Banjir Kota Marudu bertambah buruk
KOTA MARUDU: Banjir di Kota Marudu semakin buruk dengan paras air di sungai utama di daerah itu berada pada paras bahaya berikutan hujan lebat dan berterusan sejak semalam. Pegawai Daerah Kota Marudu Lovita Koisun berkata paras Sungai Bongon/Kinarom pada 3 pagi tadi mencecah paras bahaya iaitu 4.3 meter manakala bacaan paras air di Sungai Sumbilingon/Korangkom belum diperoleh tetapi sudah melebihi paras bahaya. Bagaimanapun, Sungai Bandau mencatat bacaan 3 meter iaitu di bawah paras bahaya.
Lovita yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah berkata setakat ini sebanyak 33 kampung di Kota Marudu sudah dilanda banjir dengan paras air antara 0.9 meter dan 1.8 meter dan sebanyak 123 keluarga dari lima kampung sudah dipindahkan ke 11 lokasi pemindahan termasuk rumah saudara mara. Semua jalan utama di daerah berkenaan masih boleh dilalui kenderaan.
Di Kota Belud, paras Sungai Tempasuk kini mencecah paras bahaya iaitu 5.7 meter.
19.02.2008 taken from www.bharian.com.my
Banjir: 4 kampung di Kota Marudu tenggelam
16/02/2008 3:50pm
oleh JAMDI NASIR
KOTA MARUDU, Sabah 16 Feb. - Hujan selama dua hari menenggelamkan empat kampung di sini hari ini, menyebabkan 16 keluarga terpaksa dipindahkan.
Air Sungai Bongon-Kanarom dan Sungai Bandau yang melepasi paras bahaya semakin naik dan bilangan mangsa banjir dijangka bertambah.
Banjir sedalam 1.5 meter itu juga menyebabkan dua rumah dan beberapa kenderaan hanyut serta bekalan elektrik terputus di seluruh daerah ini.
Jalan utama Kota Kinabalu ke Kota Marudu juga terputus apabila air menenggelamkan jalan di Kampung Pandasan, Kota Belud.
Kota Marudu terletak kira-kira 180 kilometer dari Kota Kinabalu.
taken from: www.utusan.com.my

Comments