Cuti Sudah...

Nah, cuti sudah.
Ungkapan yang disukai ramai. Banyak plan tersusun. Sama ada oleh diri sendiri dan orang lain. Tapi kenapa masih terbaring lesu di atas tilam?

Tengok punya tengok. Rupanya haribulan belum sampai lagi. Lah, lagaknya gah pada tajuk sahaja rupanya. Aya, susah juga bercuti tanpa dapat melakukan sebarang plan. Perlukah melakukannya seorang diri? Maksud saya, berjalan ke sini dan ke mari. Patutkah? Sebab mereka yang lain tiada cuti. Tidak cuti. Mungkin belum lagi.

Terasa panggilan kota datang di telinga. Ahhh, mungkin ke Kota Kinabalu sahaja seperti biasa.





Comments