Aku dan Kisahku

Akhirnya, kerja lagi seminggu kemudian cuti. Rasa nak pergi jalan-jalan di tempat yang tidak pernah dilawati. Target utama, mestilah negeri sendiri, negeri di bawah bayu. Banyak lagi tempat yang rasa perlu dilawati. Untuk memahami hasil bumi sendiri kononnya.

Kadang-kadang juga rasa keliru nak tulis entry dalam BM atau BI. Bila tengok balik senarai pelawat, ada juga dari luar Malaysia yang memang tak faham Bahasa Malaysia. Tapi bila nak tulis Bahasa Inggeris, kata tak hormat bahasa sendiri. Aku sendiri sebenarnya gagal dalam bahasa ibunda. Lagaknya saja macam orang sendiri tapi rupanya tutur bahasa, jauh meleset. Tapi jangan nilai aku dengan bahasa yang aku pelajari atau gagal dipelajari. Nilai aku kerana perlakuan aku dan pemikiran aku. Aku masih orang di sini. Orang Malaysia yang menetap di Sabah!

Nah, tidak lama lagi Hari Krismas. Berapa hari lagi ah? Malas nak kira. Yang pentingnya, rasa Krismas tu mungkin pudar setelah 9 tahun lalu, telah berlaku kejadian yang aku percaya, tidak seorang pun mahu ianya berlaku. Tanggal 17 Dec setiap tahun adalah keramat bagi aku dan keluarga. Kepada saudara-saudara dan juga sahabat-sahabat dekat dan kalau ada yang jauh, terima kasihlah banyak-banyak. Tanggal yang memisahkan keluarga aku dengan ayah tercinta. Pahit rasanya nak diterima tapi boleh buat apa. Kalau sudah ajal dan rahsia alam di tangan yang Maha Esa.

Apapun, sejenak berfikir, sudah tentunya Krismas itu patut diraihkan dengan hati yang gembira dengan penuh kesyukuran. Sama seperti perayaan lain yang harusnya disambut dengan penuh rasa keinsafan dan kegembiraan. Aku harap tahun ni, tidak seperti tahun-tahun lalu...




Comments

Japrin said…
Ow.. cerita ini sedikit sebanyak mengingatkan saya tentang sepupu saya yang 'pergi' jua sehari selepas krismas.. mesti sedih kan bos.. :( Harus diingatkan agar selalu lah dekat denganNya dan memohon kepadaNya agar Arwah Ayah Tercinta mu itu berada dekat denganNya selalu 'Disana'. .Amin..
Ned Pungawon said…
sedih pirut tapi begitulah tu kan... kita yang masih ada ni, belum tentu apa adanya...