The chosen One
Because I BELIEVE, ONE Man Can Change The World.

Sedih dan Marah - Kes Pembunuhan Nurse Hospital Kudat

Tuesday, October 12, 2010
Semalam saya terbaca artikel tentang kehilangan seorang wanita pada hari Sabtu yang bekerja sebagai nurse di hospital Kudat dalam Daily Express bertarikh 11 Oktober 2010. Rasa simpati terhadap keluarga masih lagi terbuku dalam hati tapi apabila pada hari ni terbaca blog seorang blogger, kesedihan saya bertambah dengan marah yang meluap-luap. Mangsa ditemui mati dalam keadaan hanya berseluar dalam di King Fisher Ujana.

Mangsa yang bernama Annie John Dismas sepatutnya menghadiri kelas di OUM pada hari Sabtu tapi mangsa tidak balik-balik. Mangsa ada lagi telefon ahli keluarga pada jam 3 dan masih sempat memberikan miskol dengan tunang mangsa lebih kurang jam 7.30 p.m. Pada jam 2 am, barulah kereta mangsa di jumpai di Australia Place dekat dengan Hotel Garden. Bapa mangsa terpaksa memecahkan cermin kereta untuk mencari apa-apa tanda kehilangan. Yang dijumpai adalah resit pembelian dari Kompleks Karamunsing yang menunjukkan yang mangsa ada shopping di sana lebih kurang jam 5 p.m.

Bila akhirnya ditemui, mangsa sudah meninggal dalam keadaan yang hanya berseluar dalam. Punyalah saya marah dan sedih benda begini berlaku. Siapalah penjahat yang tidak fikir kalau benda yang berlaku dengan kakak atau adik atau mama atau saudara-saudara dia sendiri, apa dia rasa?!

Saya ingin melafazkan salam simpati saya kepada keluarga, tunang, saudara-mara dan kawan-kawan mangsa dan berdoa untuk kalian semua. Tuhan memerhatikan kesedihan dan kemarahan kamu semua dan Dia tidak akan berdiam diri. Satu kehilangan yang sangat mencabar kesabaran dan kemanusiaan kita. Marah, dendam, sedih, kesal etc semua menjadi satu. Bukan senang kejadian macam ini diterima dan mestilah menjadi satu tamparan maha hebat sakitnya kepada semua orang yang mengenali si mati apalagi keluarga, tunang, saudara-mara dan kawan-kawan mendiang sendiri. Saya tidak dapat bayangkan semua rasa yang diorang rasa. Sakit hati yang teramat sangat! Tapi saya tidak akan cakap semuanya akan menjadi ok nanti sebab tiada yang ok dengan hal yang begini dan saya juga tidak akan cakap setiap benda yang berlaku ada sebabnya sebab, minta maaf, saya tidak nampak sebab kenapa ada orang yang patut mati dibunuh dengan keadaan kejam seperti ini. Sedih sangat-sangat.

Kepada penjenayah keparat itu, iya, ketawa-ketawalah kau di sana. Kau fikirlah yang kau selamat. Kau fikirlah nafsu syaitan terkutuk kau tu. Iya, puaslah hati kau kan. Satu hari nanti, kau akan rasa apa yang berlaku dengan mangsa itu sendiri. Saya tidak akan cakap hal yang sama akan berlaku dengan kakak kau, dengan adik kau, dengan mama kau atau saudara-saudara kau sebab saya fikir benda macam tu, janganlah berlaku disebabkan kesalahan kau sendiri yang kau sudah buat. Tapi suatu hari nanti, kau akan mendapat kesusahan yang kau sendiri akan tahu apa sebabnya. Laknat, tidak tenang hidup kau binatang terkutuk tidak pakai otak fikir, bodah dan sial!

Kau akan dapat balasan yang lebih teruk, lebih dasyat, lebih buruk, lebih parah! Kau tidak percaya? Kau tidak akan tenang seumur hidup kau. Kau tunggulah, kerabat syaitan!

Link untuk post ini:
Blog Erti Hidup
Daily Express
Read On 28 Comment(s)

Pengalaman Duduk IELTS

Monday, October 11, 2010
Kalau mau cakap, saya bukanlah manusia paling baik di dunia ni tapi sekurang-kurangnya saya sentiasa cuba untuk berbuat baik dengan orang lain; sekurang-kurangnya, saya fikir begitulah. Tapi kadang-kadang, bila kita sudah buat baik dengan orang tapi macam tidak dihargai pula. Malu jugalah terhegeh-hegeh offer bantuan tapi yalah, ada ketika dia yang apa yang kita cuba buat itu disalahtafsir. Tidak apa, yang penting kita ikhlas. Saya ikhlas.

Biarlah tu benda tu. Yang saya mau cerita ni kali pasal saya ambil exam IELTS (International English Language Test System) hujung minggu baru-baru ni. Tujuan saya, mungkin mau sambung study atau kali saja-saja mau test diri sendiri, hahaha. Persediaan ala kadar saja. Kerja sambil belajar ni lain sikit mainan dia. Terkena lagi minggu sebelum tu kerja banyak sikit jadi masa belajar pun kurang. Jadi, ni IELTS yang saya ambil ni under British Council dan dibuat di Le Meridien Hotel. Ada 4 bahagian semua ni paper ni. Reading, Writing, Listening and Speaking. Adinah, yang listening paling tough saya rasalah. Bukan sebab slang dia British tapi tu nombor telefon bah saya tidak dapat tangkap habis bila dia cakap. Satu kali saja dia sebut tu nombor bah, huhu.. Terus saya down ni bila tidak dapat tangkap tu nombor telefon. Baru soalan kedua tu. Tapi saya cepat-cepat sedar yang saya perlu kasi motivasi sama diri sendiri sebab banyak lagi soalan-soalan yang bakal saya jawab nanti. Orang putih cakap, pull yourself together kunu ah saya. Baiklah.

Bahagian kedua itu reading. Nasib saya suka membaca jadi tidak berapa banyak masalah di sinilah. Kali ok jugalah ni bahagian ni, tapi nda taulah kan. Yang ketiga writing. Hmm.. Ni pun macam biasa-biasa jugalah saya buat. Nda juga pandai betul ni tapi bolehla kali kampung-kampung tu, hahaha. Yang bahagian keempat ni yang bikin lawak bila saya ingat balik tau. Speaking bah. Jadi, saya ada baca-bacalah kunun tips-tips speaking ni terus saya ter'highlight' ni phrase 'speak until the examiner ask you to stop'... Nah, apalagi, saya belasah sajala jawapan saya. Mula-mula kana kasi warming up tanya-tanya nama, kerja, asal. Nah, sekali dia tanya "describe what you are wearing today" bilang, di sanalah saya terstop 2 saat kali tu. Sebab saya betul-betul tidak sangka soalan macam tu dia tanya. Bah, saya pun teruslah kunun bercakap ni, baju begini begitu, jeans begini begitu. Ada jaket bikin saya kasi panas-panas badan pun, saya cakap saja ni. Sikit lagi saya mahu tambah pasal underwear juga ni (examiner saya perempuan Chinese tapi slang UK ok dan boleh tahan juga orang dia ni) tapi nda jadi sebab tiba-tiba dia angkat tangan dia bagi saya sign 'talk to the hand' ah. OMG ni saya rasa. Malu betul ni. Kana stop time-time ko siok bercakap ni. Aduh. Merah kali muka saya tu. Saya ingat bila kena suruh stop, dia interupt terus. Ni kana bagi tu sign depan-depan muka ko. Waka waka eh eh betul ah... huhu.

Then dia tanya pasal childhood hobby sama hobby sekarang ini. Menjadi Ned seperti biasa, bercakaplah saya tanpa henti dan ni perempuan selalu interupt saya dengan tanya soalan-soalan berdasarkan jawapan yang saya bagi. Di sinilah saya terlupa satu perkataan ah. Saya tidak tahu kenapa saya buli lupa tu. Ada bah di hujung-hujung otak saya tapi saya tidak dapat recall ni. Kamu tahu apa tu perkataan, 'gadgets' ah. Kan dia tanya saya pasal hobby, jadi saya jawablah photography dan saya mo describe itu camera sebagai satu gadget tapi saya lost word betul tu masa. Jadi, terima kasih kerana sudah membaca tips-tips speaking, saya tahulah saya perlu cari satu perkataan yang dekat-dekat maksud dia, terus saya dapat perkataan 'tools'. Nasib lagi owh. Dekat-dekat juga bah kan maksud dia tukan. Aduh... nervous bah saya tu...

Makin lama, makin cepat dia bercakap terus saya pun apalagi, teruslah kunu saya bercakap dan banyak kalilah tu sign 'talk to the hand' kana angkat. Mula-mula malu tapi bila sudah panas-panas, bantai saja apa yang boleh dicakap, hahaha.

Jadi, entahlah tu macamana kan. Tapi at least saya sudah buat yang terbaik dengan usaha sebagai persediaan dan apapun keputusan dia, saya terimalah dengan hati yang terbuka. Mahalba juga ni exam ni mahu ambil. RM570 ah jadi mahu tidak mahu, kenalah usaha sikit-sikit. Saya bukan mau minta puji ni ah. Setakat sharing saja. Saya ni bukanlah pandai sangat tapi orang bilang, kita belajar palan-palan.

Jadi, kepada kawan-kawan yang ada plan mahu ambil ini test, kalau kamu perlu tips, janganlah malu-malu tanya saya. Saya bukanlah cakap saya ni bagus tapi adalah kunu pengalaman ambil ni test jadi kira ada idea sikitlah kan. Oh ya, keputusan dia keluar 22 Oct ni. Saya rileks-rileks sajalah tunggu ni kan... Aduh... huhu
Read On 10 Comment(s)

Nerdy Ned VS IELTS

Thursday, October 07, 2010
OMG, I am so FREAKING out.
This is so important to me.
God, to You I give this.
Let Thy will be done.

Read On 0 Comment(s)

From The Barait of Anakjagung

Dear Readers,
Thank you for visiting my blog. I do hope that your visit is a fun one. Please leave your comment in regards of my post or just say hi in my Chat Box. Don't forget to leave your link so that I can pay you a visit too. Thank you so much.

Most of the postings here are original therefore, publishing/printing/production or of any means of using the materials in this blog without a formal written consent from Anak Jagung is strictly prohibited. Where some are not, links and sources are stated.

Best viewed using Mozilla Firefox


© Copyright Anak Jagung 2003 - 2014. All rights reserved.

About Me

My photo
A blogger who blogs when he feels like it. A teacher who is learning to be a better one everyday. A person who likes photography but is not good at shutter speed and what the heck is the rules of third? A man who believes that you can change the world.

Chatter Box

Followers


Slider

The Best Links

Get more followers