Sebelum Bercakap Buruk Tentang Sabah ....

... silalah beri masa sedikit pun saja untuk meneliti perkara-perkara ini. Takut-takut nanti dikatakan tidak cukup sekolah dan ilmunya, malu sendiri lebih daripada berbogel tanpa seurat benang pun. Jadi begini, banyaklah cakap-cakap yang pedas di telinga dan mata contoh komen-komen hamba Tuhan kat sebelah kiri tu. Ketawa kejap bila menelusuri cakap-cakap yang megah penggunaan ayatnya tapi gagal daripada faktanya. Oleh itu, sukalah saya mengongsikan beberapa benda yang dapat memberi cahaya dan pendoman kepada saudara kita ini. Saya orang yang bagus-bagus dari mereka yang lebih bagus-bagus lagi; sangat tidak kisah memberi pertolongan ilmu dan berkongsi.


Sedia saudara? Tapi sebentar. Ini bukan tulisan menghina dina, atau berbalas-balas pantun. Ini sekadar luahan yang membela. Sudah lama rasanya mendiamkan diri tapi yang sana-sana lebih tidak 'reti' kalau begini, jadi saya sekali lagi, dengan sukarela ingin membantu yang di sana-sana, faham dan lebih kritis bila bercakap tentang negeri di bawah bayu ini.

Geografi (dieja sebagai G.E.O.G.R.A.F.I) takut kawan kita tu tak 'reti' apa itu Geografi sebab nampaknya, gagal sangat pengetahuanya bila memberi komen-komen begitu.

Mari kawan-kawan, kita highlight satu benda berdasarkan jadual ini.

Bila kita bercakap tentang sebuah rumah yang hanya ada satu bilik dengan sebuah rumah yang ada banyak bilik, rumah manakah yang lebih sukar penjagaannya? Bersyukurlah nak, rumah kamu di sana-sana kecil dan senanglah pengurusan maintenancenya. Yang ada di Sabah adalah 25 daerah yang bernaung di bawah satu nama; Sabah.

Wah, luasnya Sabah! Nombor dua luas di Malaysia selepas Sarawak. Jadi cuba lihat Interior Division, macam angka keluasannya sama dengan negeri perbandingan kawan kita tu kan? Sekali lagi, syukurlah nak. Keluasan negeri kamu memudahkan urusan pembangunan sebab tidak banyak bilik yang hendak dijaga. Jadi, iya, saya setuju Sabah ni, apalah yang ada sangatkan. Tapi rasanya, bila kita sedar akan perihal fakta yang begini, amatlah tidak logik jika mereka tetap membandingkan kedudukan mereka dengan kita. Rasanya geografi gagal sangatlah kan. Lepas ni, harap-harap dapat diperbaiki. Saya tidak kisah memberi tunjuk ajar dan menjadi kawan kamu sekiranya dengan cara ini dapat mem-belajar-kan kamu. Satu hari nanti, bila kamu beli rumah dan perlu melengkapkan rumah kamu, tengok-tengoklah berapa bilik yang harus kamu jaga. Takut tidak terjaga nanti. Bagi kami di sini, sudah biasa berdiri di atas kaki sendiri dan semua sedar tanggungjawab menjaga sesama sendiri. Kami mungkin di belakang sedikit. Tapi kami tidak statik. Kami sedang bergerak. Tidak laju tapi sedang maju.

Kemenjadian sesebuah tempat kepada status bandar juga wahai saudara, bukan hanya disebabkan saiz kawasan bandarnya tapi juga mengambil kira jumlah penduduk serta taraf ekonomi, sosial dan politik sesebuah tempat. Seperti yang saya katakan, Sabah ini besar; mencakup lebih daripada setengah daripada Tanah Semenanjung sendiri. Di mana kita belajar ni? Geografi Tingkatan 1? Tingkatan 2? Tingkatan 3?

1Malaysia?
Sempena kedatangan Bulan Syawal yang mulia ini, jemput-jemputlah datang ke rumah. Mari kita lihat berapa kaum dan bangsa dan keturunan dan bahasa dan agama yang berbumbung di bawah satu rumah, bergurau senda sambil makan-makan kuih makmur (mamur), batang buruk dan ketupat rendang? Dan ala-ala apa masakan yang ada? 1Malaysia? Silalah datang sendiri ke Sabah, tempat orang-orang yang dikatakan masih tinggal di atas pokok. Terukkan? Menonton World Cup dari dahan-dahan pokok yang kecil-kecil dan mahu patah. Macam manalah tu? Stacy Juara AF6 tu berlatih menari di dahan-dahan yang kuat sedikit supaya bila dia lompat sana dan sini, tidaklah jatuh tersemban sampai patah kaki dan tangan dan tulang rusuk. Berapa etnik yang ada di Sabah? Ya betul, yang paling hampir adalah 32 etnik. Pendek kata, datang dan lihatlah sendiri apa maksud 1Malaysia di negeri di bawah bayu ini. Tidak kisah bila dicop masih tinggal di atas pokok, atau gua-gua. Sebab mengikut saya, pokok-pokok itu menyokong keperibadian yang saling menghormati, saling menyayangi dan saling memperlengkapkan antara satu sama yang lain. Saya rasa kawan-kawan di sana pun begitukan? Eh, tidakkah? Hmm...

Wah, syukurlah lagi nak. Banyak shopping complex di sana. Mesti banggakan. Hehehe.. Sini pun ada juga. Kira banyak jugalah. Boleh surf internet sendiri juga. Tapi takut-takut cuma yang branded yang dicari, wah, banyak sangat duit. Derma-dermalah dengan fakir miskin. Kurang sikit azab dosa menghina. Cermin-cermin muka tu dulu, manatau, nampak tahi mata orang lain tapi tahi mata sendiri, tidak pula disedari. Lepas ni, saya mahu beli cermin yang grand-grand besarnya, biar nampak satu badan dan hadiahkan kepada kamu. Banyak sangat duit tapi cermin gagal. Tapi tidak mengapa tu, saya tolong belikan. Banyak sangat orang yang di neraka tu, janganlah kamu menambahkan sempitnya lagi.

Sekali lagi nak, bersyukurlah banyak-banyak lagi sebab ada highway kelas-kelas di sana. Perjalanan tambah mudah. Tapi jangan laju-laju. Macam lebih banyak kes kemalangan di jalan yang lurus daripada jalan yang bengkok-bengkok macam di Sabah ni. Top-up kad-kad tol selalu. Nanti tidak ter'limpas' di tol-tol jalanranya nanti. Amalkan yoga atau dengar muzik-muzik santai. Atau saya cadangkan tinggal saja di rumah. Takut darah tinggi tunggu traffic jam. Stress dan tension.

Iya, balik-balik Pulau Sipadan, antara pulau tercantik di dunia itu. Balik-balik Gunung Kinabalu, antara gunung tertinggi di Asia Tenggara. Balik-balik Pulau Mabul yang wah, sunsetnya mengegarkan jiwa. Tapi kamu adakah begitu?!

Dan terima kasih banyak-banyak kepada warga pendidik, warga-warga keselamatan dan semualah yang datangnya dari sana, berkhidmat di sini. Saya cukup sedar, tidak semua suka dan tidak semua redha tapi pasrah dalam keterpaksaan. Tuhan sajalah yang dapat membalas budi baik dan khidmat yang telah anda curahkan. Minta maaflah. Ada tempat yang memang tiada internet access. Ada juga tempat-tempat tu yang terlalu jauh, hanya boleh dicapai dengan jalan balak atau sampan-sampan. Selain dapat elaun yang banyak dan menjadikan diri kaya setelah beberapa bulan tidak keluar, saudara dan saudari juga mengumpul dana di bank amal kerana khidmat anda telah menjadikan manusia lebih manusia. Satu hari nanti, ketika anda terpaksa beratur di bank, atau terkena saman pandu laju kerana bergegas balik ke rumah akibat sakit perut dan perlu ke tandas dengan kadar segera, harap-harap, mereka-mereka yang kita jumpa itu adalah anak didik kita, individu yang kita pernah tolong dan anak-anak jiran kita yang comel-comel memanjat pokok jambu di belakang rumah yang kita sempat nasihat kan"turun, kalau jatuh nanti susah..." Dunia sepertinya tidak adil. Tapi Tuhan adil. Sangat adil. Satu hari nanti, anda boleh berbangga dan mengatakan "saya pernah berkhidmat di Sabah dan membantu mereka..." Terima kasih banyak-banyak, untuk kesekian kalinya.

Kawan-kawan, masing-masing kita ada pengalaman yang mengeramkan hati dan perasaan kita bila, dalam sudut-sudut tertentu kita seperti dipijak. Percayalah, saya juga berasa yang sama. Bukan maksud saya mengapi-apikan perkauman, sekadar membela negeri saya. Kalau saya terkena ISA sebab tulisan ini, maka, saya bangga kerana saya pernah tampil untuk berkongsi pandangan saya mengenai komen-komen kawan kita melalui keratan facebook di atas. Sekadar ingin membantu beliau faham kedudukan Sabah yang telah disalahfahamkan dalam sudut fikirnya.

Dan saya percaya, komen-komen kawan kita itu tidak mewakili semua orang yang ada di sana. Kawan-kawan lain yang di sana, mohon jangan tersinggung. Maksud saya jelas untuk memperbetulkan salah tafsir kawan dengan komen-komen di atas itu. Kita tetap 1Malaysia. Baik buruk kita, tetap 1Malaysia.

Apapun, sebagai rakyat Sabah, kita janganlah membalas komen-komen kawan kita itu dengan mengeluar perkataan-perkataan yang berunsurkan negatif dan tidak akademi. Saya faham kita marah tapi dengan mengeluarkan perkataan dan ayat sedemikian, kita hanya mewar-warkan kelemahan kita.

Akhir untuk kali ini, kepada kawan kita itu, kenapa, kenapa Sabah kamu buruk-burukkan? Kami tidak pernah pun memburukkan kamu. Kamu betul-betul tidak sedarkan, Malaysia adalah sebuah rumah dengan bilik yang banyak. Kalau kamu bakar salah satu bilik tu, kamu akan bakar 1 Malaysia ni!


Comments

Unknown said…
Read those comment from facebook too. I think this person unaware for what happening in Sabah now or dia sudah buang negeri. He want to be accepted as one of the west Malaysian. If he cant accept his birth-land how others can accept him?? by the way, kita pun patut rasa bersyukur bila berhadapan dengan perkara seperti ini. Saya percaya perkara ini telah pun membuka mata 'anak-anak Sabah' untuk berani berjuang atas tanah kelahiran sendiri. Bagi si LL ini, biarlah dia menyedarinya secara terbuka dan terpimpin.

Bersyukurlah kita yang menyedari perkara ini dan sama-sama 'berjuang' ke arahnya. Happy Raya!!
Ned Pungawon said…
Alv0808,
I couldn't agree more bro.. I just need to write out my feelings.. seriously.. huhu...
AngeL BeaR said…
they found already his real name and where he work. trying to say sabahans are stupid...kena la dia this time....
kurakuramerah said…
Ramai lagi yang berfikiran seperti LL ni..
Ned Pungawon said…
Angel bear,
what do u mean they found him? please let me know too.... siok tau ni..
nc said…
haha..i like ur post.

that man..ive seen one comment referring to him as 'muka mcm kelapa bakar' hehe.. gosh..

tpi kn..padan muka kn..
Small Heart said…
I Likeeeeeeee!!! Hahaha.. Baru dia tau , langit tu tinggi atau rendah...Dear LL, lain kali berfikirlah dahulu berkali-kali sebelum mengeluarkan buah fikiran..kalu boleh berjuta-juta kali!
Lihat lah, berapa ramai hati anak jati Sabah yang terguris oleh kutukan kamu terhadap negeri kami yang terCINTA ni...


Tuan Rumah : Ya ba.. Sa pun curious ni mo tau.. Hihihi
Evaritus Lau said…
Good reading, almost all the facts are true about us & them, but yeah, nda payah lah lagi mo main batu api crap thing bah, nda guna juga ikut emosi betul, sendiri ja rugi (pasal kena marah bos d office pasal mo reply d fb kekek..^^")

From my opinion, dia mo ckp, ckp lah, sia sumbat telinga sia dngar mp3, siok lagi.
Anonymous said…
inilah yg sy bilang professional^^ SANGAT HARAP LUCA LUCAS BACA NI..konfem dia malu dgn apa yg dia uda ckp tu :) apa2 pun..may God bless him..biar dia panjang umur..sempat jua dia tgk perubahan sabah..sempat jua dia tgk sabah jd lebih maju dr yg skrg ni^^Amen~yg lagi penting..sempat dia bertaubat dgn apa yg dia uda buat.. :)
Ned Pungawon said…
What I wrote here was meant only for LL and those who wants to talk bad about Sabah... Yes, I'm hurt and as a fellow Sabahan, I have my every right to response and correct misled people..

And I take full responsibility of my writing.
Anonymous said…
TQ Ned for the post. Kena berjaga sama urg mcm LL tu sb dia bleh bikin rakyat bermusuhan. mgkin itu keja nya, God knows. Sia bsyukur sb ppl in Sbh n Swak are diff coz we pentingkan perkauman. Here, muslim n kristian or any religious orgn bleh bgaul satu sama lain. Kalo pun kita bmusuh, itu gara2 pengaruh dr luar ah...

Neway, thx to those ppl from semenanjung or swak who are diff from this LL....

Kasian si LL, kunun nya mo ctau pasal kekayaan diri sdri tp sebenarnya bikin banyak musuh. bukan ka tu mpcepatkan lagi proses kematian nya owh? *sigh*
Ned Pungawon said…
Josie,
apapun, kita janganlah guna perkataan yang kotor2 untuk 'lawan' si LL ni sebab tu hanya akan menunjukkan kelemahan di pihak kita...

apa yang sa tulis ni bukan hendah melawan tapi membela dan memperbetulkan anggapan si LL yang sa pasti tidak cukup sekolah ni..
ned kawan sa kasitau, macam ni komen si LL berpunca dari pergaduhan dia sama admin2 grup "kami benci luca lucas kerana mengutuk sabah" di facebook. kawan sa bilang jangan la masuk campur. adede terbingung sa sekejap.
satu lagi dia bilang, cuba ko tinguk tu screenshot, teda satu pun comment orang lain/admin grup tu. nda ko heran? tia tau la apa mo cakap, suda sa maki hamun si LL ni.. sampai kuar kima bab sial suda.. bukan apa ahh..sa mo minta penjelasan ni barang sja.. bukan sa tidak sukung ni grup.. sa pun tia puas hati ni si LL ni buat komen begitu..3 hari tiap malam suda sa berdoa supaya dia mati eksiden kena langgar lori hahahaha..mataiii..
LELAKI MURUT said…
Yep'Ramai... kasi bUka mata diourang ini masi cikit lai ni kena kasi tauk..
Ned Pungawon said…
Jessica,
Saya faham tu apa yg ko cakap tu.. kita tidak tau apa yang jadi sebelumnya tapi setahu saya, grup benci luca lucas tu dibuat after dia bagi komen2 begitu..

Yang paling pentingkan bila kita mo memperbetulkan orang, kita tidak hina balik dan kita tidak guna perkataan yang bukan, yg hanya menunjukkan kelemahan kita.. Kita perbetulkan seseorang bila kita tau yang orang tu memang salah.. and in this case, saya betul2 yakin LL salah... jadi saya mahu memperbetulkan apa yang dia suda cakap...
Anonymous said…
dr extract ko tuh, cuma LL jak yg postkan. tia tau sepa betul ka salah sb sia pun tia join time urg ni ckp something.

maybe ada urg Sbh sdri atau org len yg provoke dia sampai dia ckp g2, mana kita tau owh....kalo ada sepa2 yg tau hal yg sebenarnya, bgs jg kalo hal ni diperbetulkan....mau jg tgk post2 yg mjawap dia tu ah...^_^
AngeL BeaR said…
it started when si LL join group Aduan Rakyat where a photo shows a rural area in Sabah...trus dia comment gambar orang, "..mcm sarang tikus..." nah...dari sana la start....

anyway, nama suda tau, tpt kerja suda tau..harap dia selamat la...
Ned Pungawon said…
Josie,
Sa mengaku, sa pun ambil tu extract yang kena tag di FB.. pasal yang reply2 dia semua tu, sa pun tidak pasti. That's why sa hanya jawab apa yang dia cakap. Macam sa cakap, kita perbetulkan kesalahfahaman dia tentang Sabah, tu ja.. hehehe
Anonymous said…
Aku tertarik dgn kata2x dia tentang guru pedalaman...Aku ni cikgu bah...Sekolah aku di Pedalaman P3 (3 jam naik bot) di Keningau Sabah ada strymx tau....Laju lg tu...buli2x dia ckp teda internet access....Nah K.O.T.O.H...ketara tul teda knowledge...wakakakakaka...
Aretikz said…
ngam lai ni bro.. sya pun stuju cakap ko.. nda patut2 ba kita hina orang.. mind your own words orang slalu bilang.. smoga dia insap la apa dia cakap.. hoho..
HoneyBUZZin said…
I like this entry ..ini lah yang dikatakan..bertemu buku dengan ruas!

Happy Raya Friend!
Ned Pungawon said…
HoneyBuzzin,
Hehehe.. Kita memeperbetulkan dengan niat membantu.. Tapi biar ada sikit rempah ratusnya agar dia tidak buat lagi :p
Ned Pungawon said…
Aretikz,
Thanks bro.. begitula tukan.. kita orang baik2 daripada keturunan yang baik2.. hina2 ni kita nda main2la.. kalau sindir2 manja, kalilah.. :p

AngelBear,
That's what I heard.. mind to share more?
Gee said…
naa sodaa...mudahan c LL tebaca ni entri..ne kali la..
Anonymous said…
Salam dan selamat sejahtera semua~~
Sy bangga lahir di Sabah. Tinggal atas pokok? sure meh? Skng masuk kampung yang dalam2 pn.. sulap2 ja pn ada Astro. Fuiyoo.. mana mau cari oh..di Sabah...jangan ja ada org sakit jantung tinguk rumah atas pokok ada astro.
Anonymous said…
TO ME SABAH IS BEAUTIFUL..full with amazing wonders plus I envy Sabahan people because of their unique culture and heritage.. and I love the way Sabahan people talks. I wish I could stay there someday...

LOVE U SABAH...
Christ_KerisPatih said…
wow!!! good job bro.. I loike it so much... heheeh... way to protect Sabah..
Ken said…
This is a sad story!

*sigh*

Peeps, we've been staying under one roof for almost 5 decades. Sabah today is A LOT much developed, unlike what most of the Peninsular-ians think of the canopy and tree bark.

Sabah is blessed with bountiful of natural resources and beautiful nature. If LL doesn't come along with the progress in Sabah, PLEASE do not touch down on this land.
Ned Pungawon said…
Ken,
Exactly. Why can't they be relevant towards progress? That's not too far from being logic isn't?

Why Sabah has to put up with this for so many year now? We never bother other states, why should they? And why should LL?
Unknown said…
wuisheh, aramaiti juga di sini. itulah tu, ajar sikit ni budak.

http://rajaoberon.blogspot.com/2010/09/jawapan-untuk-si-luca-lucas-rejected.html
Anonymous said…
hi...masa PM kita baru jadi PM...dia ada cakap, "nak tengok 1Malaysia...pergilah di Sabah"...LOVE Sabah...
Anonymous said…
Hello bro, like your statements. Sijuk hati sia baca he he he..yeap i couldn't agree more, buruk buruk Sabah di mata dia, its fine, as long as we stay together, apa mo jadi,ributkah, tofan kah atau apa apakah...kita tetap kuat.

Salam keamanan.