The chosen One
Because I BELIEVE, ONE Man Can Change The World.

Camping di Malangang, Kiulu.

SAYA sangat suka camping!

Bila sahaja ada aktiviti camping, kalau timing dan keadaan yang sesuai, saya pasti akan join. Tapi tu masa budak-budak dulu. Sekarang, walaupun masih suka camping tapi masa sangat limited. Kadang2, memang adalah juga aktiviti-aktiviti begini tapi jarang dan selalunya tidak ngam timing. Jadi bila sekolah menganjurkan aktiviti camping unit beruniform hujung minggu lalu, sayalah orang yang paling cepat mengangkat tangan tanda setuju. Hahaha... Excited sikit. Mungkin banyak sikit... Eh...Mungkin juga excited banyak-banyak. Mungkin melebih-lebih daripada pelajar sendir...

Sebenarnya, ni perkhemahan unit beruniform sekolah. Tiap tahun mesti kena buat tapi tahun ni, sekolah pilih location yang lain sikit. Di luar sekolah. Alasan utama, bagi pelajar cuba benda lain. Dan sangat tepat. Perkhemahan ni lain sangat. Lain daripada camping-camping sebelumnya dan lain juga daripada camping-camping yang pernah saya sertai. Apa yang lainnya? Cuba lihat gambar-gambar ini.

Ada body rafting

Kawan-kawan guru pun turut serta body rafting

Ahli khemah menunggu giliran

Cantik ba Sungai Kiulu di Malangang ni.
Dulu, tempat ni lebih dikenali sebagai Pulau Kelapa

Seronok diorang kan..
Kamurang tau, saya tidak dapat body rafting sebab saya terpaksa jadi camera man

Nah, sempat lagi diorang ni posing...

Body rafting dalam kumpulan

Diorang bersama instructor diorang

Si Rana mencuba flying fox

Ni si Nick Neo. Baru Form 4 tapi girlfriend dia Form 5 sudah ah... hahaha...

Ni pula si Helvicks. Antara student paling rapat dengan saya...
Girlfriend dia Form 4. Dia ni Form 5. Hehehe...

Saya kurang pasti nama ni pelajar... Tidak jelas sangat muka dia :(

Ni pula si si Romih... hehehe...

Ni lah antara aktiviti dan gambar yang sempat saya ambil. Memang bestlah camping diorang ni kali. Mahu juga ikut aktiviti-aktiviti diorang tapi bagi peluang kepada students dululah. Kesian diorang ni. Jarang-jarang dapat peluang try ni benda. Mungkin lain kali, orang lain boleh snap gambar saya pula mencuba ni barang... Hahaha :)

10 Comment(s):

eeee seronoknye...

ned mengajar eh


hahaha... mengajar dan diajar.. hehehe... :)


Bestttt.... all the best with the bcbuddy award... nanti sia drop a vote for you too.. :)

jgn lupa undi Cj Go Travel pula.. under travel.. :)


I want to become kids again..jealous tengok diaorang ni hehhe...


hehehe...
cath J.. buli.. no problem...

alv808,
there's always that little kid inside us.. hehehe..


hahaha..smpai girfren2 dorang kena bagi tau bah.. :)
mcm sa kanalll ja tu intructor tau.. siapa gia nama dia tu..


hahaha.. tu budak2 pandai membagitau ni kalau suda rapat.. minta tips2 lagi ni.. hahaha.. tula sa tau.. hehe...

sa lupa nama dia nc.. nanti sa tanya kawan2 yang lainla..


nc,
nama tu instructor Romeo Lansiong dari tamparuli bilang kawan sa.. hehehe..

baru sa teringa oohh.. rupanya dia di sekolah tempat sa praktikal dulu.. ya ampun, mesti dia bilang sa sumbung tu sebab tu hari time campingkan, sa tidak p tegur2 dia ni.. matehla... huhuhu


This comment has been removed by the author.

Tuan, bagaimanakah nak membuat tempahan untuk ke Malanggang Camp ini? Siapa perlu saya hubungi? Ada contact no/alamat??? Mohon tuan jika dapat membantu... Mahadi UMS, menakbar@yahoo.com


From The Barait of Anakjagung

Dear Readers,
Thank you for visiting my blog. I do hope that your visit is a fun one. Please leave your comment in regards of my post or just say hi in my Chat Box. Don't forget to leave your link so that I can pay you a visit too. Thank you so much.

Most of the postings here are original therefore, publishing/printing/production or of any means of using the materials in this blog without a formal written consent from Anak Jagung is strictly prohibited. Where some are not, links and sources are stated.

Best viewed using Mozilla Firefox


© Copyright Anak Jagung 2003 - 2014. All rights reserved.

About Me

My photo
A blogger who blogs when he feels like it. A teacher who is learning to be a better one everyday. A person who likes photography but is not good at shutter speed and what the heck is the rules of third? A man who believes that you can change the world.

Chatter Box

Followers


Slider

The Best Links

Get more followers

Blog Archive