bowling, main golf dan entah, banyak sangat!

Aku melihat wajahnya yang serious. Aku masih tidak dapat memberikan sepenuh perhatian.
Tambahnya, ada yang suka mengumpul komik sampai berak-rak, buku-buku, kaset ataupun cd dan vcd, gambar-gambar artis ataupun personality kegemeran mereka. Tapi di kampung, mana ada itu semua. Kalau ada apun, berapa keratlah sangat. Dia jamin, apapun, mesti boleh dibilang dengan jari tangan. Kalau lebih pun, masukkan jer jari kaki.
Aku mengiyakan sahaja.

Dia tambah lagi. Orang kampung suka dengar Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Yang lain diorang tak tahu. Yelah, bukan maksud aku diorang tak kenal penyanyi ataupun pelakon lain tapi kalau tanya orang bandar, diorang kenal ramai tapi tak semestinya minat. Kalau sebut sahaja penyanyi kegemaran, Mariah Carey, Christian Aguilera etc (malas aku nak ingat semuanya) tapi kalau orang kampung, paling tidakpun Siti Nurhaliza. Aleh2, Mawi juara AF3 tu. Dia juga kata, bukan dia nak kutuk atau memburuk-burukkan orang kampung tapi dia kasihan bila fikir balik. Orang kampung terlalu terikat pengetahuan mereka. Terlalu sedikit yang diorang tahu. Mereka terlalu biasa. Sukar melihat keistimewaan mereka. Kalau orang bandar, lainlah cerita. Pemikiran mereka dirangsang oleh wawasan. Open minded dan advance, katanya lagi. Aku bukannya nak mempersalahkan mereka (orang kampung). Aku tahu, dalam banyak keadaan yang lain, orang kampung pun apa kurangnya…Aku bukan nak cakap pasal kemunduran orang kampung. Yelahkan, mereka kat kampung, mestilah cara kehidupan mereka lain daripada orang yang ada di bandar. Masing-masing ada kelebihannya..Cuma yelahkan, orang kat kampung ketinggalan banyak...tapi tak semestinya orang bandar lebih baik dari orang kampung...

Tau tak per, kataku sendiri. Aku diam terus.

Jauh2 dalam alam fikirku, adanya betul juga kata orang ni. Aku faham benar maksudnya dari tadi sebab aku tengo jer raut muka, mesti orang ni seorang pemikir. Ahli falsafah mungkin…hahaha..

Dia kata lagi, kalau orang kampung beli baju, RM100 diorang cakap sudah terlalu mahal tapi orang bandar sampai seribu pun, diam2 jer. Tapi bukan semualah tapi ramai.. Dia tersenggih tiba2. Aku pun turut tersenggih.

Pakai baju berjenama jer, terus tayang satu kampung. Tapi siapalah yang peduli. Adidas, Nike tu diorang tahulah terutama yang bersukan. Yang lain, bagi diorang, asal ada. Tapi diorang tidak kenal apa itu Prada, Versace, British India… sedih…
Ada lagi katanya.. kalau rumah besar di kampung sudah dicap orang kaya.. ada jer kereta, kata banyak duit.. kereta baguslah kalau wira ker.. waja ker..tu kira oklah untuk standard orang kampung...tapi ni kancil.. kelisa ...

Tiba-tiba dia masuk pasal filem Sepet pula. Dia kata, tak ke hairan bila tengo kat bandar ipoh yang maju tu, tetiba kuar kereta penyu tu. Aku tahu, dia cakap pasal kereta yang Harith Iskandar dan Ida Nerina pakai dalam filem tu. Tengo2 jer, orang lain pakai Four Wheel..Bukannya apa, katanya lagi, filem tu bagus.. very educating.. tapi ntahlah, aku masih rasa lain dalam perihal penggunaan kereta tu. Aku tengo Harith dan Nerina dalam filem tu pun, ala2 moden…siap speaking lagi…napa tak pakai at least kancil ker… hairan ngan Yasmin Ahmad tu. Dengar pula lagu Siam... hm...dalam bab tu, aku tak faham sangat...

Aku kata “yakah?”

Mungkin aku terlau berfikir, katanya lagi. Sebab banyak betul benda yang aku kena fikir tapi jangan bimbang aku bukan gila. Aku cuma suka berfikir. Aku bukan nak kritik saper2, cuma nak menyedarkan masyarakat jer. Yelahkan, ramai kita ni cukup mahir memerhati tapi tidak ramai mahir meneliti…kau tengo pokok-pokok sepanjang jalan ni, pernah kau kira dari simpang masuk tadi sampai hujung sana?
Aku mengeleng.
- ada 18 pokok kesemuanya...
Buat apa nak kira pokok-pokok ni, buat penat jer...fikirku sendiri...
- atau kat rumah kau, guna tingkapkan”
- ya..
- pernah kau cuba kira berapa keping cermin dalam satu tingkap tu?
Aku mengeleng lagi.
- tula sikit-sikit pasal apa yang aku cakap ni...
Aku mencari arah tujuannya. Aku faham maksudnya tapi aku tidak tahu apa tujuannya.

- Eh, kau ni nama apa ah? Tanyanya tiba2.
Aku tersentak sebab beberapa baris kata-kata terakhirnya tadi memang buat aku berfikir.
- Daniel…
- Sabahan ker?
- ya
- Nama betul apa? Aku Farid Ashraf.
- Daniel Jackon.
- Daniel Jackon….dia mengulanginya.. macam pernah dengar…
Aku sekadar tersenyum… aku sempat berbisik dalam hati…“dia ni... ”
- Daniel Jackon, the famous debator…!!!! Betulkan?!!

Aku senyum…lambat aku mengangguk…

- Ok, now you’re talking… hey congrats for winning the royal debate…impressive…
- Thanks…it was nothing, really…
- hahaha, you can say that tapi bukan pada kami academicians….
- really, it was nothing.. aku mengulanginya…
- Heard you’re going to London for the International Debate…
- Tiadalah. Malas…banyak lagi kerja mahu buat.. aku memotong…
- Hello young man.. that’s a chance for a life time. You should go…
- Tengoklah.. aku ada komitmen lain…We’ll see what happen…
- Napa, nak join Akademi Fantasia ke?… tanyanya lagi…

Aku cuma tersenyum. Membuang pandanganku jauh2.. lalu kembali berpaling kepadanya. Dia juga berpaling kepadaku.

- Please continue.. aku memancingnya
- Continue what?
- Cerita tadi. Menarik…
- well, you can read all that in my first book.. hehehe…mungkin pertengahan bulan ni keluar kat pasaran…tengolah macam mana?
- ok…tajuk?
- What You Always Don’t See –
- Nice. Very inviting… aku tersenyum lagi…English?
- Actually BM tapi dulu mula2 aku tulis dalam BI tapi penerbit kata lebih baik aku tulis dalam BM. Orang Malaysia ni ramai tak baca buku ilmiah dalam BI kata penerbit…
- no komen…
-hey, just speak your mind…

Aku terkejut dengan ucapan itu. Lama juga aku tidak mendengarnya. Sudah setengah tahun….aku terkedu…

- Hello…hello…
Aku tersentak.
- Apa ni termenung tiba2…
Aku sekadar tersenyum…
- sorry…erm tadi, macam mana tahu aku ni orang sabah?
- tahulah.. muka macam Chinese tapi loghat tak macam Chinese.. macam indon adalah tapi aku tahu mesti sabahan.. tak pun sarawakian.. tapi instinct aku lebih kata yang kau ni Sabahan…
- oo…ya sabahan…
- jadi buku tu tajuk apa dalam BM?
- just translate yang tadi tu…
- Apa yang selalunya kamu tidak nampak..
- anda… Apa yang selalunya anda tidak nampak…
- oh.. ya..ya.. betul.. anda…. Aku tersenyum…
- hehehehe…
- jadi buku tu pasal benda2 ni,... yang tadi tulah…
- basically, yes tapi banyak benda lagi yang ada dalam tu.. pasal critical thinkinglah banyak…
- termasuk sepet tu?
- eh taklah… Yasmin tu kreatif.. penilaian dunia filem tidak sama dengan penilaian dunia reality.. lain…dia ada sebab sendiri untuk tu… kita kalau nak cakap pasal benda2 ni, kena ada bukti yang kukuh.. dalam dunia filem…itu lain walaupun dia pasal dunia realiti…
- oh…

Kemudian dia diam… mengambil nokia 3650nya kemudian sibuk menulis sesuatu..tulis sms…
- aku kena turun sini… thanks sudi dengar celoteh saya.. katanya..dia menekan butang berhenti dalam bas...
- no, it was very educating..nanti aku mesti beli buku tu…
- kalau jumpa aku mana2, tegur jer… nanti aku tolong sainkan buku kau tu..itupun, kalau nak beli... atau erm, nanti aku bagi kau sendiri buku tu… siap ngan sain aku sekali…hehehe..
- mesti….mesti…
- ok.. aku turun sini….
- ok nice chat… bye…
- bye…
Bas berhenti betul2 di tepi lorang taman perumahan itu. Aku melihatnya turun dari bas. Dia melambai padaku. Aku pun melambai padanya.

Farid Ashraf, Apa yang selalunya ada tidak nampak… erm….aku mengingati kembali…
Siapa orang tu… kenapa dengan berani dia bercakap pasal apa yang dia fikir.. dan kenapa aku yang harus dengar semua itu? Bila aku fikir balik..memang betul juga apa yang dia cakap.. dulu masa sekolah menengah, yang aku tahu, main bola, pergi memancing…tapi mungkin aku lain sikit.. aku suka menulis… banyak cerpen dan sajak aku tulis.. novel belum lagi.. aku bermonolog sendiri. Terlalu panjang dan aku belum bersedia untuk novel lagi. Tapi semua dalam komputerku…tak pernah aku hantar mana-mana pun…sayangkan…
Dan Farid, baru jer beberapa puluh minit, macam dah kenal lama.. siap mahu bagi buku free lagi.. kalaulah.. ya, kalaulah...

Aku memerhati sekeliling bas. Cuba mengira berapa orang yang tinggal. 7 orang...tiga lelaki termasuk aku dan 4 perempuan.. 3 daripadanya bertudung...
Gitu ker? Pikirku sendiri...aku tersenyum sendiri..

Dulu kat kampung memang susahlah. Bukan apa, memang banyak benda tak tahu. Hmm,...yelah, kalau pasal golf.. pernah dengarlah tapi tak pernah main pun.. tau tu, taulah juga. Sama macam hoki, bowling…susah kalau di kampung.. mana ada semua tu.. Bila aku ambil degree di bandar, teman sebilik aku dulu, hobi dia pergi berenang…setiap hujung minggu mesti pergi swimming…aku dulu, berenang tu bukan hobi.. tapi suka juga sebenarnya berenang di sungai-sungai ni. Tapi masih bukan hobi…

Dulupun, aku kenal ramai artis tempatan jer… kalau barat tu, yang famous-famous aku kenal la tapi sikit ja.. tapi bila aku di bandar, baru aku tahu…ramai lagi yang famous dan lebih baik dari yang aku tahu dulu....aku terseyum lagi..

Bas menyimpang ke kiri dan aku menekan butang berhenti. Perlahan-lahan bas tu berhenti tepat di hadapan rumahku. Ketika masuk ke rumah, aku mendapati ibu sedang menyiapkan makan malam.
Aku terus naik ke atas. Menukar pakaian lalu turun ke bawah.
- Kasi bersih tu lokong di belakang, tolong… kata ibu
- Kenapa?
- Tersumbat kali tu.. p tingu dulu…
- bah…

Aku pun terus keluar melihat longkang yang tersumbat. Memang benar. Ada ranting-ranting kayu yang menyebabkan kotoran tersumbat. Aku mengambil kayu lalu cuba membersihkan longkang itu.

- hai.. tiba-tiba terdengar satu suara…
- aku mencari suara itu…
Farid rupanya…dia tersenyum memandangku. Kelihatan dia sedang membersihkan halaman belakang rumahnya. Tapi kenapa dia ada di sebelah rumah? Fikirku sendiri.
- buat apa tu?
- ni, longkang tersumbat…kau buat apa sini?
- aik, ni rumah aku lah.. sejak kecil aku di sini..aku dibesarkan di sini…dia menunjukkan muka yang selamba.

La, rupanya.. selama ini, aku ni jiran Farid….
1 Comment(s):

dude,

adakah ini cerita semata2 atau reality?

but its good anyways :) enjoyed reading it.. thought provoking ..


From The Barait of Anakjagung

Dear Readers,
Thank you for visiting my blog. I do hope that your visit is a fun one. Please leave your comment in regards of my post or just say hi in my Chat Box. Don't forget to leave your link so that I can pay you a visit too. Thank you so much.

Most of the postings here are original therefore, publishing/printing/production or of any means of using the materials in this blog without a formal written consent from Anak Jagung is strictly prohibited. Where some are not, links and sources are stated.

Best viewed using Mozilla Firefox


© Copyright Anak Jagung 2003 - 2014. All rights reserved.

About Me

My photo
A blogger who blogs when he feels like it. A teacher who is learning to be a better one everyday. A person who likes photography but is not good at shutter speed and what the heck is the rules of third? A man who believes that you can change the world.

Chatter Box

Followers


Slider

The Best Links

Get more followers

Blog Archive