SELAMAT Hari Deeapavali dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Terasa belum terlewat bagi aku untuk mengucapkannya kepada semua, khasnya pembaca-pembaca dan pengunjung-pengujung blog aku. Antara dua perayaan yang paling besar di negara ini, disambut oleh semua masyarakat Malaysia, kita memang bernasib baik kerana telah berpeluang menyambut begitu banyak perayaan hasil integrasi kaum di negara ini. Tidak seperti negara-negara yang lain, kita dapat mengamalkan dan mempraktikkan kepercayaan, norma-norma hidup mengikut kaum dan perayaan samada ianya perayaan berupa kepercayaan ataupun budaya ataupun perayaan perkauman tetapi disambut oleh semua lapisan masyarakat dalam situasi yang aman dan damai. Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur dan berusaha untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang. Aku pun secara peribadi, menyayangi negara ini, kerana aku sebahagian daripada kemakmurannya.
Untuk posting kali ini, aku akan bercerita mengenai pengalaman rayaku yang sekaligus mengingatkanku tentang keberadaanku suatu ketika dulu. Setahu aku, aku memang anak yang manja. Daripada dulu lagi, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat aku mengenaliku sebagai anak manja. Aku sendiri telah lupa yang sebenarnya aku ini anak manja sehingga raya pertama tahun ini, aku sempat berkunjung ke rumah saudara mara yang beragama Islam. Jangan tidak tahu. Aku mempunyai tiga orang abang dan kesemua abang aku memeluk agama Islam setelah berkahwin. Sebelah bapa pula, hampir semua pakcik-pakcik aku beragama Islam jadi tidak hairanlah bila aku mempunyai cara hidup yang dekat kepada Islam. Cuma, kadang-kadang aku takut bila ada kawan-kawan Islam yang tidak dapat menerima aku walaupun aku senang berkawan dengan mereka.
Berbalik kepada pengalaman raya tadi, ada yang terkejut melihatku, kerana sudah lama tidak berjumpa, ada yang tidak jemu-jemu bertanya soalan akan kehilanganku selama ini. Aku jawab – aku di sini juga, cuma sibuk dengan alam persekolahan..lagipun aku dah final year – Ramai sepupu-sepupu aku sudah berkahwin dan membina keluarga masing-masing dan ada juga yang telah bekerja di semenanjung dan kesempatan ini aku ambil untuk beramah mesra dengan mereka. Anak-anak buah juga bertambah ramai dan jangan tidak tahu, aku memang suka dengan kanak-kanak. Yang mengenali aku secara dekat, mereka akan tahu betapa aku begitu addict dengan budak-budak ni.
Raya pertama, aku melawat ke rumah kakak iparku. Memang banyak kuih dan kuih kegemaran kuih mestilah kuih makmur. Aku paling suka kuih makmur! Malamnya pula, aku berkunjung ke rumah dua rakan baikku. Balik ke rumah je, sudah pukul 11. Hari kedua pula, aku berkunjung ke rumah salah seorang daripada pakcikku yang beragama Islam. Di sanalah aku seperti menjejak kasih kerana berjumpa dengan begitu ramai saudara mara dan kawan-kawan rapatku satu ketika dulu. Memang gembira dapat berjumpa dengan mereka yang begitu lama tidak bersua muka. Lalu keluarlah segala cerita lama dan gurau senda. Kiranya, raya tahun ini adalah sangat meriah bagi aku secara peribadi. Semua ni membawa aku mengingati zaman kanak-kanakku. Di mana segalanya bermula...
Beralih kepada cerita manja aku pula, seperti yang aku katakan, aku memang anak yang manja sehingga beberapa orang makcikku memanggil aku dengan nama ‘manja’. Aku tidak kisah sebab aku memang manja. Oleh sebab aku manja dan sering dimenang dan dilindungi oleh parents aku, abang-abang dan kakakku memang tidak selasa dan sering membuliku. Hahaha, kalau ingat lagi, lucu pula sebab semua sudah besar panjang sekarang. Tapi memang teruk masa tu. Abang-abang dan kakakku team up untuk kenakan aku. Kesiankan.. Kalau aku sakit ja, aku akan minta mama untuk tidur di sebelahku, minta dibelikan barang mainan dan banyak lagilah. Pernah sekali mama terpaksa mengikut kursus untuk 2 minggu, aku macam hilang arah di rumah. Aku masih ingat. Aku berumur 8 tahun masa tu, baru darjah 2. Kerana terlalu rindu, aku masuk bilik parents aku dan curi baju mama untuk dicium pada waktu aku tidur. Hahaha, lucukan... kerana aku terlalu manja juga, aku tidak boleh ditinggalkan di rumah kalau parents aku jalan pergi mana-mana. Ada satu ketika, aku kejar parents aku sampai pekan Kota Marudu dari rumah hanya dengan berjalan kaki..Kerja gila tapi selepas tu, aku tidak pernah ditinggalkan di rumah lagi. Takut aku akan kejar mereka lagi.. tapi aku masih ingat kenapa aku kejar mereka – sebab setiap kali aku ditinggalkan, mesti aku dibuli oleh abang-abang dan kakakku... takut...
Begitulah serba serbi mengenai kemanjaanku. Ini baru bahagian I. Ada masa nanti aku sambung dan kamu semua akan tahu betapa manjanya aku dan bagaimana kemanjaan itu mencabar kehidupan aku sehingga aku menjadi seperti apa yang aku ada sekarang...

Comments