Suatu Hari Baru-baru ini...

Panasnya hati saya bila kereta di depan tidak bergerak-gerak sedangkan lampu trafik suda hijau.

Kalau bukan sebab terlupa handphone di rumah, manalah saya akan buat U-turn balik, memecut sehingga 140. Rupanya stuck depan traffic light lagi. Sudahlah aliran traffic jam lebih kurang 500m jauhnya, sampai sahaja satu kereta sebelum traffic light, tidak pula bergerak-gerak kereta yang satu tu di depan.

-Apahal lagi ni? Bisik saya sendiri.

-Kalau rosak, sudah lebih kurang 5 minit tidak keluar pun dari kereta. Biasanya, kalau kereta rosak, tuan punya kereta akan keluar, buka bonet enjin, tanda kereta rosak. Ini tidak pun. Fikir saya lagi. Rasa panas mula menguasai diri.

Kereta di belakang pun tidak berhenti hon. Sudah. Habis. Naik 1000% amarah sebab flight akan berlepas dalam masa 40 minit lagi! Panik.

Saya keluar dari kereta dengan lancarnya menuju ke kereta di depan. MyV SE Auto. Dengan marahnya berkata:

-Bos, kenapa tidak jalan-jalan lagi ni?! Orang mahu cepat! Tengok kereta di belakang! Saya berkata separuh menjerit sambil menoleh ke belakang, melihat kereta-kereta yang terstuck.

- Minta maaf encik. Kaki saya kebas tiba-tiba... Minta maaf encik. Saya betul-betul tidak sengaja.

Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an keluar dari kereta sambil menyumpah-nyumpah dirinya.

Tangan kirinya kudung. Kaki kirinya kudung.

© Copyright Anak Jagung

Comments

christopher adrian winces said…
sa masi kurang faham ni cerita.. actually sa faham yg awal2.. tp ending tu yg sa kurang faham.. siapa yg dia maksudkan kudung? tp nice story..
Belle Edwin said…
Gawd~! is he disable?
Ned Pungawon said…
saja2 buat ceta ba ni.. idea datang.. susah mo tahan2.. heheh