Katak Puru melihat lembah yang seakan biru dari tempatnya duduk atas batu, di sebuah air terjun.
Dia teringat suatu ketika dulu, dia bersama Katak Hijau telah berbual agak serious tentang masa depan hubungan mereka. Kini Katak Hijau merantau jauh, sangat jauh. Katak Puru masih lagi berada di tempat yang sama. Sekurang-kurangnya, kami masih sahabat baik lagi, bisik si Katak Puru.
Tapi sebenarnya, sesuatu berlaku beberapa bulan yang lalu. Ketika Katak Puru ditemukan dengan seeokor Katak lain. Katak Pelangi.
Katak Pelangi adalah sangat peramah. Sangat lucu dan sangat happy-go-lucky. Katak Pelangi juga sangat baik dan mempunyai perwatakkan yang menceriakan. Perlahan-lahan si Katak Puru jatuh hati dengan Katak Pelangi, melangkaui batasan had pegangan si Katak Puru selama sudah bertahun-tahun, sayang kerana persahabatan akan lebih bertahan lama. Yang lebih mengembirakan si Katak Puru, si Katak Pelangi juga mempunyai perasaan yang sama. Sudah, pegangan diketepikan ... mereka hidup bahagia.
Atau itu mungkin hanya sementara.
Si Katak Pelangi tiba-tiba berubah.
- Saya tidak boleh sayang ko lagi - kata si Katak Pelangi
- Ai, kenapa ni? Saya ada buat salahkah? - tanya si Katak Puru.
- Bukan pasal ko tapi pasal saya. Saya rasa kita bagus lagi jadi kawan saja sebab hubungan begitu akan tahan lama lagi - jelas si Katak Pelangi.
Si Katak Puru berasa seperti dihempap batu besar. Hatinya seperti dicucuk dengan duri yang tajam. Apa yang lebih menyedihkan si Katak Puru, dialog itu seperti pernah berlaku. Ya, bersama si Katak Hijau, dituturkan sendiri oleh si Katak Puru.
Lama si Katak Puru merenung ke arah si Katak Pelangi tapi tidak selama dia merenung ke arah lembah yang biru tu. Si Katak Puru benar-benar sudah sayang dengan si Katak Pelangi.
- Kenapa saya kasi benar dia masuk dalam hati saya? - bisik si Katak Puru sendiri. - Kenapa bila akhirnya saya rasa sudah boleh menyayangi, saya kena tinggal begini? Adakah ini karma? Tapi kenapa? Apa yang saya sudah buat? Kenapa saya tidak kasi kuat hati saya dulu untuk tidak menerima siapa-siapa lagi? Kenapa saya lupa macam mana rasa dia kena kecewa begini? Sakit! Kenapa saya boleh lupa ni?
Si Katak Puru masih lagi duduk melihat. Langit tiba-tiba jadi gelap. Tidak lama kemudian hujan pun turun. Katak-katak lain muncul.
- Bagus - bisik Katak Puru lagi. - Tiada siapapun yang akan nampak yang saya menangis.
Nota: Katak Pelangi Borneo (Bornean Rainbow Toad) ataupun Sambas Stream Toad (Ansonia latidisca) dijumpai kembali di Borneo setelah 87 tahun tidak kelihatan, iaitu sejak tahun 1924. Katak itu ditemui baru-baru ini oleh saintis dari Universiti Malaysia
Sarawak yang menghabiskan masa berbulan-bulan mencari katak tersebut di
Gunung Penrissen, bahagian barat Sarawak, sempadan semulajadi antara
Negeri Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia di pulau
Borneo.
(http://unikversiti.blogspot.com)Si Katak Puru dan Si Katak Hijau - Bahagian I
© Copyright Anak Jagung
Comments