Miri, Kuching, Mukah, Kota Marudu, Ranau dan Sandakan di Kota Kinabalu

......................

Entry kali ini bermula sangat humble. Clash antara dua benda, perjumpaan besar-besaran Elparanza dan kedatangan teman-teman dari Kuching dan Miri.

Sangat ternanti-nanti keduanya, takut mengecewakan juga. Jadi entry untuk ini adalah kunjungan mereka ke Kota Kinabalu. Ada yang baru dan ada juga yang lebih baru. Kadang-kadang takut juga untuk mendekatkan diri. Tapi sekarang takut dilupakan.

Mungkin perasaan itu ganjil tapi ada. Harap akan terus ada. Dengan sedikit motivasi, mungkin berupa sms atau kadang-kadang panggilan telefon mahupun YM atau facebook, rasanya perasaan itu tidak akan hilang.

Mungkin entry ini pendek sebab rasanya mereka tahu betapa beberapa hari ini penuh dengan kesibukkan sendiri dan kejayaan peribadi mengenali dengan lebih dekat mereka-mereka yang terbabit. Jadi, dari pandangan jauh dan mata kasar, rasanya mereka tahu betapa mereka akan diingati dan dikenang selalu. Masih banyak pokok-pokok batu, rokok-rokok, gambar-gambar dan minuman yang belum habis, jangan malu-malu membawa kaki ke sini lagi.

Sambil baring-baring meneliti gambar yang diambil, rasanya rasa rindu semakin menebal. Ah, esokla meneliti gambar. Sambung rindu esok pula.

...........................

Datang lagi Kuching dan Miri.



Comments

Zainil Ekram said…
wahhhhhhh ned !!! so suwittt!! friends forever yeah!!
friends forever nel... :)