Salam Raya :)

Penat sedikit beberapa hari ini. Atau, sebenarnya memang penat setiap hari. Menghadap laptop, meeting dan berbual-bual kosong dengan kawan-kawan sekerja. Facebook jangan cakaplah. Ada saja masa terluang, mesti wajib update status. Tapi entah bila dapat update status single itu :p

Jadi, esok raya. Kota Marudu yang kecil ini tiba-tiba pack dengan ramai orang. Parking-parking penuh dan banyak kenderaan lalu-lalang, tidak seperti biasa. Begitu aura musim perayaan, apatah lagi bagi Hari Raya ini. Mereka yang berada di bandar mengambil peluang balik kampung dan merayakan Hari Raya dengan keluarga dan sanak saudara. Jangan saja lupa untuk lebih berhati-hati di jalanraya dan untuk semuanya. Perancangan teliti perlu ada agar tidak menganggu aktiviti yang sepatutnya.

Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan Muslim di Sabah khasnya, dan seluruh Malaysia amnya. Walaupun perayaan ini adalah perayaan Kemenangan masyarakat Islam tapi saya percaya semangat 1Malaysia menjadikan ianya juga perayaan masyarakat majmuk Malaysia kita.

Semoga Raya tahun ini lebih bermakna dan lebih mengajar kita semua tentang penghormatan, persaudaraan, persahabatan dan semangat kekitaan. Kita mungkin berbeza-beza agama dan keturunan dan bahasa dan kerpercayaan dan budaya, tapi kita tetap sama; Kita 1Malaysia. Saya 1Malaysia. Salam Aidilfitri untuk semua...

Comments

HoneyBUZZin said…
Selamat Hari Raya Bos...
Alv0808 said…
Happy Hari Raya..
Salam hari raya again to all of you.. hehehe..

JieJ, thanks.. hehehe..