Apa Sudah Jadi?

Entahlah kenapa sepertinya malap sahaja cahaya dari lampu kalimantang kuning-oren yang saya lihat semalam di pasar malam. Sepertinya tidak cukup 'karan' atau tidak cukup power, walhalnya, sungai-sungai masih juga deras, hidroelektrik berdekatan berfungsi dengan aktifnya.

Biasalah, sana sini orang memperkatakan kenaikan harga, masih panas tentang soal politik dan kini panas mengenai kisah liwat pula. Sejauh mana kebenaran yang dipaparkan, entahlah.

Sedih, kesal, kecewa, marah dan keliru. Itulah yang secara peribadinya dirasakan oleh masyarakat Malaysia sekarang. Dan saya pula, tidak tahu, samada mahu kesal, mahu kecewa, mahu marah ataupun mahu keliru; tapi iya, saya sedih.

Apa sudah jadi ni? Apa sudah jadi...

Tapi saya tetap hairan. Mungkin sebab mentol kalimantang itu yang rosak. Saya tertanya-tanya sendiri. Yalah, wayar-wayarnya dipasang tepat. Pengaliran tenaga sepatutnya tidak bermasalah. Tapi malap. Itulah yang saya lihat. Tapi nasib baik, ianya tetap memberikan cahaya! Sekurang-kurangnya, buat masa ini...

Comments