Si Katak Puru dan Si Katak Hijau

Si Katak Puru dan Si Katak Hijau mungkin sudah lama berkawan. Bagi mereka, persahabatan adalah sesuatu yang kekal. Berbanding dengan percintaan, mereka menganggap persahabatan adalah sesuatu yang lebih tahan lama.

Mungkin juga kerana terjadi sesuatu yang tidak disangka, si Katak Puru dan si Katak Hijau tiba-tiba tertarik menjadi lebih daripada sekadar sahabat. Sebenarnya, sudah lama juga mereka menyimpan perasaan antara satu sama yang lain.

Pada suatu hari, Si Katak Puru berjumpa dengan Si Katak Hijau kerana kebetulan Si Katak Hijau menziarah keluarganya di tempat si Katak Puru mencari makan. Mereka sangat gembira kerana dapat berjumpa dan menghabiskan masa bersama-sama bercerita mengenai perjalanan hidup masing-masing. Kemudian si Katak Puru tiba-tiba seraya berkata:

- Lama sudah kita tidak jumpakan?
- Nda juga lamalah. Kenapa, ko rindu sama saya?

Terkejut sedikit si Katak Puru sebab ternyata dia sebenarnya rindukan si Katak Hijau dalam diam-diam.

- Kalila - balas si Katak Puru dengan berani.
- Betulba? - tanya si Katak Hijau, mencari penjelasan.

Si Katak Puru tiba-tiba menjadi malu. Dia tidak sangka yang dia sudah terlepas kata.

- Rindula ba, kawankan - jelas si Katak Puru sambil memandang ke tempat lain.

Si Katak Hijau datang menghampiri si Katak Puru.

- Saya pun ba... selalu ingat-ingat ko ni. Tapi, entalah, kenapa macam tidak berani mo cakap.

Si Katak Puru sangat terkejut dengan luahan di Katak Hijau. Suasana diam tiba-tiba.

- Ko ada perasaan sama saya ka ni Katak Puru? - Tiba-tiba si Katak Hijau memecahkan kesunyian. - Sebab, saya terus terangla, saya memang suka sama ko ni - tambahnya lagi.

Si Katak Puru terus diam. Sebenarnya, dia pun sudah menyimpan perasaan terhadap si Katak Hijau sejak dari dulu lagi.

- Siapalah saya ini wahai Katak Hijau? Ko tingu sajala saya ini. Layakkah pigi suka-suka katak macam ko?

- Eh, kenapa ko cakap begitu? Kita sudah lama kawan bah.

- Itulah pasal. Lebih bagus kita kawan-kawan saja. Ko bukan tidak tahu pengalaman hidup saya. Sampai sekarang macam masih takut-takut lagi mo sayang-sayang orang ini. Ko pun ada pengalaman yang sama. Tapi, ko lain. Ko cantik. Ko halus. Dari jauh lagi katak-katak lain sudah nampak ko. Ko tingulah saya ini. - panjang ulasan si Katak Puru.

- Kenapa ko cakap begini ni? Itu hati ba kita mo tingu. Bukan rupa bentuk semata-mata.

- Iya, saya tahu juga tu Katak Hijau tapi kita logikla ba kan. Kita sudah cakap dari dulu lagi, persahabatan tu kekal lebih lama dan buli jadi sampai selama-lamanya. Jadi, kita janganlah cakap soal perasaan antara kita. Ko tau juga kita ni memang saling sayang menyayangi dari dulu sebagai sahabat.

Si Katak Hijau terdiam, melontar pandangan jauh-jauh. Menghela nafas panjang.

***

Sudah beberapa hari berlalu sejak kepulangan si Katak Hijau ke tempat asalnya. Si Katak Puru diam-diam saja menanggung rindu. Kata si Katak Hijau kepada si Katak Puru sebelum bergerak pulang:

- Kalau kita tidak cuba, mungkin kita tidak tau. Mungkin kita lebih bahagia. Tapi sebenarnya sekarang pun kita sudah bahagia bah kan. Jadi, bagus lagila kali kita begini saja. Tapi ko simpan dalam hati sajalah yang saya sebenarnya kadang-kadang, mengharapkan hubungan kita ni lebih daripada sahabat saja.

Si Katak Puru duduk diam-diam menunggu makanan.

- Iya, sa suka ko dan mo jadi lebih daripada sahabat juga - kata si Katak Puru.

Tapi tidak sehingga di Katak Hijau sudah hilang dari pandangan. Lagipun, tiada siapa juga yang dapat dengar luahan si Katak Puru sebab si Katak Puru cuma berbisik di dalam hatinya sendiri.


© Copyright Anak Jagung

Comments

kay masingan said…
dalam maksud cerita katak2 ko ni Dee...
Anonymous said…
@Kay Masingan,
dengan harapan, si dia membaca.. tapi tidak mengharap2 apa2 juga.. yang sudah ditulis tu adalah yang sepatutnya.. hehehe
Anonymous said…
mana yg katak jantan, mana yg betina itu oh?