Aku Simpan Kebodohan Ini

Kalau orang kata aku bodoh,
Aku akan terus menumbuk dan menerjang
Perjuangan ini tidak akan pernah selesai
Dan kalau orang kata aku gila,
Aku akan terus menulis kisah amarahku
Yang hanya tersimpan tidak terlakar.

Kalau orang kata aku bodoh,
Masa dan keadaan akan terus bercerita,
Aku simpan kebodohan itu
Sampai terakhir ceritera ini.



Ned®
Ums, Kota Kinabalu
27hb Oktober 2005


Seperti yang telah dipostkan pada 16hb November 2005 di anakjagung

Comments

Kay said…
Ned...best sajak tu.
ada maksud tersirat yg dalam rasanya.

apapun, harap ned selalu sihat dan gembira..:)
Jennedy said…
sajak lama ba ni kay.. 5 tahun yg dulu. sa check2 balik sajak yg pernah sa tulis,.. ada juga maksud tersirat tu..

tidak berapa sihat tapi kalaupun tidak gembira, tetap cuba bagi senyuman :)