Sejak kecil, semangat Chairil terkenal kedegilannya. Seorang teman dekatnya iaitu Sjamsul Ridwan, pernah membuat suatu tulisan tentang kehidupan Chairil Anwar ketika masih kanak-kanak lagi. Menurut beliau, salah satu sifat Chairil pada masa kanak-kanaknya ialah pantang dikalahkan, baik pantang kalah dalam suatu persaingan, mahu pun dalam mendapatkan keinginan hati. Keinginan dan hasrat untuk mendapatkan itulah yang menyebabkan jiwanya selalu meluap-luap, menyala-nyala, boleh dikatakan tidak pernah diam.
Rakannya, Jassin juga memberikan ulasan yang sama dengan menceritakan ini; “Kami pernah bermain bulu tangkis bersama dan dia kalah. Tapi dia tak mengakui kekalahannya lalu terus mengajak bertanding terus. Akhirnya saya kalah. Semua itu kerana kami bertanding di depan para gadis.”
Beliau meninggal pada 28 April 1949, ketika beliau berumur 27 tahun. Walaupun meninggal dalam usia yang begitu muda, karya-karya beliau disifatkan sebagai antara yang terbaik di Indonesia dan seringkali dijadikan 'benchmark' yang tinggi dalam kesusasteraan Indonesia. Walaupun terdapat beberapa orang tokoh memberi komen bahawa karya-karya Chairil Anwar adalah karya-karya yang ''tidak serious' dan 'kebetulan' sahaja dan juga dikatakan sebagai ahli sastera yang tidak serious dalam menghasilkan karya, karya-karya beliau yang menjadi popular dalam filem Ada Apa Dengan Cinta juga telah dijadikan bahan kajian sastera oleh ahli-ahli akademik dunia. Karya-karya beliau juga banyak diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, Jerman dan Sepanyol.
Chairil Anwar sebagai Binatang Jalang? Mungkin juga. Tapi saya tetap mengemari karya-karya beliau.
Comments