Selamat Berpuasa Dengan Rasa Persahabatan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam, kepada tiga orang abang saya, isteri dan anak-anak mereka yang telah memeluk agama Islam, kepada uncle-uncle dan antie-antie saya yang ramai juga beragama Islam. Tumpang gembira kerana confirm Raya nanti, dapat jemputan sana dan sini.

Uniknya bulan puasa tahun ini adalah kerana saya baru sahaja berpindah kerja ke tempat baru dan masih dalam proses menyesuaikan diri. Syukurlah, kiranya rezeki tahun ini mesti diwartakan sebagai satu peluang yang lebih menjamin masa akan datang. Rezeki photography semakin baik. Ramai orang-orang di luar sana lebih mengenali saya dan kerja-kerja saya, rumah baru semakin baik dan kehidupan sosial cuba diseimbangkan penggunaan masa untuk diri sendiri, keluarga dan teman-teman.

Yang penting untuk saya kongsikan dalam post ini adalah keberjayaan saya menghabiskan bulan puasa dengan berpuasa pada tahun 2002 dan 2003. Ceritanya kenapa dan detailnya biarlah saya simpan sendiri. Cuma, walaupun saya tahu saya tidak mampu dan tidak mengetahui erti sebenar maksud puasa kerana kefahaman yang terbatas, rakan-rakan seuniversiti saya seringkali memberi penjelasan yang bagi saya sangat senang difahami; jangan makan, jangan minum air, jaga pemikiran, jangan berbohong, jangan bercakap buruk tentang orang lain, jangan menyimpan niat kotor di dalam fikiran - jangan korek hidung - antara nasihat-nasihat yang saya terima ketika cuba menjalani bulan puasa pada dua tahun itu. Sahur dengan nasi telur, baki nasi makan malam sebelumnya, set jam supaya tidak terlanjak masa tidur. Siap sahaja sahur, duduk membaca buku sambil kadang-kadang melihat teman yang terus mengerjakan solat. Sungkai adalah masa yang ditunggu-tunggu. Bazaar Ramadhan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Di sana dan di sini, menjual banyak hidangan yang menyelerakan. Jangan kalah pada nafsu, masa sungkailah, si Iblis, dengan cara yang paling halus, memesongkan manusia dengan tidak berjimat cermat, membeli sangat banyak kerana nafsu makan.

Saya masih ingat semua ini. Bukan. Saya bukan seorang Islam tapi saya hormati dan sayangi saudara-saudara Islam di sekililing saya. Saya percaya, seseorang yang mempunyai pengetahuan agama yang kuat adalah orang yang cintakan keamanan. Oleh yang demikian, berbanggala kita kerana, walaupun kita rakyat berbilang daripada segalanya aspek, kita masih hidup sebagai satu. Proud to be a Malaysian.

Cuma, mampukah saya mengulangi 2002 dan 2003 itu pada 2010 ini?


Comments

Kay Masingan said…
D, ko pindah di mana?

best post ko ni. ada tema 1 malaysia. :)
Ned Pungawon said…
@kay, sa sini2 juga kota marudu ba ni.. hehehe.. thanks sebab suka ni post.. sa tulis2 sa ikut pengalaman dan apa yang ada dalam otak sa baitu.. hehehe