The chosen One
Because I BELIEVE, ONE Man Can Change The World.

Aku Yang Manja I: Di Mana Semuanya Bermula

Wednesday, November 16, 2005
SELAMAT Hari Deeapavali dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Terasa belum terlewat bagi aku untuk mengucapkannya kepada semua, khasnya pembaca-pembaca dan pengunjung-pengujung blog aku. Antara dua perayaan yang paling besar di negara ini, disambut oleh semua masyarakat Malaysia, kita memang bernasib baik kerana telah berpeluang menyambut begitu banyak perayaan hasil integrasi kaum di negara ini. Tidak seperti negara-negara yang lain, kita dapat mengamalkan dan mempraktikkan kepercayaan, norma-norma hidup mengikut kaum dan perayaan samada ianya perayaan berupa kepercayaan ataupun budaya ataupun perayaan perkauman tetapi disambut oleh semua lapisan masyarakat dalam situasi yang aman dan damai. Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur dan berusaha untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang. Aku pun secara peribadi, menyayangi negara ini, kerana aku sebahagian daripada kemakmurannya.

Untuk posting kali ini, aku akan bercerita mengenai pengalaman rayaku yang sekaligus mengingatkanku tentang keberadaanku suatu ketika dulu. Setahu aku, aku memang anak yang manja. Daripada dulu lagi, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan rapat aku mengenaliku sebagai anak manja. Aku sendiri telah lupa yang sebenarnya aku ini anak manja sehingga raya pertama tahun ini, aku sempat berkunjung ke rumah saudara mara yang beragama Islam. Jangan tidak tahu. Aku mempunyai tiga orang abang dan kesemua abang aku memeluk agama Islam setelah berkahwin. Sebelah bapa pula, hampir semua pakcik-pakcik aku beragama Islam jadi tidak hairanlah bila aku mempunyai cara hidup yang dekat kepada Islam. Cuma, kadang-kadang aku takut bila ada kawan-kawan Islam yang tidak dapat menerima aku walaupun aku senang berkawan dengan mereka.
Berbalik kepada pengalaman raya tadi, ada yang terkejut melihatku, kerana sudah lama tidak berjumpa, ada yang tidak jemu-jemu bertanya soalan akan kehilanganku selama ini. Aku jawab – aku di sini juga, cuma sibuk dengan alam persekolahan..lagipun aku dah final year – Ramai sepupu-sepupu aku sudah berkahwin dan membina keluarga masing-masing dan ada juga yang telah bekerja di semenanjung dan kesempatan ini aku ambil untuk beramah mesra dengan mereka. Anak-anak buah juga bertambah ramai dan jangan tidak tahu, aku memang suka dengan kanak-kanak. Yang mengenali aku secara dekat, mereka akan tahu betapa aku begitu addict dengan budak-budak ni.

Raya pertama, aku melawat ke rumah kakak iparku. Memang banyak kuih dan kuih kegemaran kuih mestilah kuih makmur. Aku paling suka kuih makmur! Malamnya pula, aku berkunjung ke rumah dua rakan baikku. Balik ke rumah je, sudah pukul 11. Hari kedua pula, aku berkunjung ke rumah salah seorang daripada pakcikku yang beragama Islam. Di sanalah aku seperti menjejak kasih kerana berjumpa dengan begitu ramai saudara mara dan kawan-kawan rapatku satu ketika dulu. Memang gembira dapat berjumpa dengan mereka yang begitu lama tidak bersua muka. Lalu keluarlah segala cerita lama dan gurau senda. Kiranya, raya tahun ini adalah sangat meriah bagi aku secara peribadi. Semua ni membawa aku mengingati zaman kanak-kanakku. Di mana segalanya bermula...

Beralih kepada cerita manja aku pula, seperti yang aku katakan, aku memang anak yang manja sehingga beberapa orang makcikku memanggil aku dengan nama ‘manja’. Aku tidak kisah sebab aku memang manja. Oleh sebab aku manja dan sering dimenang dan dilindungi oleh parents aku, abang-abang dan kakakku memang tidak selasa dan sering membuliku. Hahaha, kalau ingat lagi, lucu pula sebab semua sudah besar panjang sekarang. Tapi memang teruk masa tu. Abang-abang dan kakakku team up untuk kenakan aku. Kesiankan.. Kalau aku sakit ja, aku akan minta mama untuk tidur di sebelahku, minta dibelikan barang mainan dan banyak lagilah. Pernah sekali mama terpaksa mengikut kursus untuk 2 minggu, aku macam hilang arah di rumah. Aku masih ingat. Aku berumur 8 tahun masa tu, baru darjah 2. Kerana terlalu rindu, aku masuk bilik parents aku dan curi baju mama untuk dicium pada waktu aku tidur. Hahaha, lucukan... kerana aku terlalu manja juga, aku tidak boleh ditinggalkan di rumah kalau parents aku jalan pergi mana-mana. Ada satu ketika, aku kejar parents aku sampai pekan Kota Marudu dari rumah hanya dengan berjalan kaki..Kerja gila tapi selepas tu, aku tidak pernah ditinggalkan di rumah lagi. Takut aku akan kejar mereka lagi.. tapi aku masih ingat kenapa aku kejar mereka – sebab setiap kali aku ditinggalkan, mesti aku dibuli oleh abang-abang dan kakakku... takut...

Begitulah serba serbi mengenai kemanjaanku. Ini baru bahagian I. Ada masa nanti aku sambung dan kamu semua akan tahu betapa manjanya aku dan bagaimana kemanjaan itu mencabar kehidupan aku sehingga aku menjadi seperti apa yang aku ada sekarang...
Read On 1 Comment(s)

Because of You - Kelly Clarkson

Wednesday, November 16, 2005
When Yasmin Ahmad, the Director of SEPET commented Mawi for being so genuinely truthful in singing 'Pupus' and adding that, when someone sings, she regarded the person as a story teller, trying to tell her a story..
When I first listen to this song, I remember what Yasmin said that night. And I believe her. Its not just the song, but the singer too...
I like this song because it potrays something of my past life. Something that were better kept silent..

I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself
Cause my heart so much misery
I will not break the way you did,
You fell so hard
I've learned the hard way
To never let it get that far

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because you know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake
A smile, a laugh everyday of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I try my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid

Because of you
Because of you


Read On 7 Comment(s)

Aku Simpan Kebodohan Ini

Wednesday, November 16, 2005
Kalau orang kata aku bodoh,
Aku akan terus menumbuk dan menerjang
Perjuangan ini tidak akan pernah selesai
Dan kalau orang kata aku gila,
Aku akan terus menulis kisah amarahku
Yang hanya tersimpan tidak terlakar.

Kalau orang kata aku bodoh,
Masa dan keadaan akan terus bercerita,
Aku simpan kebodohan itu
Sampai terakhir ceritera ini.

Ned®
Ums, Kota Kinabalu
27hb Oktober 2005
Read On 0 Comment(s)

A Conversation With Two Friends I

Wednesday, November 16, 2005
My phone rang suddenly when I was doing my assignment. It’s about 8 p.m. I guess. It’s Peter asking me to go out with them. Peter recently graduated from UPM doing accounting. Actually we are at the same age but he took matriculation and was ahead of me for 1 year since I took Form 6. I ask him what the plan is and honestly tell him that if he has clubbing on mind, that night is not a good night. One friend invited me to a birthday party that night and some said clubbing will be a good choice but I said I rather finish my assignment. Been doing it, I think, for a couple of hours, since sunset and kinda exhausted. Then Peter call and ask me whether I would like to join them for drink together with Janice. Janice? I was shocked. I had not heard from her like 3 or probably 4 years now since she went abroad after SPM. Doing A-level at the UK before entering Briston. Some people are just lucky... Hahaha, made me think of my life here. Well, it’s not that bad really. There are two of my friend closest friends who managed to go abroad. Another is Rach, who just graduated last year from Pune Memorial College, India, the place where Marsha AF3 should be going too actually but AF3 made her change her mind.
I reach Wisma Merdeka’s Coffee Bean half an hour later. It opens until 12 midnight now. Saw them sitting together. It’s raining cats and dogs at the time and upon seeing me, both of them were kind shocked. Hahaha... they said I had gain weight. Yeah rite, but still look daring handsome eligible bachelor. Another, yeah rite.
Janice said, she’s actually waiting for her cousin to pick her up but not until 10.30. I have to say Janice look prettier than before. And Peter, as usual, with his stylo looks. We were talking about ourselves most of the time especially when suddenly Peter ask Janice about her boyfriend. Janice had been staying with her aunt at Putrajaya since she graduted last year and often spend time with Peter since they’re both at KL. From what I understand, Janice’s x is actually a Sabahan too, staying somewhere at Kingfisher. Quite near to UMS, I said. Janice and her x met at KL. Her x was doing master at UPM too, something to do with computers, I think, listening from their conversation. And all of the sudden the conversation turns into something very serious. I was a bit disturb cause what I have on mind was all the fun stuffs but it’s an interesting talk when Peter acted like a matured guy. Something I didn’t see before, hahaha. It’s nice maybe if I share some of the story to you guys. Maybe we can get something from here.

Peter: I think I saw your boyfriend yesterday at Flying Club.
Janice: Which bf?
Me: Hahaha, don’t tell me you have more than one…
Janice: Easy come, easy go mah...
Me: That explains.
Peter: The one you said doing master…
Janice: Aya, don’t want to hear his namelah
Peter: I thought you guys were like the happiest couple in whole universe?
Janice: That’s a long story.
Peter: We’ve got time kan Ned?
Me: Another sad story from the drama queen I guess.
Janice: I dump him lah but not intentionally...
Peter: Because of Nick lah kan... Thought you guys had something that day...
Janice: No lah you. Heard so many things from Ken’s friends. So many things that I don’t want to believe at first but then it happens one day that I figure out that he’s seeing someone behind my back.
Me: Kes main kayu tigalah ni…
Janice: What to do…
Peter: So what happen?
Janice: I dump him of course. You wouldn’t expect me to get dumped by him kan. Although the feeling is still there...
Me: I fight if I were you...
Janice: Differentlylah Ned. Not like what you guys think. I trusted him all this time and all I know is to make him happy. It’s like you’ve been stabbed at the back, hearing that.
Me: How did you know that actually?
Janice: You mean he’s seeing another girl?
Me: Yup.
Janice: Came across his sms this one night. I was so shock actually but I pretended nothing happen until I was at home. I call him but he refuse to say anything at first but I said I read his sms then he begin admitting it.
Me: Another truth revealed by mobile…
Peter: Happens to me many times. That’s why I change my girlfriend names as if they were guys but still have a secret to identify them…
Janice: You guys are a total bullshit.
Peter: Don’t get to seriouslah you
Me: Yalah, as if there were no other guys here...
Peter: So what happened?
Janice: He kept calling me and I become tired of it. I started acting like I’m over it. Seeing many guys to burn my lonesome, hahaha. Funny…But actually, is not him lah. He said that the girl was he’s x but at that time, I don’t trust him anymore but I tried to be with him again and at the same time, I fall for another guy...hahaha...tapi keep it in my heartlah. Tell you, this guy is unreachable lah. We were at the same department actually. He’s so cute… macam Greg Utt...
Peter: Total slut..Must be Nick..
Janice: What do you expect...Nicklah…
Me: Manage to catch that guy lah…
Janice: No...
Peter: Why?
Janice: Long storylah. I thought he’s interested in me too at first tapi hard to say lah..
Me: Say anythinglah..
Peter: Attached you mean..
Janice: Something like that lah…
Me: Something like that lah what?
Janice: Aya you guys ah… the guy was having a rough time with her gf bah at that time. I was merely a rebound.
Me: Sounds familiar… very sad. I know…
Peter: Rite. Meaning to say, you guys try to have a relationshiplah? So what happen after that?
Janice: Well, I haven’t told him anything about my feeling of course and was kinda sad that time. He treated me as if im his psychiatric. I listen to every word he says and try to help every now and then. Hm...
Me: And?
Janice: Well, I don’t know for sure whether he and his gf manage to get over it but I sense that he’s happy now.
Peter: Sure or not?
Janice: Not sure lah but I hope things are getting well lah.
Me: And you?
Janice: As what you can see, I went home lah. To the land below the wind?
Peter: Yeah. Since I don’t have any plan working there, we might get together every now and then?
Me: HAhaha, I’m still studying lah you guys...
Peter: Who said anything about quitting? You study, you studylah... Join us if you want...
Me: Wah, so sarcastic eh? So Janice, how were you these days? Hope you still got your senses. Beside, there are some many nice men here. Sure you have one that you like...
Janice: Don’t really care about that anymore. At least for now. I’m tired of committing and being nice to people who aren’t nice to me in return.
Peter: You go girl…

to be continued
Read On 1 Comment(s)

Pesanan Buat Pembaca..

Saturday, November 05, 2005
Aku akan update blog ni secepat mungkin. Harap kawan2 dapat bersabar...
Happy Deepavali and Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...
Read On 1 Comment(s)

Song of the Month

Sunday, October 23, 2005
Semakin aku mendengar lagu ni, semakin sedap rasanya. Kalau dengar lagu ni, mesti sekurang-kurangnya faham apa yang cuba disampaikan penulis lirik lagu dengan penyanyi. Untuk semua pencinta muzik khasnya yang meminati lagu ni, ini liriknya..

Untuk Terakhir Kali
Marsha (AF3)

Mencinta diri mu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu
Kasih yang ku belai
Gugur selama lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam
Kesuraman yang telah menjelma
Dihujani sedihku
Melarakan kenangan bersama
Di akhir pemergian dirimu
Tinggalah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati
Hanyalah dirimu
Yang bertakhta di jiwa ku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku disini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu..
Kasih
Read On 0 Comment(s)

Some of the Pictures that touch My Heart...

Thursday, October 20, 2005
No rose, no diamond ring, but if this is not love, what is love?
With enthusiasm, love your life! Love the people around you!

Mothers and their child.
This is life.
You do everything to live especially when it comes to the love of our mother
to her childrens.

The father and his son live in an impoverished hilly area. They demandnothing but a piece of land to call their own. Perhaps they will not havea chance to see the outside world all their lives -- they will not knowwhat a staircase is, they will never ride in a taxi, nor will they everstep into a movie theater. But the truth is these are the people who offerus everything our lives depend on, generation after generation. The heavenand earth have nothing to repay them. Love them! At least respect them inyour heart. Otherwise how can we possibly talk about ourselves as human beings?


Di luar utara ( Mongolia bagian dalam) perbatasan, musim semi telah tiba
tetapi udara dingin tetap tinggal. Salju jatuh pada April pagi ini. Di atas menari-nari di langit biru. Seorang laki2 separuh baya menarik gerobaknya, yang di atasnya duduk anak lelaki kecil, dibungkus dengan selimut yang digunakan untuk sayur-mayur agar terhindar dari pembekuan. Dari waktu ke waktu, bapakNya menjaga jahitan selimut untuk meyakinkan bahwa putra nya masih dalam keadaan baik. Dan hidup adalah tentu saja kasar. Bapa dan putranya hanya mempunyai satu sama lain untuk mendukung. Ketika Ayahnya berteriak terdengar nada
dari suara nya, guratan ekspresi wajahnya sangat menyentuh hati.
tak ada yang menolong , namun harus dijalani.

Read On 0 Comment(s)

Song Of The Month

Thursday, October 20, 2005
Tak Setiakan Hati - Dygta

Jiwa ini tanpa di sisimu
selamanya hampa tiada arti
bila sampai nantiku kan menyesali hati
karna ku di sini melepaskanmu

cinta maafkan aku
yang tlah melupakanmu
ku tak setiakan hatiku saat menant
itapi sungguh aku tak ingin melepaskan cintamu
karna hatiku masih milikmu
jangan kau tinggalkan aku

ku tak ingin terpisah darimu
karna hati yang tak mengingkari
dan aku di sini semakin terhempas tanpamu
hingga ku tak mampu tenangkan diri

kau yang slalu di hati
maafkanlah sayangku
menafikan dirimu dari cintaku
Read On 0 Comment(s)
Thursday, October 20, 2005


KEJAYAAN Siti Nurhaliza mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London telah diabadikan dalam bentuk vcd yang diterbitkan oleh penganjur konsert, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd dan Putrade Property Management Sdn.Bhd. VCD tersebut mula berada dipasaran pada 10 Oktober 2005 dan diedarkan oleh Suria Records Sdn.Bhd.

Terdapat 2 vcd konsert dan 1 vcd `Di Belakang Tabir' sebagai bonus kepada peminat yang bukan sahaja dapat menonton persembahan Siti malah dapat melihat perjalanan dan aktiviti Siti sewaktu berada di London.

Pada konsert yang berlangsung pada 1 April 2005, Siti Nurhaliza menyampaikan lebih 30 buah lagu termasuk lagu-lagu yang dinyanyikan secara medley. Apa yang menarik, kesemua lagu diberi susunan muzik baru yang berbeza dengan susunan muzik asal dalam album Siti sebelum ini. Walaupun pada konsert sebenar Siti mengadakan persembahan hampir 3 jam tetapi penerbit terpaksa menyunting persembahan tersebut menjadi 2 jam 30 minit sahaja. Suntingan hanya dibuat pada segmen interaksi Siti sahaja tetapi keseluruhan persembahan dipaparkan dalam vcd tersebut.Selain menyampaikan lagu-lagu popular dari albumnya, vcd ini juga memuatkan segmen yang cukup menarik iaitu nyanyian lagu-lagu rakyat seperti Patendu Patende, Ayo Mama dan Embun Sosek. Lagu ini memang dipilih khas untuk dipentaskan di Royal Albert Hall.Terdapat 4 segmen dalam vcd tersebut iaitu segmen pembukaan dan segmen tradisional dalam vcd 1 dan segmen bersama London Symphony Orchestra serta segmen lagu-lagu popular (penutup) dalam vcd 2.VCD ke 3 iaitu `Di Belakang Tabir' pula memaparkan kisah Siti dari hari pertama menjejakkan kaki di London sehinggalah kepada detik terakhir beliau mahu mengadakan persembahan. Selain itu gelagat semua pihak yang terlibat dalam produksi konsert tersebut juga dipaparkan. VCD tersebut dijual dengan harga RM29.90.

Oleh kerana penerbitan vcd hanya dapat menampung durasi 2 jam 30 minit, pihak penerbit turut bercadang untuk mengeluarkan dvd dalam waktu yang terdekat ini namun pengeluarannya adalah terhad dan eksklusif.Bagi Siti, pengeluaran vcd ini adalah satu hadiah kepada para peminatnya yang tidak berkesempatan untuk menonton persembahannya di London tempohari. Beliau juga mahu setiap seorang daripada peminatnya mendapatkan vcd tersebut yang original kerana konsert tersebut mempunyai nilai yang tersendiri dalam sejarah karier seninya.

Taken from www.era.fm

Read On 0 Comment(s)

Thailand Browsing!

Monday, October 10, 2005
Me and cousin Teny...

My Sweet Sister...

Ni pula sewaktu aku menunggu LRT di Sukhumvit, hendak pergi ke MBK. Lalu menaiki teksi ke stesen bas untuk pergi ke Saraburi di mana beberapa orang saudara mara aku menetap. Jangan tak tahu...


Ni adalah antara gambar favourite saya. Untuk pengetahuan semua, ni adalah antara gambar yang diambil di tepi sungai Chao Phraya (Menam Chao Phraya), salah satu tempat yang amat popular di Thailand.

Saya berpeluang menaiki bot menyusuri sungai ini, yang akhirnya membuatkan saya dan kakak saya yang sudah lebih 7 tahun menetap di Thailand sesat! Tetapi, oleh kerana kakak saya boleh berbahasa Thai, kami tidak mempunyai masalah untuk mencari jalan balik.

Apa yang menarik di sepanjang sungai ini adalah binaan tokong yang sangat unik binaannya. Tokong ataupun temple-temple itu bagi saya adalah unik kerana dibina dengan ukiran yang menarik dan dihiasi dengan batu-batu yang seperti emas dan permata (tak pasti sangat)



This is a photo of mine taken while during my trip to Thailand. Behind is the King's Park Museum, where all the king's valuable things were being displayed, from the highness childhood until appointed on being the king of Thailand.

I don't remember what's the name but I do remember that, when we were at the Cinema one time, I was shock when my sister asked me to stand when the King's Song were being played. That's explain why Thai are very loyal to their king. It's because, Thailand were among the country in the world that still practices monarchy. Nevertheless, I think Thailand is a very interesting place to visit.

Read On 1 Comment(s)

New Era!!

Saturday, October 08, 2005

Ni pula adalah gambar a few girl friends that I have in campus. Cantikkan semua? From left Connie, Popo, BB, Kelly and Coco. Kalau mau berkenalan, boleh saja tapi kena tahu empunya badan sudah berpunya atau belum.. Hehehe


Nilah antara kawan-kawan rapat saya di kampus. Dari kiri Don, Dee, Tono and Red. Masi eligible bachelor lagi semua ni...
Read On 0 Comment(s)

Song Of The Month - Simple Plain: Untitled

Monday, September 26, 2005
I open my eyes
I try to see but I'm blinded by the white light
I can't remember how
I can't remember why
I'm lying here tonight

And I can't stand the pain
And I can't make it go away
No I can't stand the pain

How could this happen to meI
've made my mistakes
I Got no where to run
The night goes on

As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

Everybody's screaming
I try to make a sound but no one hears me
I'm slipping off the edge
I'm hanging by a thread
I wanna start this over again
So I try to hold
Onto a time when nothing mattered
And I can't explain what happened
And I can't erase the things that I've done
No I can't
How could this happen to me
I've made my mistakes
I Got no where to run
The night goes on

As I'm fading awayI
'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me
I've made my mistakesI
Got no where to run
The night goes on
As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream

How could this happen to me
Read On 0 Comment(s)

Kesibukkan Yang Melampau

Monday, September 12, 2005
Jealous juga bila tengo beberapa blog kawan yang sentiasa diisi padat dengan isu-isu terkini, samada soal peribadi, komen terhadap sesuatu ataupun semata-mata ingin memeriahkan lagi dunia internet khususnya di Malaysia. Aku bukan tiada masa langsung masuk internet ini cuma masa aku terbatas untuk mencari material untuk asgmnt aku yang kira berlambak ni. Setakat ini, belum ada satu pun asgmt aku yang sempat aku siapkan. Samada ianya siap separuh, belum dibuat lagi ataupun belum ada bahan lagi. Tidak cukup dengan itu, aku terpaksa mengikuti beberapa aktiviti yang sebenarnya hanya menganggu kisah hidupku dengan asgmt yang banyak ni. Dalam kesibukan itu, pada suatu hari, aku menerima satu email yang sarat dengan pertanyaan yang agak peribadi. Ingin sahaja aku publish di sini tapi aku menghormati sendernya. Bukan apa sebenarnya, terlalu panjang bunga-bunga email itu sedangkan yang dia nak sampaikan sebenarnya adalah bertanya lebih lanjut mengenai diri aku yang tidak seberapa ini.. hehehe. Oleh yang demikian, untuk tidak menghampakan si polan itu, aku akan menunaikan hasratnya.

Sebenarnya ada juga beberapa email yang memang bertanyakan hal yang sama. Hal apa? Tiadalah serious sangat. Cuma tanya serba serbi tentang siapa aku, asal mana, buat apa sekarang etc. Aku jawablah baca kat profile tapi ada yang berkeras nak tahu macamana aku dapat idea untuk tulis benda-benda yang pernah aku publish di sini. Aku jawablah, aku tulis ikut apa yang aku nak tulis. Benda-benda yang menarik perhatian yang berlaku di sekeliling kita. Benda-benda kecil yang mungkin ada antara kita tidak nampak dan tidak sedar. Setakat tulis pasal AF3 tu, semua orang boleh buat. Kalau baca kat mana-mana blog sekarang, hampir semuanya bercerita pasal Af3, kadang-kadang aku pula yang rimas. Bukan apa. Takkanlah semua orang tulis benda yang samakan. Tapi best juga baca blog diorang tu. Kira update dengan benda-benda yang biasanya kita tidak tahu. No offense kepada sesiapa yer. Aku pun peminat AF3 juga. Ada juga aku tulis sikit-sikit pasal AF kat sini tapi kalau sesiapa yang meneliti, aku tidak menulis suka-suka.

Berbalik kepada email tadi, si polan tanyalah balik kenapa aku boleh tulis macam tu dan soalan itulah yang macam membunuh aku. Aku tanyalah dia balik, kenapa dia berminat nak tahu. Dia kata aku tulis benda-benda yang menarik tapi dalam sudut yang berlainan dari apa yang dia pernah baca. Yang kecil-kecil jer tapi very the critical. Macam jurnal ‘Orang Gila vs Reality’ dan ‘Apa Yang Selalunya Anda Tidak Nampak’ tu, katanya. Aku jawablah yang persoalan sebenarnya time aku tulis jurnal orang gila tu bukan berfokus semata-mata pada orang gila tu tapi pada realiti hidup. Secara logiknya macam mana orang jadi gila? Pernah terfikir? Kenapa orang yang rajin belajar sangat-sangat-sangat boleh tiba-tiba jadi gila? Atau penagih jadi gila? Tapikan bagus lagi jadi orang gila yang betul-betul gila daripada orang waras tapi macam orang gila! Pasal jurnal ‘Apa Yang Selalunya Anda Tidak Nampak’, aku tulis sebab aku memang minat berfikir. Suka tengo benda yang ‘kecil2’ tapi banyak maknanya. Lagipula, jurnal tu aku tulis masa aku dijemput untuk memberi satu motivasi untuk pelajar sekolah baru2 ni. Tapi aku tulis dalam bentuk naratif yang bagi aku lebih mudah difahami dan lebih menarik.

Akhirnya dia tanya aku, “boleh ko beritahu aku latarbelakang ko secara detail?”. Masa tu aku berfikirla sikit. Yelah, menurut apa yang aku sedari selama ni, seorang penulis tidak akan suka2 untuk ‘menayangkan’ dirinya kepada umum. Tengo sajalah nama pena para penulis yang ada di Malaysia ni. Kalau dulu di Amerika, penulis perempuan tidak dibenarkan untuk mempublish karya mereka. Sebab itulah ada penulis perempuan yang menggunakan nama lelaki. Sorrylah, aku lupa nama penulis tu tapi memang ada. Tapi ada juga penulis yang expose sikit. Tapi aku lebih suka macam ni. Terfikir juga nak letak gambar tapi nantilah kot. Bukan sekarang.
Aku replylah email dia balik kata yang aku ok jer tapi aku akan jawab apa yang dia tanya jer. Kadang2 dia akan email aku dan tanya banyak soalan. Sepa orang tu? Cukuplah kalau aku bagitahu yang dia pun pelajar macam aku juga cuma dia ambil psikologi di salah sebuah U di semenanjung…

Oklah, macam yang aku cakap tadi, aku bz sikit buat masa ni. Hari tu ada kawan bagitahu yang blog ni tak dapat masuk. Bila aku check, memang betul dan aku terpaksa buat blog baru tapi selang 2 minggu, blog aku ni ok balik jadi aku rasa nak teruskan saja blog ni. Yang baru tu, aku akan delete sebab ramai dah tahu pasal blog yang ni. Kalau ada yang ingin memberi komen, silakan berbuat demikian. Aku akan mengambil kira setiap komen anda. Erm, oklah, ni saja buat kali ni…

Aku harap korang akan terus menyokong blog ni…
Read On 2 Comment(s)
Monday, September 12, 2005
There once a wealthy man who lived with his only son. Their relationship was so close and they even have the same hobby which is collecting paintings of famous artists from around the globe. No matter how expensive the painting would cost them, they are willing to take for granted on buying it. Some worth hundreds and some were reaching to 5 figures! Soon after that, they have so many paintings which they kept it in a big special and beautiful room inside their house. They would spent an hour or two everyday, admiring the paintings that they have and their future plan on buying more paintings as these would bring them so much satisfaction.

One day, a call from the king was heard through out the town. It was announced that every young man in each family should report to the district officer as they would serve the country as soldiers, fighting again terrorism caused by the neighboring country.
The son of the wealthy man was not exempted from the order. The father was so sad but realizing that this is by the order of the king and for the sake of their country, he supported the son on going to the war. The son knew that this is the chance for him to worth the loyalty he has to his country and agree to fight in the war.

Being alone, the father would spend much of his time in the special room which he himself and his son had prepared for the paintings. He misses his son so much that he even sleeps and has his daily meal inside the room. Days go by and soon after that, the war ended but his son never returned. There was no sign of him anywhere. The father waited for his son’s home coming but the son never did. Now, the father knew that his son had died in the battlefield. He was so sad and spends even more time in the room where he putted the paintings. He recalled all the memories that he and his son have had, from the memory of sharing both interest in arts and the hard work that they had done in collecting the various kinds of paintings that they have.

One day, the man’s house was visited by a soldier who is so badly injured with no left leg. He knocked and the old man opens the door.

“Good day to you sir,” said the young soldier.
“Good day to you too, young man,” the old man answered. “What can I do for you?” Ask the old man again.
“Sir, I’m a close friend of your son,” the young man explained. Hearing that, the father invited the young man to come in.
“We’d shared and talked so much about you regarding both of you and his interest in arts”. The young soldier begins his story. “We become so close and everyday we’ll talk of both experiences in life. He is a brave and good soldier sir and like what you’d feel, I miss him too. Too bad, he couldn’t make it. I’m sorry for you sir.” At that time, the old man cried silently. He misses his son so much and as if he felt what his son feel during his days of wars.
- “Sir, I was amazed by your son’s stories about your hobby of collecting paintings. I may not be a good artist but I drawn a picture of your son. I would appreciate it if you are willing to accept this painting as a symbol of friendship that your son and I have. It’s something I give sincerely and hope you would accept it.” The young man handed in the painting. He thanked the soldier for his effort of drawing the picture. He shakes the young soldier’s hand and after that, the young soldier left.
When the old man looked at the painting, it is not only that the image is not portraying his son’s face, it’s ugly too. But he can still recognize the looks, here and there. But despite that, he brought the painting to the special room and put down all the other paintings there, left alone the painting of the young soldier. He spent everyday, again, looking at the painting until one day, he got sick. Not long after that, the man died with much sadness and love for his son. He leaved no heir to inherit all the paintings but he had asked his most trusted friend, who is a lawyer to sell all the paintings.
News reached near and far about the man’s death and of the selling of the paintings. Many were interested in buying the paintings. The day comes, when all the paintings were ready to be sold. Many people gathered in a big hall with all the beautiful paintings were being displayed. Not only exclusive, but most of the painting were drawn by famous artists. Except one, all of the paintings were being displayed freely without anything covering it.
“Greeting ladies and gentlemen”, the lawyer said. “Today we are gathered here with a purpose, to inherit what seems to be so precious and a great satisfaction to all of us art lovers. Without further a due, let us begin with this first painting and as we all know, raising your hand means raising the price of the painting which is a thousand every time”.
“We shall start with this painting”…. The lawyer uncovered the first painting. All of the sudden, people were silence. They only whispered among themselves. It was the painting of the young soldier.
“What is that thing doing here?” Cried a man
“Yeah, we don’t want that! That’s not a painting” Cried another.
“That’s a…. misery…horrible”.
“Skip that one. We want other paintings!”

‘I’m sorry, in this letter, my friend said that, only after this painting, will the other paintings be sold.” Explain the lawyer.
“But nobody wants that painting. It’s disgusting.”
“And I’m sure it doesn’t cost a penny. My 2 year old son can even draw better than that.”
A moment of silence again perch the hall. Nobody seems to be interested in buying the first painting. They urged the lawyer to skip it and go on with the next. But again, the loyal lawyer explains that, this is to be the first.
“According to this letter, this painting will only cost 10 bucks”. Said the lawyer again. But still nobody care to buy the painting. To them, every single penny is worthy to fight for their favorite painting.
“I’ll take it.” Suddenly a voice comes from behind. People were anxious to know who is buying the painting. They look behind them. Then a young man appears. He was the cleaner of the hall, very much poor and very much weak. He was the man who drew the painting. Indeed, he was the young soldier. Almost crippled, he walks weakly to the lawyer.
“I’ll take the painting,” he said “but I only have 9 bucks with me now”.
“So take this.” A front sitter heard that he’d only 9 bucks with him and throws a penny worth 1 buck. “Now take that painting and leave!”
The man quickly takes the penny on the floor and gave the money to the lawyer. Again he said, “Among all the respective here, I am only a cleaner but I would like to buy this paintings because it means a lot to me”.
“So be it.” Said the lawyer and to that he announce that the selling was over.
“What?! You haven’t started anything yet! A man said.
“I just end it sir,” said the lawyer. “One who bought this painting shall have all the other paintings….
Read On 0 Comment(s)

Apa Yang Selalunya Anda Tidak Nampak!

Wednesday, September 07, 2005
- Kau tahu apa lagi perbezaan orang kampung dan orang Bandar?
- Entah. Pendek saja aku jawab.
- Nak dengar sesuatu?
- boleh jugak.
- Pernah main golf?

Aku mengeleng. Aku tidak tahu apa yang dia cuba sampaikan.

- Pernah main hoki?

Aku geleng lagi. Tapi aku masih tidak tahu apa yang dia cuba sampaikan.

- Itulah antara perbezaan orang bandar dan orang kampung.
Hmmm?..Lainnya orang ni, kataku pada diri sendiri. Aku sudah bosan melayan karenah orang muda di sebelah aku. Sejak tadi asyik bercakap. Muda? Mungkin kot. Dalam lingkungan akhir 20-an. Mudalah tu.

Dia kemudian meneruskan percakapannya. Dia pernah membuat kajian sosial mengenai masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar untuk projek tesisnya. Terselit juga banyak nama-nama rujukannya tapi aku tak endahkan itu semua. Bukan masa yang sesuai untukku sebenarnya.

Dia berbahas yang masyarakat luar bandar kasihan dan tidak mendapat apa yang ada di bandar. Dia berkata, bila dia tanya budak-budak kat sekolah luar bandar dulu (maaf nama sekolah tu aku kena rahsiakan) apa hobi mereka, ramai yang jawab memancing ataupun paling tidak bermain bola sepak dan badminton dan sepak takraw dan membaca dan menonton televisyen. Jauh bezanya dengan yang ada di bandar. Terdapat perbezaan antara hobi dan sukan. Hobi mereka melayari internet, cruising, melancong, hee, banyak lagilah…dan sukan pula mestinya bola sepak, itu tidak lari katanya, tapi ada suka berenang, main bowling, main golf dan entah, banyak sangat!

Aku melihat wajahnya yang serious. Aku masih tidak dapat memberikan sepenuh perhatian.
Tambahnya, ada yang suka mengumpul komik sampai berak-rak, buku-buku, kaset ataupun cd dan vcd, gambar-gambar artis ataupun personality kegemeran mereka. Tapi di kampung, mana ada itu semua. Kalau ada apun, berapa keratlah sangat. Dia jamin, apapun, mesti boleh dibilang dengan jari tangan. Kalau lebih pun, masukkan jer jari kaki.
Aku mengiyakan sahaja.

Dia tambah lagi. Orang kampung suka dengar Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Yang lain diorang tak tahu. Yelah, bukan maksud aku diorang tak kenal penyanyi ataupun pelakon lain tapi kalau tanya orang bandar, diorang kenal ramai tapi tak semestinya minat. Kalau sebut sahaja penyanyi kegemaran, Mariah Carey, Christian Aguilera etc (malas aku nak ingat semuanya) tapi kalau orang kampung, paling tidakpun Siti Nurhaliza. Aleh2, Mawi juara AF3 tu. Dia juga kata, bukan dia nak kutuk atau memburuk-burukkan orang kampung tapi dia kasihan bila fikir balik. Orang kampung terlalu terikat pengetahuan mereka. Terlalu sedikit yang diorang tahu. Mereka terlalu biasa. Sukar melihat keistimewaan mereka. Kalau orang bandar, lainlah cerita. Pemikiran mereka dirangsang oleh wawasan. Open minded dan advance, katanya lagi. Aku bukannya nak mempersalahkan mereka (orang kampung). Aku tahu, dalam banyak keadaan yang lain, orang kampung pun apa kurangnya…Aku bukan nak cakap pasal kemunduran orang kampung. Yelahkan, mereka kat kampung, mestilah cara kehidupan mereka lain daripada orang yang ada di bandar. Masing-masing ada kelebihannya..Cuma yelahkan, orang kat kampung ketinggalan banyak...tapi tak semestinya orang bandar lebih baik dari orang kampung...

Tau tak per, kataku sendiri. Aku diam terus.

Jauh2 dalam alam fikirku, adanya betul juga kata orang ni. Aku faham benar maksudnya dari tadi sebab aku tengo jer raut muka, mesti orang ni seorang pemikir. Ahli falsafah mungkin…hahaha..

Dia kata lagi, kalau orang kampung beli baju, RM100 diorang cakap sudah terlalu mahal tapi orang bandar sampai seribu pun, diam2 jer. Tapi bukan semualah tapi ramai.. Dia tersenggih tiba2. Aku pun turut tersenggih.

Pakai baju berjenama jer, terus tayang satu kampung. Tapi siapalah yang peduli. Adidas, Nike tu diorang tahulah terutama yang bersukan. Yang lain, bagi diorang, asal ada. Tapi diorang tidak kenal apa itu Prada, Versace, British India… sedih…
Ada lagi katanya.. kalau rumah besar di kampung sudah dicap orang kaya.. ada jer kereta, kata banyak duit.. kereta baguslah kalau wira ker.. waja ker..tu kira oklah untuk standard orang kampung...tapi ni kancil.. kelisa ...

Tiba-tiba dia masuk pasal filem Sepet pula. Dia kata, tak ke hairan bila tengo kat bandar ipoh yang maju tu, tetiba kuar kereta penyu tu. Aku tahu, dia cakap pasal kereta yang Harith Iskandar dan Ida Nerina pakai dalam filem tu. Tengo2 jer, orang lain pakai Four Wheel..Bukannya apa, katanya lagi, filem tu bagus.. very educating.. tapi ntahlah, aku masih rasa lain dalam perihal penggunaan kereta tu. Aku tengo Harith dan Nerina dalam filem tu pun, ala2 moden…siap speaking lagi…napa tak pakai at least kancil ker… hairan ngan Yasmin Ahmad tu. Dengar pula lagu Siam... hm...dalam bab tu, aku tak faham sangat...

Aku kata “yakah?”

Mungkin aku terlau berfikir, katanya lagi. Sebab banyak betul benda yang aku kena fikir tapi jangan bimbang aku bukan gila. Aku cuma suka berfikir. Aku bukan nak kritik saper2, cuma nak menyedarkan masyarakat jer. Yelahkan, ramai kita ni cukup mahir memerhati tapi tidak ramai mahir meneliti…kau tengo pokok-pokok sepanjang jalan ni, pernah kau kira dari simpang masuk tadi sampai hujung sana?
Aku mengeleng.
- ada 18 pokok kesemuanya...
Buat apa nak kira pokok-pokok ni, buat penat jer...fikirku sendiri...
- atau kat rumah kau, guna tingkapkan”
- ya..
- pernah kau cuba kira berapa keping cermin dalam satu tingkap tu?
Aku mengeleng lagi.
- tula sikit-sikit pasal apa yang aku cakap ni...
Aku mencari arah tujuannya. Aku faham maksudnya tapi aku tidak tahu apa tujuannya.

- Eh, kau ni nama apa ah? Tanyanya tiba2.
Aku tersentak sebab beberapa baris kata-kata terakhirnya tadi memang buat aku berfikir.
- Daniel…
- Sabahan ker?
- ya
- Nama betul apa? Aku Farid Ashraf.
- Daniel Jackon.
- Daniel Jackon….dia mengulanginya.. macam pernah dengar…
Aku sekadar tersenyum… aku sempat berbisik dalam hati…“dia ni... ”
- Daniel Jackon, the famous debator…!!!! Betulkan?!!

Aku senyum…lambat aku mengangguk…

- Ok, now you’re talking… hey congrats for winning the royal debate…impressive…
- Thanks…it was nothing, really…
- hahaha, you can say that tapi bukan pada kami academicians….
- really, it was nothing.. aku mengulanginya…
- Heard you’re going to London for the International Debate…
- Tiadalah. Malas…banyak lagi kerja mahu buat.. aku memotong…
- Hello young man.. that’s a chance for a life time. You should go…
- Tengoklah.. aku ada komitmen lain…We’ll see what happen…
- Napa, nak join Akademi Fantasia ke?… tanyanya lagi…

Aku cuma tersenyum. Membuang pandanganku jauh2.. lalu kembali berpaling kepadanya. Dia juga berpaling kepadaku.

- Please continue.. aku memancingnya
- Continue what?
- Cerita tadi. Menarik…
- well, you can read all that in my first book.. hehehe…mungkin pertengahan bulan ni keluar kat pasaran…tengolah macam mana?
- ok…tajuk?
- What You Always Don’t See –
- Nice. Very inviting… aku tersenyum lagi…English?
- Actually BM tapi dulu mula2 aku tulis dalam BI tapi penerbit kata lebih baik aku tulis dalam BM. Orang Malaysia ni ramai tak baca buku ilmiah dalam BI kata penerbit…
- no komen…
-hey, just speak your mind…

Aku terkejut dengan ucapan itu. Lama juga aku tidak mendengarnya. Sudah setengah tahun….aku terkedu…

- Hello…hello…
Aku tersentak.
- Apa ni termenung tiba2…
Aku sekadar tersenyum…
- sorry…erm tadi, macam mana tahu aku ni orang sabah?
- tahulah.. muka macam Chinese tapi loghat tak macam Chinese.. macam indon adalah tapi aku tahu mesti sabahan.. tak pun sarawakian.. tapi instinct aku lebih kata yang kau ni Sabahan…
- oo…ya sabahan…
- jadi buku tu tajuk apa dalam BM?
- just translate yang tadi tu…
- Apa yang selalunya kamu tidak nampak..
- anda… Apa yang selalunya anda tidak nampak…
- oh.. ya..ya.. betul.. anda…. Aku tersenyum…
- hehehehe…
- jadi buku tu pasal benda2 ni,... yang tadi tulah…
- basically, yes tapi banyak benda lagi yang ada dalam tu.. pasal critical thinkinglah banyak…
- termasuk sepet tu?
- eh taklah… Yasmin tu kreatif.. penilaian dunia filem tidak sama dengan penilaian dunia reality.. lain…dia ada sebab sendiri untuk tu… kita kalau nak cakap pasal benda2 ni, kena ada bukti yang kukuh.. dalam dunia filem…itu lain walaupun dia pasal dunia realiti…
- oh…

Kemudian dia diam… mengambil nokia 3650nya kemudian sibuk menulis sesuatu..tulis sms…
- aku kena turun sini… thanks sudi dengar celoteh saya.. katanya..dia menekan butang berhenti dalam bas...
- no, it was very educating..nanti aku mesti beli buku tu…
- kalau jumpa aku mana2, tegur jer… nanti aku tolong sainkan buku kau tu..itupun, kalau nak beli... atau erm, nanti aku bagi kau sendiri buku tu… siap ngan sain aku sekali…hehehe..
- mesti….mesti…
- ok.. aku turun sini….
- ok nice chat… bye…
- bye…
Bas berhenti betul2 di tepi lorang taman perumahan itu. Aku melihatnya turun dari bas. Dia melambai padaku. Aku pun melambai padanya.

Farid Ashraf, Apa yang selalunya ada tidak nampak… erm….aku mengingati kembali…
Siapa orang tu… kenapa dengan berani dia bercakap pasal apa yang dia fikir.. dan kenapa aku yang harus dengar semua itu? Bila aku fikir balik..memang betul juga apa yang dia cakap.. dulu masa sekolah menengah, yang aku tahu, main bola, pergi memancing…tapi mungkin aku lain sikit.. aku suka menulis… banyak cerpen dan sajak aku tulis.. novel belum lagi.. aku bermonolog sendiri. Terlalu panjang dan aku belum bersedia untuk novel lagi. Tapi semua dalam komputerku…tak pernah aku hantar mana-mana pun…sayangkan…
Dan Farid, baru jer beberapa puluh minit, macam dah kenal lama.. siap mahu bagi buku free lagi.. kalaulah.. ya, kalaulah...

Aku memerhati sekeliling bas. Cuba mengira berapa orang yang tinggal. 7 orang...tiga lelaki termasuk aku dan 4 perempuan.. 3 daripadanya bertudung...
Gitu ker? Pikirku sendiri...aku tersenyum sendiri..

Dulu kat kampung memang susahlah. Bukan apa, memang banyak benda tak tahu. Hmm,...yelah, kalau pasal golf.. pernah dengarlah tapi tak pernah main pun.. tau tu, taulah juga. Sama macam hoki, bowling…susah kalau di kampung.. mana ada semua tu.. Bila aku ambil degree di bandar, teman sebilik aku dulu, hobi dia pergi berenang…setiap hujung minggu mesti pergi swimming…aku dulu, berenang tu bukan hobi.. tapi suka juga sebenarnya berenang di sungai-sungai ni. Tapi masih bukan hobi…

Dulupun, aku kenal ramai artis tempatan jer… kalau barat tu, yang famous-famous aku kenal la tapi sikit ja.. tapi bila aku di bandar, baru aku tahu…ramai lagi yang famous dan lebih baik dari yang aku tahu dulu....aku terseyum lagi..

Bas menyimpang ke kiri dan aku menekan butang berhenti. Perlahan-lahan bas tu berhenti tepat di hadapan rumahku. Ketika masuk ke rumah, aku mendapati ibu sedang menyiapkan makan malam.
Aku terus naik ke atas. Menukar pakaian lalu turun ke bawah.
- Kasi bersih tu lokong di belakang, tolong… kata ibu
- Kenapa?
- Tersumbat kali tu.. p tingu dulu…
- bah…

Aku pun terus keluar melihat longkang yang tersumbat. Memang benar. Ada ranting-ranting kayu yang menyebabkan kotoran tersumbat. Aku mengambil kayu lalu cuba membersihkan longkang itu.

- hai.. tiba-tiba terdengar satu suara…
- aku mencari suara itu…
Farid rupanya…dia tersenyum memandangku. Kelihatan dia sedang membersihkan halaman belakang rumahnya. Tapi kenapa dia ada di sebelah rumah? Fikirku sendiri.
- buat apa tu?
- ni, longkang tersumbat…kau buat apa sini?
- aik, ni rumah aku lah.. sejak kecil aku di sini..aku dibesarkan di sini…dia menunjukkan muka yang selamba.

La, rupanya.. selama ini, aku ni jiran Farid….
Read On 1 Comment(s)

Something New...

Monday, September 05, 2005
Buat masa ni, aku masih bz mcm besa.. memang banyak sangat kerja kena buat. Minggu lalu ja, dua hari straight aku tidak dapat tidur tapi tipula kalau aku cakap aku tidak mahu tidur.. Balik-balik cuba tidur actually tapi aku ingat sangat-sangat ngan asgmt aku yang berlambak. Minggu kami cuti sebab tamu gadang AKA Pesto Konvo. Ramai juga kawan-kawan yang konvo nanti. Jeles juga bila pikir-pikir tapi kalau ingat-ingat balik, setiap sesuatu ada kebaikkan (sebenarnya, banyak keburukkan juga!) Ingat dapatlah rileks sikit tapi macam kerja bertambah rasanya.

Sorryla tidak dapat update blog buat masa ni. Kepada pengirim-pengirim email yang bagi komen dan yang sewaktu dengannya tu, aku akan cuba jawab email kamu semua dalam masa yang terdekat ni dan cuba juga jawab soalan-soalan kamu semua ah....

oklah... sekian dulu untuk kali ni... lol...
Read On 0 Comment(s)

Fikir-fikirkanlah..

Sunday, August 14, 2005
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk- sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking. Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampa! i 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit tu?" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Read On 2 Comment(s)

Melobi atau Peminat Fanatik?!

Monday, August 08, 2005
Konsert Final Akademi Fantasia 3 ternyata menyaksikan Mawi, anak kelahiran Kulai Johor meraih undi terbanyak sekaligus menyapu habis dua anugerah baru yang diperkenalkan pihak Astro iaitu Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik selain menjadi juara AF3. Felix, Amylea dan Marsha hanya boleh berpuas hati ditempat kedua, ketiga dan keempat. Terdapat juga beberapa suara sumbang yang menyatakan bahawa Felix tidak sepatutnya menjadi naib juara tapi sebaliknya Amylea. Mungkin keberadaan Felix yang menjadi saingan terkuat Mawi sudah dijangka akan menjadi Top 4 dan bagi Marsha, kehadirannya adalah saingan kepada Amylea yang disifatkan oleh Berita Harian.

Secara keseluruhannya, saya melihat konsert final ini sebagai satu lobihan idea yang keras dan bersungguh-sungguh. Walaupun umum telah dapat meneka setiap kedudukan pelajar-pelajar AF3, namun kehangatan masih tetap dirasa. Penumpuan lebih tertumpu kepada lagu-lagu baru yang bakal dibawakan oleh para pelajar.

Saya berasakan mungkin terdapat sedikit ketidakadilan dalam pembahagian lagu tapi Astro dan pihak pengetua dan tenaga pengajar mempunyai autoriti untuk ini jadi tidak ada apa-apa yang mampu kita lakukan lagi. Lagipun, konsert sudah berakhir. Ramai juga kawan-kawan yang mengatakan bahawa Felix dan Marsha hanya mendapat undi dari Sabah sahaja kerana orang Sabah ini terlalu bersifat kenegerian. Mungkin juga tapi perlu diingat, bukan orang Sabah sahaja yang tinggal di Sabah. Saya sendiri mengenali ramai kawan-kawan yang sememang bersetuju bahawa Felix layak menjadi juara dan mereka bukan Sabahan. Salah seorang kawan itu berasal dari Kelantan!
Oh tidak timbuk sifat kenegerian di sini.

Secara peribadi, saya turut merasakan penangan Mawi. Sememangnya dia berbakat, berpersonaliti menarik dan down to earth. Saya tidak nafikan bahawa Mawi menunjukkan peningkatan dalam setiap konsert walaupun tidaklah begitu konsisten. Sudah namanya seorang pelajar. Persembahan terbaik Mawi yang popular dengan gelaran ‘World’ bagi saya adalah ketika dia menyanyikan lagu ‘Pupus’ dari Kumpulan Dewa. Seperti yang dikatan oleh Pengarah Filem Sepet, Mawi jujur dengan perasaannya ketika menyanyikan lagu itu dan saya juga turut thumb up untuk Mawi.

Konsert Prelude dan Konsert pertama adalah konsert terbaik untuk Felix bagi saya. Konsert Prelude menyaksikan dia membawa lagu ‘Cinta Seorang Teman’ yang dipopularkan oleh bekas pelajar AF2 iaitu Bob dan konsert pertama pula, dia menyanyikan lagu ‘Tiada Lagi Kidungmu’. Penampilan yang bersahaja dan begitu rilex mungkin telah menarik perhatian ramai sehinggakan Felix turut mendapat undian antara yang tertinggi. Walaupun persembahan Felix dalam setiap konsert tidaklah konsisten, namun, kerja kerasnya sepatutnya dihargai. Terus terang saya katakan di sini, saya tidak kisah samada Felix menjadi juara atau tidak kerana bagi saya, dia sudah cukup memberitahu kepada Malaysia betapa Sabah ini penuh dengan bakat-bakat yang unik! Selain mampu menyanyi, Felix juga berbakat sebagai seorang pelawak. Itulah yang dinamakan pakej!

Amylea terpaksa berpuas hati ditempat ketiga. Bagi saya, Anugerah Persembahan Terbaik malam itu seharusnya diberikan kepada Amylea. Amylea bukan sahaja mempunyai mutu suara yang baik, tetapi juga merupakan pelajar yang paling konsisten sekali dalam AF3. Setiap persembahannya begitu meninggalkan kesan di hati para penonton. Sorakkan Amazing Amylea menjadi trademark penyokongnya namun sudah namanya realiti show dan pengundi Malaysia...

Marsha pula mempunyai vokal yang unik dan begitu lain daripada pelajar yang lain. Vokalnya yang lembut dan smooth mungkin telah menarik perhatian masyarakat terhadap gadis manja kelahiran Sabah ni. Bagi saya, walaupun vokalnya tidak mempunyai x factor yang hebat, vokalnya yang merdu dan soothing cukup untuk mencuri perhatian ramai. Persembahan terbaik Marsha bagi saya adalah ketika dia menyanyikan lagu ‘Tunggu Sekejap’ dan ‘Destiny’. Selain mempunyai suara yang unik , Marsha mampu membawa pendengar berfantasi sebentar dengan persembahannya yang begitu memukau. Persembahannya pada konsert final sedikit terganggu apabila beliau terlupa lirik lagu baru yang dinyanyikan namun persembahannya tetapi memukau. Begitu bijak menggunakan raut wajah terutama matanya, mungkin itulah satu kelebihan untuk Marsha.

Semenjak terkeluarnya Idayu pada konsert yang ke-3, AF3 terus dihujani dengan pengundi fanatik yang hanya mementingkan populariti dan bukan bakat. Secara peribadi, Idayu mempunyai vokal yang paling baik sekali antara 14 orang pelajar tersebut. Beliau mampu menggunakan pelbagai teknik dalam persembahannya seperti whispering, hustling, babling dan banyak lagi. Itu adalah kekuatan Idayu dan bagi saya, beliau adalah calon terbaik untuk meraih anugerah Vokal Terbaik. Selain daripada itu, Eliza, Fuad, Amy, Reza, Aidil, Ekin, Akma, Kefli dan Yaser juga mempunyai pakej tersendiri dalam bergelar penghibur. Setiap mereka mempunyai agenda muzik tersendiri tapi terpulanglah kepada Astro untuk menentukan nasib mereka. Kita lihat sahaja senior-senior mereka dalam AF1 dan AF2. Buka mata, tepuk selera...

Terdetik di hati ini, sejauh manakah artis kelahiran Sabah boleh berkembang dalam bidang hiburan tanahair. Begitu ramai artis dari Sabah yang mencuba nasib tapi secara logiknya, hanya berapakah betul-betul berjaya. Azharina, Naufara, Asha Malik, Linda, Adam, Mas, Erwan.. siapa? Mungkinkah Gracy, pemenang kedua siri realiti NTV7 Aundition, mampu mengubah keadaan atau kehadiran Felix, Marsha dan Yaser diperlukan untuk membuka mata Malaysia terhadap kebolehan anak tempatan Sabah? Apakah nasib Pija dan Yani dalam siri realiti TV3 Mentor?Atau semuanya hanya kerana peminat fanatik? Lobihan idea yang berjaya menarik perhatian untuk meraih kejayaan? Terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing.

Entah kenapa tiba-tiba saya teringat dengan pepatah, hangat-hangat tahi ayam...
Read On 0 Comment(s)

Atama – My Tribal Roots: Satu Revolusi Musik Tempatan Sabah.

Monday, August 08, 2005
"Tune Into Sound of Borneo, The Rise of The Ethnic Beat". Sesuai dengan pernyataan di atas cover CD album sulung Atama atau nama sebenarnya Andrew Ambrose Mudi, begitulah muziknya yang beralunan segar dan baru di halwa pendengar yang klise terhadap muzik-muzik tempatan Sabah. Album sulung berkonsepkan tribal hip-hop daripada Atama yang bertajuk "My Tribal Roots" memuatkan 12 buah lagu tidak termasuk 7 Interlude yang turut menambahkan kelainan terhadap album ini. Kali pertama saya mendengar lagu daripada Atama bertajuk "Throw Your Hands In The Air", saya sudah mengetahui bahawa lagu ini pasti mendapat perhatian ramai khususnya pencinta muzik negeri Sabah: seperti saya. Saya terpukau dengan susunan muzik dan alunan melodi yang begitu baru dalam genre muzik karya anak tempatan Sabah. Bukan sahaja ianya mendapat tempat di kalangan masyarakat berbilang etnik di Sabah, tetapi juga turut mendapat perhatian beberapa pihak di Semenanjung Malaysia termasuk Sarawak. Kali pertama saya melihat beliau membuat live show di Tanjung Aru Square, saya agak terpegun dan kedatangannya buat pertama kalinya ke UMS sempena sambutan "Tadau Kaamatan" anjuran exco kebudayaan PMUMS baru-baru ini turut mendapat perhatian ramai.

Sebelum saya meneruskan ulasan peribadi saya terhadap album ini, mungkin adalah lebih selesa jika saya menerangkan maksud tajuk album Atama ini iaitu My Tribal Roots. Tribal berasal dari perkataan Inggeris iaitu Tribe. Tribe, menurut kamus Cambridge Advance Leaner’s Dictionary (2003) adalah a group of people, often of related families, who live together, sharing the same language, culture and history, especially those who do not live in towns or cities. Dalam perkataan yang lebih mudah, tribe bermaksud kumpulan penduduk yang selalunya daripada sesama keluarga yang berkongsi bahasa, budaya dan sejarah yang hidup bersama. Roots pula, dalam kamus yang sama, bermaksud the part of a plant which grows down into the earth to obtain water and food and which holds the plant firm in the ground. Dalam perkataan lainnya, root sebenarnya bermaksud akar dalam Bahasa Melayu. Kesimpulannya, My Tribal Roots bolehlah difahami sebagai permulaan kepada muzik bersifat tribal atau bersifat keetnikkan. Akar itu melambangkan permulaan kepada kehidupan dan tribal itu tidak lain tidak bukan adalah kumpulan yang telah hidup dengan mempunyai persamaan, hampir daripada semua segi. Dalam konteks ini, kumpulan itu sebenarnya adalah kaum DusunKadazanMurut.

Secara keselurannya, saya sememangnya sangat tertarik dengan album ini. 8 lagu yang pertama didahului dengan interlude yang berupakan perbualan antara seorang anak yang meminta ayahnya menceritakan ‘bed time story’ sebelum anak itu tidur. Interlude ini bagi saya adalah sesuatu yang baru dan unik dan menjadi pelengkap kepada pengenalan muzik tribal hip-hop dalam album ini. Cuma mungkin, sedikit kekurangan iaitu seolah-olah anak itu berbicara dengan dirinya sendiri kerana seperti tiada chesmistry yang lengkap antara kedua ayah dan anaknya itu. Anak itu seolah-olah bercakap sendiri apabila ayahnya tidak dapat menunjukkan mood antara ayah dan anak lelaki di dalam ketujuh-tujuh interlude tersebut. Mungkin mixingnya perlu diperhaluskan dan diteliti agar mood kekeluargaan itu lebih dapat dirasai oleh pendengar. Loghat Atama dalam Bahasa Inggeris juga kedengaran sangat ‘keras’ namun saya langsung tidak menyalahkan Atama kerana secara originalnya, begitulah loghat berbahasa orang putih di Sabah!

12 lagu yang dimuatkan di dalam album ini bagi saya seharusnya diberi two thumbs up. Ianya membuktikan bahawa anak tempatan Sabah juga mampu berkarya sesuatu yang baru dan up-to-date. Saya sendiri dapat merasakan betapa banyak pergorbanan masa, tenaga dan tentunya pembiayaan terhadap pembikinan album ini. Betapa perahan idea yang begitu teliti dibuat dan direalisasikan melalui album ini. Antara 12 lagu termasuk 2 lagu yang telah diremixkan kembali, lagu yang dimuatkan dalam album ini, secara peribadi, track 4, 6, 10, 11 dan juga 16.

Track 4 adalah lagu yang paling meletup sekali. Lagu ini dapat didengar di hampir semua tempat terutamanya di kelab-kelab malam, pusat membeli-belah dan juga Stadium Likas! Throw Your Hands In The Air mengambil kembali korus lagu Tarangang Rasuk yang telah dipopularkan oleh John Gaisah, yang juga merupakan bapa saudara kepada Atama. Kembali diremixkan dalam track yang ke-17, lagu ini sememangnya sangat menarik perhatian.
Walaupun track ke-4 adalah track yang paling meletup sekali, secara peribadi, saya lebih selesa dengan track yang ke-6, Can’t Stop The Sumazau. Saya tertarik dengan muzik tradisional yang telah dimainkan menggunakan keyboard yang merupakan pukulan muzik gong tarian Sumazau yang mungkin tidak ramai orang yang perasan akan kewujudannya dalam lagu ini. Lagu ini juga turut dilengkapkan dengan kehadiran Johnny Black atau kalau boleh saya menyebut nama sebenarnya di sini iaitu saudara Constertine Athony yang merupakan seorang DJ-Mix yang sungguh berbakat dan juga pengenalan kepada penyanyi suara latar, Pipi.
Track 10 pula, Guangku Mangkakada, adalah sebuah lagu berbahasa Murut. Ianya adalah sebuah lagu yang sedih. Sebenarnya lagu ini dipopularkan oleh Johntan Ising, iaitu penyanyi asal lagu ini. Turut memperkenalkan Shameer, lagu ini telah diremixkan berkonsepkan ‘Body Bumpin’ yang sedikit menganggu originaliti lagu ini, namun pujian tetap harus diberikan kerana, walaupun ianya telah diremixkan, namun dalam beberapa sudut, keberkesanan lagu masih tetap dapat dirasai.
Track 11 pula bertajuk Ika Noh Butia. Lagu ini mengilap bakat nyanyian graduan Universiti Malaysia Sabah, saudari AmberRose (maaf, nama sebenarnya harus dirahsiakan). Lebih merupakan lagu berupa nasihat kepada gadis remaja Dusun khasnya, lagu ini sememangnya mempunyai kekuatan sendiri.
Track 16 pula adalah hasil gadingan suara Atama sendiri dengan bekas Top 12 Malaysian Idol yang berasal dari Sabah. Kredit seharusnya diberikan kepada Rydee kerana beliau sekali lagi berjaya membuktikan bahawa beliau layak bergelar Top 12 MI kerana berjaya membawa lagu berbahasa Dusun. Saya difahamkan bahawa Rydee adalah seorang Melayu! Lagu I’m Leaving You sekali lagi mengangkat kekreatifan Atama.

Kalau dibawa lebih jauh lagi, saya berkeyakinan album ini akan mendapat perhatian ramai. Sebagai buktinya, sahabat-sahabat rapat yang berasal dari Semenanjung juga meminati lagu-lagu dalam album ini terutama lagu Throw Your Hands In The Air yang telah diremixkan. Walapuna album ini mendapat kritikan hebat, namun kemunculan My Tribal Roots sememangnya menjadi benchmark kepada album-album tempatan yang lain, tidak kiralah dalam konsep apapun. Ianya merupakan satu pembaharuan yang berani dalam memartabatkan muzik tempatan Sabah sekaligus membuktikan orang kita mampu berkarya setanding dengan pengkarya yang terdahulu. Oleh yang demikian, wajarlah kita menyokong industri tempatan muzik kita kerana kita adalah Sabahans! Sungguh, Atama bakal mewarnakan industri muzik kita...

My Tribal Roots: Tune Into Sound of Borneo, The Rise of The Ethnic Beat – Atama
1. Interlude 1
2. Pangazou – Headhunt Raider
3. Interlude 2
4. Throw Your Hands In The Air
5. Interlude 3
6. Can’t Stop The Sumazau
7. Interlude 4
8. Saputangan Keningau
9. Interlude 5
10. Guangku Mangkakada
11. Interlude 6
12. Ika Noh Butia
13. Interlude 7
14. Spend Time With Me
15. Final Interlude
16. I’m Leaving You
17. Throw Your Hands In The Air (Club Mix)
18. Can’t Stop The Sumazau (Rockin Mix)
19. Taragang Rasuk " She Just Teasin" (Remix)
Read On 0 Comment(s)

My Life Today

Sunday, August 07, 2005
I couldn’t sleep well for the past few days. My mind been is up for the wrong things that I’ve done and I punish others for it. I wasn’t clear about the consequences that I have to face each day of my life and I wonder when my day of punishment will come.

I accidentally read a friend’s journal on the net that linked to another person’s journal whose once was so dear to me. I kept telling myself to let it go but the pain I have had was killing me again and again. I’m not sure why but I know, deep inside of me, the longing is still the same. I want more than what I have now. I want more than what I am now and I wanted too much in life that I sacrifice people’s love towards me. And tonight, I wasn’t sure what I felt, but I can only describe it as very painful.

I have to face the effect of my action. I have to bear in mind and be ready that I will soon hurt again. I’m jealous of that time if it happens that they will be together and all that I can do is pretend to be happy for them. I kept silent all the time and try to run out of the misery that I myself couldn’t understand why. Each and everyday, I tell myself that I will be ok to be alone than to hurt anybody’s heart anymore. The more I want to be left out, the more attention I get. Is there any explanation to that?
Read On 0 Comment(s)
Sunday, August 07, 2005
It’s been a week now that I’ve been touring around Bangkok or BKK for short, alone. I like BKK a lot although I don’t actually speak Thai. Well, honestly I do think that Thai language is very soft and polite to be heard. They have thins ‘na’ and either ‘ka’ or krab’ that makes it more polite. At least I think it that way. I know it too much and a lit bit early for me to say that I beginning to fall for this land of the famous King Mongkut and His Son, the Highness Prince Chulalangkorn. I have always admired King Mongkut. Way back when I’m still a secondary school, one of my favorite subject is actually History. I learn so many new things and though some of my friends said that History will be the last on their list, I instead love it. China, India, Rome, Egypt, Thailand and of course Malaysia was among the countries that interest me a lot. King Mongkut however gotten to my attention amongst all. He was a very smart king and through His highly credibility and ruling, Thailand is what it is now. For those of you who were not aware of how this precious land gets its name, it’s simple. Thai means free and therefore, Thailand would bring to its easiest definition, the Free Land of which, the only country in world that has never been colonialized by which and whatever colonialist there was.

Forgive me the people of Thai, but when I was 16, where the internet was greatly expanded and quite new to me, I registered the one and only nick that I use until now in the IRC – spice_mongkut. I got so obsessed with the one leader I admire most and there I was, chatting like a true heir of my own free and independent kingdom. Many of my IRC friends knew me by photos and are aware that whenever there’s spice_mongkut, then it will only be me and actually it’s even until now. But honestly, people change and I soon left my teenager’s life and move on to more reality of my life. I chat more that 8 hours a day, everyday, when I was waiting to go to university as I was working in a Cyber cafĂ© during that time. Soon, I only go online when I feel like it. I think messengers like yahoo and msn are better then this IRC thing but I log on, once in a while to see new things. Well, actually we have our own channel and I should say whenever I log on, definitely they knew who I am.

Coming back to the story, I reached Thailand at about 8.30pm, local time. Thailand is an hour later than Malaysia. Well, the airport is kinda big and the first trick I learn was that, never take a taxi from the airport itself. My sister is working here and been here for almost 6 years so, she taught me that I should go the third floor by stairs and then go one floor down using the elevator and from there, try searching for the exits that lead you straight to the highway. Only from there you should take your taxi. My sister said that it would cost you more when you take taxi direct from the airport. I’m not really sure how much, but I don’t really want to know. Well, I don’t know too whether these things are legal, but as much as I believe this is true, some rules are meant to be broken.

To my surprise, my sister was actually speaking Thai. I really couldn’t get what she said but I am kinda surprise. At least she learnt something that I hardly can! Reaching to the house to which I not really sure what to call this, located at Sukhumvit 36, really feel at home when she said there are two more sabahans leaving upstairs.

Well, I can’t share you what I experienced here in a more detail way but Thailand is an interesting place to visit. Although I can tell you that most Thai don’t speak fluent English but it does really test you survivor skills. Try to speak to a few Thais and they seems to understand what I am saying but they can’t give me the correct answer of my questions so you might think on learning some signaling things, like waving or anything that are understood able. For me, it just came naturally. I indeed went to many places. I went to Ekamai, King’s Park, Sikon which is a very big shopping complex maybe as big as Midvalley at Kuala Lumpur. My second day was a thrill. I went to Pantip which is a big (very big) Shopping Complex for only computers and its related things. I tell you, for the computer geeks, this will be a heaven for them. They have this all kinds of computer related things like the very cheap flat or normal monitors, keyboards in various designs, CPU casing in a various designs and colors too, rams and hardisks and many more. Not to mention the notebooks, latest mobile phone including the PAD, playstation, thumb drive and the list go on. Just think of anything that is related to computer, you surely can find it there. Fixing and installing, God, I tell you, you will certainly bored if you are not into computers because the building is all about computers!

Night life is a different story. With no friends, I wonder alone during nights. Using the BDS Skytrain of course, I went to the hot zone of the City, which is Silom and Patpong. Ha, the rest you don’t want to know. When I said you its hot, it’s hot!

Next day is another different story. My sis’ friend which happens to be a Sabahan, showed me around to another Shopping Complex call the MBK Center where mid year sales was rocking at that time.

Well, I couldn’t tell more because I have a few things to be done after this. Sure will continue this experience of mine if I have the time. Till then… kab kun krab..
Read On 2 Comment(s)

Aku dan Pemikiranku...

Tuesday, June 14, 2005
Sudah lama kiranya aku tidak menulis di sini. Terlalu banyak perkara yang ingin aku tulis sebenarnya tapi masa tidak mengizinkan aku.
Kerana bz dengan kerja part time aku, aku leka seketika. Hahaha... leka untuk mendapatkan duit poket sementara menunggu semestar bermula. Banyak juga yang aku pelajari melalui kerja aku ini. Terlalu banyak dan mungkin satu hari nanti, aku dapat juga mengongsikan semua itu pada para pembaca.. mungkin juga mendapat tunjuk ajar dan tips agar aku dapat lebih bersemangat dalam kerja aku tu.. tapi aku kerja tak lama. Hujung bulan ni dah resign...hehe..

Sekarang, semua orang heboh pasal AF3. Tu belum mula MI (Malaysia Idol Lagi).. Kira Audition (NTV7) yang dah lepas dan Mentor kat TV3ekarang sedikit tengelamlah... tapi no komen. Setiap program ada kelebihannya. Rakan-rakan sekerja semua heboh mengenai siapa yang lebih baik dari siapa, siapa yang paling handsome, yang paling cantik, paling berbakat dan yang pastinya yang seharusnya keluar dan yang akan terkeluar... Hahaha... Best juga layan diorang ni sebab aku pun peminat AF daripada dulu lagi. Aku sendiri, secara peribadi, meminati Idayu, Marsha, Felix dan Reza!

Cuma aku sedikit terasa bila melihat dalam ruangan Chat #15 Astro yang mengutuk Marsha mengenai permintaannya untuk tidak menghidangkan udang, ketam, sotong dan makanan pedas untuk dirinya. Sebenarnya, aku sendiri tidak setuju tentang cara Marsha meminta kesemua itu. Mungkin dia harus terus berjumpa dengan sifu M.Nasir selaku Pengetua AF3 atau siapa-siapa guru untuk meluahkan permintaannya itu. Tapi aku pasti, Marsha telah berbuat demikian. Cuma hal dalam rumah tu, kita sendiri tidak pasti macam manakan?..Adakah permintaan-permintaan macam tu harus diTVkan?(harus dibuat di depan kamera?) Aku masih ingat permintaan Anding agar meminta Edlin memakai baju kurung putih dan permintaan Fitri untuk pakai ala 70's-nya dulu. Kan semua tu di TV kan?.. Mungkin permintaan Marsha agak keterlaluan dan menyinggung perasaan beberapa pihak tetapi itu lebih baik daripada dia terus berdiam atas apa yang dia tidak boleh lakukan.

Teringin juga aku mengongsikan sedikit sebanyak tentang permintaan Marsha itu sebab aku kenal sangat dengan latarbelakang golongan yang akan membuat permintaan sebegitu. Cuma, aku tidak mahulah dikatakan cuba berdakwah atau membuat provokasi atau yang sewaktu dengannya kerana ini akan menyentuh soal kepercayaan beberapa pihak. Aku hanya ingin mengongsikannya sebagai suatu PERNYATAAN untuk pengetahuan umum. Kira general knowledgelah...

Sebenarnya, Marsha berasal dari keluarga Kristian Seventh-Day Adventist (SDA) satu daripada mazhab dalam denominasi Kristian. Bagi penganut agama ini, memakan seafood (kecuali ikan bersisik SAHAJA) adalah haram. Sebenarya banyak lagi yang haram secara khas dan umumnya tetapi kiranya, aku tidak lari daripada apa yang diminta Marsha lah. Nanti aku pula dikatakan berdakwah di sini sana. Oleh yang demikian, aku berhenti di sini. Kalau ada apa-soalan, silakan. Aku akan cuba menerangkan dalam perkataan yang paling mudah dan ringkas agar ianya dapat difahami oleh semua. Minta maaflah kepada semua kalau ini sedikit menganggu tetapi inilah hakikatnya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam begitu banyak kepercayaan, budaya dan adat resam. Kita cuma perlu menghormati antara satu sama yang lain.. macam yang kita ada sekarang...

Sebenarnya, aku juga penganut agama (SDA) ini. Sekali lagi, aku bukannya bermaksud untuk membuat provokasi tetapi cuma ini berkongsi pengetahuan. Aku bukanlah nak kata yang aku ni alim ataupun bijak dalam soal-soal begini. Macam aku katakan, ini adalah sekadar pernyataan agar orang sekeliling faham dan tahu kewujudan kami. Dalam family aku sendiri, seperti abang-abang aku (aku ada 3 orang abang), semuanya memeluk Islam dan kami tinggal serumah! Tidak menjadi masalah apa-apapun.. Kalau keluarga abang-abang aku terigin nak makan ketam ker atau apa yang haram, diorang pastinya akan beli (tapau) balik rumah.. Makan semeja.. Hehehe... Lagipun, cik babs (khinzir) dan alkohol juga adalah haram untuk penganut SDA.. Tulah, selalu aku katakan pada kawan-kawan muslim aku yang kadang-kadang was-was bila aku pelawa tidur atau makan kat umah - "apa yang haram bagi kami, pastinya haram untuk kamu tapi apa yang halal bagi kamu, belum tentu halal bagi kami" (dalam soal makananlah)... dan semuanya ok lepas tu. Kawan-kawan muslim aku tidak pernah banyak soal kalau aku mempelawa mereka ke rumah dan aku juga tidak mengalami masalah apabila mereka membawa aku ke rumah mereka... Itulah salah satu contoh keamanan Malaysia dan aku bangga menjadi anak Malaysia!.

Sebenarnya lagi, sedih bila teringat seseorang. Seseorang yang begitu aku minati (dan sayangi).. tetapi mungkin bukan jodoh kami. Sekarang, aku mendengar khabar yang dia telah bersama dengan orang lain. Yang paling leceh dan menyakitkan hati apabila mengetathui bahawa email dia sendiri ditukar kepada nama gabungan mereka berdua! Kalau macam tu, lebih baik aku tak tahu langsung... sedih...

Oklah sini dulu untuk kali ini... Kalau tersilap bahasa dan santunnya, dengan jari sepuluh dan rendah hati, aku memohon maaf...
Read On 2 Comment(s)

Sabah Tatap..

Wednesday, April 27, 2005
Semalam aku pergi tengo bola. Memang seronok sangatlah. Memang ramai member2 aku yang tidak tahu aku suka tengo bola tapi kalau member2 kat kampus memang diorang tahulah aku ni kaki tengo bola. Semalam Sabah vs Perlis kat Stadium Likas, KK. Mula2 tu member kata nak belanja tapi bila sampai jer kat stadium rupa2nya entrance free sebab perlawan hari tu ngan Perak, Sabah kalah teruk, 4-0 ok! Malam tu memang habis Sabah dikutuk coz corak permainan yang tidak teratur dan tidak konsisten. Yelah, kononnya nak buat percubaan tukar strategi tapi tak menjadi. Aku pun datang semalam dengan tidak menaruh apa2 harapan yang Sabah akan menang walau dalam hati, memang mengharapkan pasukan sendiri menanglah. Bila start jer perlawanan, memang sesuatu yang mengejutkan sebab Sabah terus mengasak Perlis. Aku tergamam seketika dan tambah menarik perhatian aku bila bola berat sebelah ke kawasan Perlis. Corak permainan pasukan Sabah pun memang boleh tahanlah.

Aku ni kalau cakap pasal bola taklah arif sangat tapi masa aku budak2 dulu sampai Form 4, aku ni sebenarnya raja bola. Aku pernah main sebagai goal keeper, mid-field dan yang paling seronok wing kanan sebab kiri aku mati, hahaha. Kalau cakap pasal terrer main tu, taklah juga tapi setakat bagi saingan kat lawan tu, bolehlah tahan. Sepatutnya aku tambah aktif dalam bola sepak ni bila pindah rumah baru sebab padang bola memang dekat sangat ngan rumah aku. Lari pun memang tak keluar peluh punya tapi memandangkan ramai sangat orang yang main termasuk kanak2 dan makcik2 yang minat bola, aku terpaksa main bola tampar jer. Main bola pun jarang. Selalu over player. Yelah, feel kurang. Lagipun, volleyball court tu pun kat sebelah rumah aku juga, depan padang bola. Aku start zero bola tampar ni tapi bila dah lama2 main, tetiba minat datang. Uncle and auntie aku bersama 2 cousin perempuan aku pun memang terrer main volleyball terutama cousin perempuan aku yang terpilih dalam acara volleyball SUKMA mewakili Sabah. Cuma bila Sabah kata takder sponsor untuk volleyball masa tu, terpaksalah cousin aku dan pasukan diorang berputih mata.

Secara peribadilah, dialah yang jadi coach aku. Dia memang hebat, sapu habis segala posisi terpasuk setter... respectlah ngan dia ni. Cuma bila dah kahwin, dia jarang turun main. Tapi masa tu, aku dah terrerlah. Aku dah main sampai peringkat daerah tapi oleh kerana skill kurang lagi sebab masih baru, aku tidak dapat masuk pasukan mewakili PBU (Pantai Barat Utara Sabah). Frust juga time tu tapi apa boleh buat. Tapi bila masuk UMS, aku terpilih pula jadi setter UMS selepas bebarapa minggu training. Cuma atas kesibukkan aku, aku sekali lagi terpaksa melupakan niat dan minat aku dalam sukan ni..

Berbalik kisah bola tadi, memang stadium kali kira boleh tahanlah ramainya. Gol pertama hasil jaringan pemain no. 10 Sabah, kalau tak silap Julius Ceasar melalui sepakan penalti sebab mamat perlis sorang tu ‘hand’. Jaringan kedua pun, Julius juga yang jaringankan. Selain tu, banyak juga trial yang Sabah buat cuma meleset sikit. First half, dapat 2 dah kira oklah. Kiranya, untuk second half, diorang kena tahan jer. Tapi mungkin sebab Perlis bangkit masa second half tu, jadi Sabah kena bertahan lebih. Tapi beberapa trial tu memang power habis..

Sebenarnya, aku sangat seronok malam tadi. Pressure pun kurang coz aku tak fikir benda lain. Cuma concentrate dalam game tu. Bukan apa. Cuma untuk beberapa minggu ni, ada saja masalah yang aku hadapi. Aku pun takleh buat apa2 memandangkan like i said in my previous post, as if I’m not in control of my life. Tapi malam ni aku dapat luahkan segala perasaan aku. Apa taknya, terjerit2 sana sini. Hahahaha..kira oklah walau secara logiknya masalah aku tidaklah tersettle tapi terluah jugalah sedikit sebanyak...
Read On 0 Comment(s)

Long Live King Heart!

Wednesday, April 27, 2005
And I did it again! All things had been mixed up for me this few days. Everything is not right and I realize that I’m not in control of my life. I try to be logical in everything that I do but it seems so obvious that I did that just to please others. Although I’m happy to be doing what most of us consider the Good Samaritan thing, deep inside, I felt it was totally wrong. Despite all, it was not from the heart.
Today, I went out again. Alone as always. Spent an hour browsing around UMS, doing nothing in particular, mostly sight seeing and trying to recall the many things that I had went through so far in my 3 years time studying here. It all started here, when I think I’m sure of myself and my capabilities. The surroundings had mapped me all the way round. As time goes by, when I think I’m getting matured by nature and experiences, I’d become weaker. I’m not sure of everything and I’m confused by my own choices and the responsibility of making decision after it.
After an hour of sight seeing, I went to CP, doing more or less of window shopping until I finally decided on buying shirt. To my amaze, I started picking up shirts that are not really my kind but somehow attract me. At the end, I bought a black shirt which on it was written ‘Limited Time Offer’. Well, black is not really my color but I bought it anyway. Met a few friends but it doesn’t excites me much so I excused myself from the group and went on my own. Then comes the second sight seeing before I call my cousin which was a boat away from KK. Upon reaching, he quickly asked what was bothering me because I forced him to accompany me particularly doing nothing, found out after I got home. Then we went to a saloon, where I usually had my hair cut. Fortunately Nicky was there. I’m a regular customer and every time I had my hair cut or whatever, Nicky would be the one doing it. I like her because she easy to talk with and of course knew my style. I had my hair sloop and she did some bleaching, you know the highlighting thing. Because I’m regular customer, I only paid RM31 instead of RM36. So much for the discount huh…

Afterward, my cousin and I had our dinner at Tanjung Aru and he told me some stories that are kinda exciting but still didn’t help me much on my mood. I guess he was a bit frustrated then, and I started doing some crazy jokes but it didn’t help cheering the situation much. Tried to send sms to some friends, but I just don’t know what went wrong with the network. I stop sending sms after a few fail trials and I just leave my mobile unattended for quite some times until I receive a call from a friends asking where I am. “Finally,” I said, deep in my heart with a very meaningful sigh. Hahaha…
We then went to Sugar Bun Beach Street, have a couple of drinks and I noticed that the band is singing the Kadazan R&B Song. Like the song very much although I don’t know who’s the singer. Made my head empty every time I heard that song.

There’s nothing much really, I just wrote another episode of Ned’s boredom. Maybe I shouldn’t have call me cousin and enjoy my time alone. Maybe I should just go back to Kota Marudu and lets things come and gone or maybe I should just face the reality that king heart always dominates my world…but what’s next?
Read On 0 Comment(s)

When I Ask You To Listen - Writer Unknown

Monday, April 25, 2005
When I ask you to listen to me and you start giving advice,
you have not done what I asked.

When I ask you to listen to me and you begin to tell me why I shouldn't feel that way, you are trampling on my feelings.

When I ask you to listen to me and you feel you have to do something to solve my problems, you have failed me, strange as that may seem.

Listen! All I ask is that you listen; not talk or do - just hear me.

Advice is cheap:
50¢ will get you both Dear Abby and Ann Landers in the same newspaper.
And I can do for myself; I'm not helpless.
Maybe discouraged and faltering, but not helpless.

When you do something for me that I can and need to do for myself, you contribute to my fear and weakness.

But when you accept as a simple fact that I do feel what I feel, no matter how irrational, then I can quit trying to convince you and get about the business of understanding what's behind the irrational fear.

And when that's clear, the answers are obvious and I don't need advice.
Irrational feelings make sense when we understand what's behind them.

Perhaps that's why prayer works, sometimes for some people because God is mute, and doesn't try to give advice and try to fix things.
God just listens and let's you work it out for youself.

So please listen and just hear me.
And if you want to talk, wait a minute for your turn
and
I'll listen to you.
Read On 0 Comment(s)

OranG Gila vs Realiti

Friday, April 15, 2005
Hari ini aku kembali turun ke kk. Sebenarnya, memang aku dah stay selama seminggu kat kk. Tak tahulah kenapa tiba2 aku rasa kk ni tidak semeriah dan tak seseronok dulu. Aku mula bosan dengan kk. Mungkin kerana terlalu banyak kenangan yang buruk yang aku alami. Tapi tidak apa. Sebenarnya, kalau aku fikir2 lagi, kenangan pahit atau manis bukan seseuatu yang kita ciptakan dengan sengaja dan berlaku di mana2 saja. Terima jerlah.

Sebenarnya, turun ke kk hari ini dengan satu tujuan iaitu jemput kakak yang akan sampai kk around 8 p.m dari Thailand di airport terminal dua . Abang dan isteri dan anak-anaknya dan juga mama ada sama. Oleh kerana masa masih panjang lagi, kami jalan-jalanlah sekitar Bandar kk. Sempat juga family aku jalan-jalan di Milimewa, beli barang jadi aku kena jaga dua anak perempuan derang. Satu 6 tahun dan 1 lagi masuk 3 tahun. Aku bab budak-budak ni no hal sebab memang suka budak kecik. Comel and very adorable. Lepas tengo2 baju, derang pi lah di groceries section, masa tu budak2 dah lekat ngan abg aku Jadi aku lepaklah sorang2 di luar Milimewa. Boleh juga cuci2 mata. Jam 5.30 p.m. beb, time orang baru habis kerja. Masa tu jalan bz juga, jamlah sket tapi takla teruk sangat. Memang ramailah orang yang lalu lalang. Dalam kesibukkan tu, tiba2 aku ternampak seorang wanita cina serba putih dalam lingkungan umur 40-an sedang memegang plastic beg hitam. Sebenarnya, wanita cina tu bengong (gila) sket (banyaklah tu!). Berdiri tepat pintu masuk Milimewa, dia bercakap sorang2. Aku perhatikan, dia seperti memberi nasihat kepada seseorang. Lucu juga sebab dia buat banyak body language yang aneh2. Walaupun begitu, pandangan mata wanita cina ni tajam, seolah2 menegaskan sesuatu kepada ‘seseorang’. Lama juga dia ala2 ‘bercerita’ sampai menarik perhatian beberapa orang yang lalu lalang. Ada yang ketawa dan ada yang takut. Lucu juga, hehehe. Dalam sibuk2 aku memerhati wanita ini, tiba2 adalah seorang mat salleh dalam tinggi 6 kaki berbadan besar lalu depan wanita gila tu. Orang putih nikan macam tidak perasaan ja yang ada seorang wanita gila yang baru berselisih dengan dia. Apa yang lebih menarik perhatian, tiba2 wanita tu menjerit “Help, help!” tapi orang putih tu langsung tidak ambil peduli (atau tidak sedar atau pura2 tidak sedar) dan terus berjalan. Wanita tu pula terus mengekori lelaki mat salleh itu sampai derang hilang dari pandangan aku (sebab aku terus memerhati derang ok)…

Kadang2 aku hairan juga, kenapa orang tiba2 boleh jadi gila. Ni bukanlah my first encounter dengan benda2 ni tapi buat pertama kalinya aku betul2 teruja mengetahui apa sebab seseorang itu boleh jadi gila. Kalau tengo moviekah, tv kah, memang nampaklah macamana seseorang itu boleh jadi gila. Mesti sebab tekanan perasaan akibat kematian atau kehilangan suami, isteri, anak, kekasih etc atau benda2 lain contohnya bankrup, gagal dalam pelajaran atau terlalu belajar (macam familiar) dan etc jugalah, hehehe. Ringkasnya, tekanan perasaan yang melampau. Tapi yelah, aku ni suka fikir2 jadi kalau boleh mahu sangat aku tengo secara bergambar ker, berajah ker, ber lcd projector ker, apa2lah yang penting nampak senario yang kita selalu panggil bila berhadapan dengan orang2 yang macam ni iaitu ‘putus/sot wayar’. Hahaha.. kalau boleh, aku mahu tengo sendiri dalam kepala pemikiran orang yang kena tekanan perasaan yang melampau ni macamana terjadinya ‘putus/sot wayar’ sampai akibatnya orang itu gila. Boleh bayangkan ker? Macam dalam satu machine, ada beribu2 wayar tiba2 satu wayar kena cross line (lintar pintas) menyebabkan machine tak jalan macam kebiasaannya. Mungkin macam tu kot? Hehehehe…

Aku ni saja jer buat2 ada cerita dalam blog aku. Bila tengo ramai kengkawan aku komen blog aku terlalu feeling, aku cubalah cari idea lain. Yelah, I write so that people I can read and know how’s my life like.. hehehe…Mungkin hal2 orang gila tidak banyak mempengaruhi kita semua. But let me refresh you guys a bit. Time kita studi2 dulu, PMR ker, SPM ker, Matrik ker, STPM ker, apa2 ujianlah yang menuntut banyak masa dan permerhatian+penelitian+kefahaman dan yang sewaktu dengannya, mesti kita pernah rasa tension dan ingin buat sesuatu. Masa tu, wanita2 ayu yang lemah gemalai tiba2 jadi ganas atau paling tidak kuat cakap.. hehehe.. samalah masa datang bulankan.. marah2, bad mood.. kalau lelaki, tiba2 buat benda yang bukan AKA benda2 yang jarang dibuat dan banyak lagilah… ingatkan? Kalau dalam kelas, tiba2 ada yang hentak buku dan teriak “aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh”… Yang lain pun ala2 menyahut dengan keluhan yang sama.. Kalau korang nak tahu, itula gejala2 ketensionan yang melampau.. kalau tidak dilayan rasa tu, boleh naik gila ok. Jadi bagi derang2 yang ada adik yang selalu tension, bantula dia. Yelah, kita yang dah berpengalaman sikit ni, kenala bantu adik2 kan. Kalau tension pasal studi semata2 sebab nak kalahkan budak SPM 17A1 si Amalina tu, tak payahlah. Bagi aku, aku belajar untuk diri sendiri dan kalau dapat kalahkan orang lain dan dapat terbaik, itu kira bonuslah. Tapi kalau nak juga, kena ada caranya..

Oklah.. sini dulu buat kali ini. Oh yer, aku ada linkkan satu website kawan baru aku Ameco. Dia ada buat ulasan tentang Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall bersama beberepa keping gambar Siti time show. Kiranya, kita yang tak kesampaian nak tengo ni, bolehlah juga merasai sikit2 keseronokkan Ameco di sana. Kalau tak silap aku, nanti konsert tu akan disiarkan di tv tapi tak pastilah bila dan channel apa. Sama2lah kita tengo. Kalau ada sesiapa yang tahu bila, bagitahulah yer… so, se you in my next writing. Hidup biar sedap……….
Read On 0 Comment(s)

Odd, responsibility, truthfulness and ignorance...

Friday, April 01, 2005
I feel so weak now and I cant even face myself. Everything is totally mix up for me. Everything is not right and everything is not as it seems to be before. My exam didn’t go well although I have two papers to go. I'm just confuse.

Sometimes, when it come to honesty and being true to own self, I always see things differently odd and in many times, it gave the creep out of me. Maybe I have to learn to accept things as it is. Its all about what you want and what you are capable of doing. They said it comes from the heart and the only question to be answered on that is to be or not be. Saying is not always easy as doing it. You got to have your own reasons to be doing things and that you should come back to it when you feel weak and down. You may not see it now but thinking grows with the mind and time. Experience is the best teacher anybody could have, be it your own or people around you.

Suddenly you are questioned with you own sense and choice. Many people choose to follow their heart but some may still return to their rationales. Choices is the freedom to chose and decide things which gives you the best satisfaction you need. And it’s a responsibility afterwards for us. Is it true that the heart is always against the mind? Is it too obvious to say that the heart is always on top of rationales or is it too rude to say that? Have you ever been in a situation where you cannot decide which way to go or which were to be figured out first? What to do and what to be done?

It’s the odd of the world that I am as what I am now and it is my responsibility to achieve what I want and what I should be having. It’s the truthfulness that condemn me as a person of complexities and keeping me against my will and it is the ignorance that I have to face as to both myself and people around me. It’s the hatred that I have for myself and amongst all, it’s the love that I have to let go soon, if not sooner..
Read On 0 Comment(s)

From The Barait of Anakjagung

Dear Readers,
Thank you for visiting my blog. I do hope that your visit is a fun one. Please leave your comment in regards of my post or just say hi in my Chat Box. Don't forget to leave your link so that I can pay you a visit too. Thank you so much.

Most of the postings here are original therefore, publishing/printing/production or of any means of using the materials in this blog without a formal written consent from Anak Jagung is strictly prohibited. Where some are not, links and sources are stated.

Best viewed using Mozilla Firefox


© Copyright Anak Jagung 2003 - 2014. All rights reserved.

About Me

My photo
A blogger who blogs when he feels like it. A teacher who is learning to be a better one everyday. A person who likes photography but is not good at shutter speed and what the heck is the rules of third? A man who believes that you can change the world.

Chatter Box

Followers


Slider

The Best Links

Get more followers

Blog Archive