My Weekend II - Grandnya Kaamatan Kota Marudu

Dari KDCA terus balik ke Kota Marudu pada awal pagi hari Ahad. Tercari-cari di mana pula sambutan Pesta Kaamatan ni kali. Rupanya dibuat di dalam dewan. Okay, satu pembaharuan. Ramainya orang. Mesti susah mau pass through ni. Terus teringat tag photographer kawan bagi. Apalagi, lepas keluarkan peralatan menembak, gantung tag di leher, berdiri menunggu dekat pintu mengharap ahli RELA nampak kewujudan diri yang kerdil ini :p

Nasib baik. Dibenarkan masuk secara bersahaja melalui pintu paling depan dengan stage. Wah, ramainya orang. Sudah ramai photographer yang sedia beraksi. Cepat-cepat saya mendapatkan ruang yang strategik. Tiba-tiba ternampak pula wajah yang sangat familiar. Kakak dan mama pun ada juga, hehehe. Bolehlah diorang tolong pegang beg camera ni... Hahaha.

Pembukaan yang sudah gemilang. Tujuh Bobolian (Bomoh wanita) yang diwakili oleh tujuh orang pemimpin Daerah Kota Marudu termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus J. O ataupun lebih dikenali sebagai Dr. Max yang juga merupakan ahli Parlimen Bandau (Kota Marudu, Sabah).



Kemudian tari sketsa 'Lagenda Huminodun' pula dipertunjukkan. Terkejut sedikit. Wah! Macam state level punya kaamatan. Nasib baik kurang bermain dengan lighting. Kalau tidak, confirm macam state level punya Kaamatan.

Menjiwai watak sehingga menitiskan airmata dalam Sketsa Tari Huminodun

Teruslah keluar 14 orang peserta Unduk Ngadau Daerah Kota Marudu. Wah, boleh tahan juga peserta-peserta tahun ni tapi Unduk Ngadau last year masih di hati :p. Akhirnya yang terbaik juga menjadi pemenang. Balance daripada segi kecantikkan dan IQ. Tidak boleh berat kepada satu aspek sahaja.

The Reigning Queen - Unduk Ngadau Kota Marudu 20019
Miss Laine Leona

Persembahan artis lagilah best! Teruja sedikit. Bukan kerana penampilan artis tapi disebabkan penganjuran yang 'mendatangkan' artis-artis itu. Betul-betul macam state level. Senyuman terukir. Bangga. Siapakah artis-artis itu?

Stacy

Kumpulan Sleeq

Lah - VE

Marsha

Majlis berlangsung sehingga lewat petang tapi dewan tetap tidak kosong malah kedatangan orang ramai semakin bertambah. Siapa yang tidak mahu melihat wanita tercantik Daerah Kota Marudu dimakhotakan? Dan akan pula membawa nama Kota Marudu ke peringkat negeri?



Pada akhir majlis, saya rasa penat sangat-sangat tapi tetap berpuas hati dengan hasil kerja. Unduk Ngadau yang menang pula, memang kena di hati. Tapi tahun ni, sangat berpuas hati dengan penganjuran Pesta Kaamatan Kota Marudu. Kalau boleh saya katakan, terbaik di seluruh negeri Sabah daripada segi penganjuran dan artis-artis yang datang, bagi sayalah. Tunggu di KDCA nanti. Macamana?


Comments

Boy said…
STACY!!!! aaaa STACY!!!
minat stacy erkk.. hehehe
Alv0808 said…
Memang nampak meriah oh..anyway, Happy kaamatan.,.
meriah la juga... rasanya yang terbaik setakat ni.. hehehe
Cath J said…
wowww... rindu Sabah ni..... nice pic... and all the best to Kota marudu beauty...
balik ba kadang2.. ni pesta kaamatan ko nda balik cath?
HoneyBUZZin said…
Waa...meriah ooo....Happy Kaamatan Ned!
happy kaamatan honyebuzz :)