Uncle Tua Itu

-Ko tingu ba tu urang tua. Punya kesian.

Si Dan melihat sekejap. Seorang tua berjalan perlahan melintasi gerai kami. Dengan selamba, sambil memikul bag pack hitam yang usang.

- Kalau saya tu, nda saya kasi bapa sa jalan-jalan seturang begitu. Sudahlah bertungkat saja.

- Ada bah kali anak-anak dia berjalan-jalan di sekitar sini. Si Dan cuba membetulkan cara fikir saya.

- Yalah, tapi janganla ba kasi biar bapa derang berjalan-jalan begitu seturang. Kesianlabah.

Di depan kami, seorang lelaki tua yang rambutnya sudah putih malah jarang-jarang sudah, bertongkat kaki empat. Entah apa nama tongkat begitu. Berjalan perlahan sambil memerhati keadaan sekeliling. Berhenti sekali-sekali, mungkin mengambil nafas. Orang belum ramai lagi jadi kami dapat melihat lelaki tua itu berjalan perlahan melintasi booth kami kemudian berjalan lagi sehingga hilang dari pandangan. Matahari mula menunjukkan kuasanya.

***

- Adoi, punya ramai orang ni... Panas lagi. Saya mengeluh sambil mengipas muka.
- Ko tingu ba tu urang tua tadi... Si Dan tiba-tiba menegur saya. - Ko tingu apa dia pigang?

Saya memerhati. Lelaki tua yang pagi tadilah. Sekarang sudah memegang plastik warna merah yang besar. Dia perlahan-lahan melintasi booth kami sekali lagi. Tapi pelanggan terlalu ramai. Tidak dapat tengok sangat lelaki tua itu.

***

- Nah, ko tingu apa lagi dia pigang tu. Si Dan tiba-tiba menegur saya lagi.

Lelaki tua itu, buat kali ketiga, berjalan perlahan sekali lagi melintasi booth kami. Berjalan santai. Perlahan. Dengan tambahan satu lagi beg plastik besar ditangan.

Kali ini, saya melihat dengan perlahan juga....

Sedangkan dia berjalan di tengah panas, perlahan, bertongkat sambil memegang dua beg plastik besar, dengan bag pack hitam di belakang lagi, saya, di bawah khemah yang dilindungi dari pancaran matahari, mengeluh kepanasan dan kepeluhan dan kepenatan, seakan sangat tidak logik bila melihat situasi lelaki tua itu berbanding saya. Dia berjalan perlahan seperti mahu menunjukkan sesuatu. Kemudian hilang di kalangan banyak orang.

Terus saya bangun dari tempat duduk:
"t-shirt buliba kalau kau.. beg.. keychain... sticker... buliba kalau kau!"

(Terima kasih uncle... uncle suda kasi sedar saya banyak hal!)

© Copyright Anak Jagung

Comments

Unknown said…
Kita selalu cakap macam tu kan? kesian dia..but actually to be pitty is ourselves. The uncle have a faith in doing that plus the passion..God let us see in different way to 'wake' us.
Dan - Pelakon dalam cerita ini... Betul ni saya! said…
Rupa-rupanya dia pun berabis shopping. Banyak pula pendapatan dia di beg2 plastik.... haishhh...
Ned Pungawon said…
@Alv0808, couldn't agree more.. it's like a wake call for me...
Ned Pungawon said…
@Dan, hahaha... i bet you are :)
HoneyBUZZin said…
We often learn new things about life through circumstances like this....
It's like an eye opener..