Sodop Gala Nite Kaamatan Daerah Kota Marudu

Masuk saja bulan Mei, memang suda menjadi kemestian Pesta Kaamatan menjadi tajuk perbualan orang Sabah di sana dan di sini. Perayaan yang menjadi perayaan tradisi sekian lama oleh masyarakat Sabah khususnya Kadazan Dusun Murut ini sememang dinanti-nanti setiap tahun. Pesta di sana sini. Hahaha.. memang bestlah. Daerah kelahiran saya Daerah Kota Marudu juga tidak ketinggalan membuka perayaan ini dengan menganjurkan Sodop Gala Nite malam tadi. Bila saja kawan bawa untuk tangkap gambar, terus saya angkat tangan kanan tanda setuju. Sampai saja, dapat pula tag official photographer. Memang langkah kanan betul.

Miss Cahaya Bridal, Miss Popular, Miss Fotogenik, Miss Congeniality dan Miss Body Beautiful

Banyaklah acara menarik semalam. Persembahan dari artis-artis tempatan macam si Ampal yang menjadi juruacara majlis, si Robert yang menang Gema warisan dulu, si Ivy Alexandra yang kita semua kenal tu sama di Ridah, artis Kinabalu Records. Ada juga si Zana AF yang datang memeriahkan. Persembahan tarian dari Kumpulan Budayawan Kota Kinabalu pun kena jemput. Tapi yang paling menarik, mestilah pengenalan peserta Unduk Ngadau 2010 Daerah Kota Marudu.

For me personally, saya rasakan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki oleh penganjur. Saya bukanlah photographer pro tapi sikit-sikit tahulah juga. Antara keluhan kami sebagai photographer malam tu, lighting yang kurang sesuai. Sport light 'ditembak' dari bawah dan langsung tiada penggunaan lampu gantung. Penggunaan smoke vision juga menganggu pandangan penonton apa lagi kalau mahu ambil gambar. Saya tidak nampak logik penggunaan smoke vision untuk pertandingan kecantikkan seperti ini.

Di sini juga saya lihat sendiri betapa tidak adilnya layanan terhadap artis tempatan Sabah dan luar Sabah. Artis tempatan Sabah diletakkan di dalam bilik yang panas dan langsung tiada kipas tapi artis yang seorang lagi duduk di meja depan VVIP. Minta maaflah kalau terasa pedas sedikit tapi kenapalah mesti begini? Sedikit terkilan. Sebenarnya banyak jugalah.

Tapi tahniahlah kepada penganjur kerana dapat juga menganjurkan annual event ini. Bukanlah masalah besar sangat jugalah, hehehe. Yang penting, Gala Nite malam tadi memang secara keselurahannya berjaya. Tunggulah hari Ahad ni. Unduk Ngadau Kota Marudu akan bakal dinobatkan

Comments

Alv0808 said…
Ngam betul ko post nki mcm... hehehe..all the best for the award
HoneyBUZZin said…
Some part of your writing caught my interest...artis tempatan diletakkan didalam bilik yang panas dan tidak berkipas...
"Adakah artis Sabah selalu dianaktirikan begitu...?"
if u asked me this question, my answer is YES!
Sorry, can't reveal more.
Good Luck Ned! Good shot!