Ok kawan-kawan sekalian. Satu soalan bonus untuk hari ini. Apa yang paling sedap di dunia ini? Bila digoogle, maka keluarlah search yang lebih merujuk kepada makanan. Maka betul lah benda paling sedap di dunia ini adalah makanan. Tapi aku terkesan sesuatu. Sedap itu sangat abstrak. Apa sahaja pun boleh dikaitkan dengan sedap. Mungkin juga tidur itu sedap. Apalagi kalau sudah penah seharian melakukan tugasan yang berat. Atau bila pergi ke massage centre. Urutan-urutan yang pelbagai jenis juga mungkin sangat sedap. Atau muzik juga. Alunan melodi dan irama yang sedap didengar. Atau, iya, permainan di bilik tidur juga sangat sedap. Dimulai dengan foreplay ringgan yang kemudiannya perlahan-perlahan menjadi perang yang hebat. Itu juga sedap, bukan?

Ok, fine. Semua benda dalam dunia ini boleh dikaitkan dengan perkataan sedap. Walaupun sangat abstrak seperti yang saya telah katakan tadi, namum sedap itu punya hanya satu makna. Kita suka dengan benda itu. Kita suka kerana ianya membuatkan kita gembira, puas hati dan mahu melakukannya lagi. Terpulanglah kepada individu itu sendiri menafsir kemahuan diri dengan maksud perkataan sedap. Yang mahu saya sampaikan di sini pada hari ini adalah, hidup biar sedap!
Comments