Bahagian ini aku akan bercakap mengenai zaman persekolahan aku dan kenakalan aku yang gila-gila. Aku secara peribadi, aku tidaklah setuju kalau dikatakan bahawa dengan hanya pendidikan kita boleh berjaya di dunia ini. Banyak lagi benda yang boleh buat kita berjaya. Tapi, aku tetap percaya bahawa dengan pendidikan, kita akan hidup dengan lebih baik lagi.
Kalau bercakap mengenai zaman pendidikanku dari mula lagi, aku boleh mengatakan yang aku benasib baik kerapa dapat merasai beberapa sekolah di daerahku yang sekaligus membuatkan aku kenal beberapa jenis manusia yang ada di muka bumi ini. Tapi lingkungan itu masih kecil dan aku percaya ada banyak benda lagi yang aku perlu lihat.
Tadika Kemas Tandek – 2 tahun
S.K. Tandek – 4 ½ tahun (Primary 1 – P. 4)
Goshen Adventist Primary School – 2 ½ tahun (P. 4 – P. 6)
S.K. Tumunda, Salimandut - ¼ tahun (Primary 6)
Goshen Adventist Secondary School (GASS) – 3 ½ years (Form 1 – F. 4)
SMK. Tandek – 1 ½ tahun ( F. 4 – F. 5)
SMK. Kota Marudu – 1 ½ tahun (Lower and Upper 6)
Universiti Malaysia Sabah (UMS) – Currently
Zaman tadika aku, apa yang paling aku ingat adalah ketika majlis graduation kami. Pada masa itu, kami telah membuat satu persembahan sketsa. Aku terpilih untuk melakonkan satu watak yang betul-betul gila pada masa itu. Aku jadi pokok jer! Jadi pokok dengan berdiri dan dipakaikan dengan baju hijau serta disarungkan dengan lukisan pokok ... hahaha.. tugas aku, berdiri macam tunggul di depan pentas tanpa berbuat apa-apa. Kawan-kawanku yang lain pula pegang watak yang memerlukan mereka bergerak ke sana dan ke sini serta bercakap di khalayak ramai. Untuk pengetahuan semua, kami melakonkan sketsa, arnab dan kura-kura. Dan aku jadi pokok! Pokok?! Alah, tempat si arnab tidur tu... Hahaha, kesiankan.. langsung tak masuk ranking pelakon tambahan pun.. Tapi, ada tapinya. Akulah pelajar terbaik tahun itu. Yelah dulu-dulukan, kalau dapat hadiah mesti berdiri atas platform yang tiga tingkat tu. Yang nombor 1 mesti berdiri di tempat paling tinggi. Akulah kanak-kanak riang itu!
S.K Tandek pula, aku paling ingat ketika aku mengikut latihan sukan sewaktu aku darjah 3. Masa tu, aku memang akfit bersukan terutamanya acara balapan. Tapi, coach kami time tu, decide yang kami kena ikut semua jenis latihan sebelum pemilihan dibuat. Untuk pengetahuan semua, aku terpilih untuk acara 100M, 200M, 4x100M dan 4x200M. Semua emas ok! Masa tulah aku jadi olaragawan untuk tahap 1. Tapi aku paling ingat ketika ikut latihan lontar peluru. Entah apa sejadahnya, ketika aku buang batu tu, terkena pula atas kepala aku. Habis berdarah. Sakitnya bukan main lagi. Sedar jer, dah kat hospital. Nasib baik tak jadi arwah... kalau korang tengo kat kepala aku ni, mesti korang akan perasaan juga parut dia... sedih..tapi dalam soal exam pula, aku masih memegang rekod nombor satu kecuali sekali tu aku mendapat no. 2, kalah dengan seorang pelajar perempuan yang entah ke mana menghilang sekarang.
Goshen Adventist Primary School (GAPS) pula, adalah sebuah sekolah swasta di daerahku. Sebuah sekolah agama mubaligh Kristian SDA sepertiku. Pada mulanya, aku tidak ada kawan yang ramai di sini. Yelahkan, budak baru tapi akhirnya aku ada 3 orang kawan baik. Brady, Leroy dan Weltron. Entah ke mana diorang sekarang...
Di sinilah aku menjadi begitu aktif dalam sukan terutamanya sukan bola sepak. Pasukan bola kami selalu buat latihan dan perlawanan pada waktu petang dan rumah aku pula boleh dikatakan sangat jauh dari sekolah. Pernah sekali aku terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah sebab bapa aku terlupa untuk menjemput aku balik. Jam 5 petang aku mulakan perjalanan sampai di rumah jam 7.30 p.m. Aku tidak takut walaupun aku baru Tahun 4! Dalam diri aku, aku selalu ingat “God is my shepherd, I shall not want”.. tapi habis gemuruh rumah aku malam tu bila tiba-tiba aku muncul. Abang-abang aku buat tidak kisah dengan ‘kehilangan’ aku petang tu. Cuma bapa dan mama jer yang bising bertengkar sebab takut terjadi apa-apa kepadaku..
Setiap hari Ahad pula, kami akan mengadakan latihan di bawah coaching En. Moijon Gidil, seorang pengadil bola sepak yang ditauliahkan oleh SAFA. Pada masa itu, aku betul-betul mahu menjadi sepertinya. Kira idola akulah. Yelah, pada masa itu, nak jadi macam Marradona tidak mungkin! Posisi aku adalah wing kanan pada masa tu. Kalau cakap hebat sangat, tidaklah tapi dalam satu perlawanan tu, tidak sah kalau aku tidak jaringkan satu gol pun.
Di sekolah inilah aku kenal apa itu persaingan. Ramai sekali kawan-kawan aku yang begitu bijak. Untuk semester pertama tu, aku masih ingat lagi, aku baru pindah sewaktu aku Tahun 4, dan aku mendapat no. 10 jer daripada 30 orang pelajar. Aku betul-betul rasa bodoh masa tu. Semestar dua pula, aku jatuh lagi kepada no. 11. Lagilah teruk. Bapa tidak lagi memberi hadiah sebab aku tidak mencapai top 3 pun. Yelahkan, yang aku tahu bermain bola sepak!
Tapi naik sahaja darjah 5, aku berjaya kekal sebagai pelajar top 3. Aku tidak pernah dapat no. 1, aku masih ingat lagi. Ada seorang pelajar tu, memang susah sangat nak dikalahkan. Tapi aku sering berganti tempat dengan seorang lagi rakan samada aku no 2 dan dia no. 3 dan sebaliknya. Hahaha...aku masih aktif bermain bola sehingga darjah 6 tetapi pada masa itu, aku masih ingat lagi. Dalam satu latihan bola, kawan aku yang sepatutnya jadi goaly tidak hadir. Aku pula pada masa itu tidak berapa sihat jadi aku jadi goaly. Main punya main, kawan-kawan cakap kata aku sesuai jadi goaly sebab spring aku kuat, lompat tinggi and ‘malakat’ (satu istilah yang kami guna ketika menangkap bola dengan tepat). Aku selama itu memang tidak sedar langsung tapi coach aku cakap, aku lebih sesuai jadi goaly. Sejak hari itu, aku jadi goaly sehingga dapat jadi goaly terbaik untuk majlis sukan-sukan sekolah daerah aku tahun 1994.
Menjelang UPSR, oleh sebab pada masa itu, sekolah kami belum diiktiraf lagi oleh kerajaan sebab sekolah kami ni sekolah mubaligh, kami dipisahkan kepada beberapa kumpulan di beberapa buat sekolah sekitar Kota Marudu. Aku masih ingat lagi. Aku di tempatkan di SK. Tumunda, Salimandut. Nama Tumunda itu sebenarnya sangat popular di kawasan itu sebab beliau adalah seorang pahlawan legenda dan beliau sebenarnya adalah moyang aku, sebelah bapa. Dan kalau ikut keturunan, aku adalah keturunan ke-4 Tumunda. Aku di tempatkan bersama 2 rakan yang lain. Yang seorang tu adalah pelajar yang paling pandai sekali tulah. Aku nekad mahu mengalahkan dia tapi terbukti yang dia lebih hebat.
Masuk Tingkatan 1, aku memutuskan untuk terus di Goshen Adventist Secondary School (GASS). Ramai kawan-kawan aku masih di sini jadi tidak malu-malu lagi. Aku masih aktif bersukan terutamanya bola sepak dan selesa sebagai goal keeper. Masa tu, aku begitu meminati jenama PUMA. Kiranya, semua kelengkapan sukan aku berjenama PUMA masa tu. Kalau beli jer alat-alat sukan, aku akan pergi sejauh Grace One di Kudat. Setiap bulan, mesti aku akan ke sana. Servay barangan baru. Kebetulan, setiap hujung bulan, mama aku akan ke Kudat sebab nak terima gaji di Bank Standard Charted. KM mana ada Bank SC.
3 tahun di sekolah ini, memang gilalah. Kalau cakap pasal cinta monyet ni, hahaha.. mestilah ada. Ada seorang budak perempuan ini, anak kepada taukeh Petronas di KM. Memang cantiklah tapi aku bertepuk sebelah tangan. Hahaha... tapi aku sempat juga berkenalan dengan seorang ‘kakak’ yang 4 tahun lebih tua dari aku. Masa tu dia ting. 4 dan aku baru ja ting. 1. hubungan adik dan kakak itu berubah menjadi hubungan ‘kekasih’ dan aku berkawan dengannya sampai aku masuk ting. 6 tapi jodoh tak ke sampaian. Dia buat degree di UM dan pada masa tulah dia berubah... sedih juga tapi itu cerita kemudianlah.
Bersambung...

Comments