Id Sulap...

Sepoi-sepoi bahasa
Pagi-pagi dan petang-petang di sana.

Kadang-kadang terhidu haruman asam-asam masin
tidak sedap,
tapi terpaksalah diterima juga.

Pertama kali melangkah,
Semangat terus meledak. Nyata.

Sedikit terpinggir di luar hutan-hutan batu,
waktu malamnya sunyi dan sepi.
Kadang-kadang bunyi angin menampar pipi,
dahi, dan juga rambut.

Di Wangsa ini,
atau, di pijakan yang setakat ada ini,
Di sinilah kebodohanku,
Di sinilah jugala kebijaksanaanku,
Kalau ada.
Tapi di sinilah juga rumahku,
Id Sulap.


Jennedy Pungawon
3.04 a.m.
30 Ogos 2010
Taman Wangsa Maju, Telipok


Comments

Christopher Adrian said…
love it.. id my sulap..